Friday, February 29, 2008

Masak apa ye

SOTO



Berikut himpunan masakan yang sempat diabadikan...masa mood ok dan selera pun ok...


BUTIR NANGKA BERINTI



Butir nangka jenis letak inti ni dibuat lepas baca blog Siti Azma.Dia kata boleh masukkan inti jika suka ke dalamnya.Ada sejenis kuih cina yang seakan-akan kuih ini,namanya Red Bean Dumpling atau Tang Yuen.Cuma bezanya kuah nya dibuat dari sirap gula dan setiap biji diwarnakan merah,putih dan hijau. Jadi saya gabungkan kedua idea dari siti Azma dan Tang Yuen maka jadilah ia Butir Nangka Berinti Kacang.

AYAM SERAI VIETNAM



Ini pula Ayam Serai Vietnam,rasanya seakan-akan rendang .Maskan ini menggunakan daun pudina jadi rasanya sedikit unik.

Kek Pisang


Terpegun kejap masa mula-mula rasa kek pisang ni...errrmmm sedap betullah..memang tak rugi bangun membancuh kek ni pukul 5 .30 pagi....terima kasih banyak2 kat Yani untuk resipi yang sedap ni.

Thursday, February 21, 2008

Kuih Sagu



Lama sangat dah nak buat kuih sagu ni...biji sagu ni beli masa bulan puasa tahun lepas tapi terperap kat dapur..bila jenguk rumah Ummi beberapa minggu lepas baru teringat nak buat..jadi kita import aje resipi ni dari rumah Ummi...haa menjadi pun.Terima kasih ya Ummi.Selalu dok beli aje kuih ni :D

Wednesday, February 20, 2008

Apple Crumble Muffin


Bahan-bahan
155 gram tepung naik sendiri
150 gram tepung wholemeal
115 gram gule perang halus
185 ml susu segar
2 biji telur
125 gram mentega
1 biji epal-dibuang kulit dan disagat halus
1/4 cawan badam (nib)(ini tak letak pun takpe)
1 1/2 sudu teh baking powder
Untuk crumble
5 sudu besar tepung gandum
100 gram gula perang
70 gram rolled oat
80 gram mentega
1/3 cawan campuran buah kering
Cara-cara
1.Panaskan oven.Campurkan tepung naik sendiri,tepung wholemeal dan baking powder.
2.Dalam sebuah bekas lain,pukul telur .Kemudian masukkan gula perang, diikuti mentega cair dan susu.Pukul lagi.
3.Masukkan campuran telur,mentega dan susu ke dalam tepung.Gaul hingga rata.
4.Masukkan badam.Gaul hingga rata.
5.Untuk crumble pula, campurkan tepung gandum,gula perang,rolled oat dan campuran buahan.
6.Dengan menggunakan hujung jari,masukkan butter dan gaul hingga rata.
7.Alas dulang muffin dengan cawan muffin.Masukkan adunan ke dalamnya..Kemudian masukkan crumble ke atasnya.
8.Bakar selama 25 minit,suhu 170 darjah atau hingga keperangan.

Monday, February 18, 2008

Buryani Ayam



Berikut merupakan cara lebih remeh menyediakan nasi beriani-iaitu dengan menumbuk rempahnya sendiri...
Anda sedia?...inilah cabarannya...er sebenarnya, tidaklah sesukar mana :D.. (ayam boleh ditukar kepada daging).

Bahan Rempah

1 ½ sudu besar jintan putih
½ sudu teh sajira (yg ni tak letak,sebab susah nak dapat) *
½ sudu besar lada putih
5 biji bunga cengkih
7 biji buah pelaga(ambil bijinya sahaja)
1 inci kulit kayu manis
½ biji buah pala
1 biji bunga lawang

Basuh bersih rempah,kemudian goreng tanpa minyak hingga garing.Kisar dengan pengisar hingga halus.

* Info:Sajira ialah sejenis rempah,bentuknya seperti jintan dan berwarna hitam.Rasa seakan daun pudina.Kalau tak letak pun ok,sebab kita sudah masukkan daun pudina dalam buryani.

TIPS: Jika anda berhajat untuk menyediakan rempah ini, sila gandakan sukatannya.Separuh darinya boleh disimpan untuk dimasukkan ke dalam sup.Bubuh dalam rendang pon boleh juga.Nescaya sup anda yang memang sudah sedap akan bertambah sedap lagi!!!Untuk kesegaran,simpan rempah ini didalam peti ais.

Lauk Buryani Ayam
1 kilo ayam(potong besar)
120 ml minyak sapi
300 ml susu cair
1 inci halia
300 gram bawang merah-dimayang halus
5 biji bawang putih
30 gram kismis
½ cawan sos tomato
1 rumpun daun ketumbar
1 batang daun saderi
1 batang daun bawang
1 biji air limau nipis
1 camca besar gula/madu
sejemput saffron(koma-koma)
Garam secukup rasa

Cara-cara
1.Perapkan ayam dengan halia dan bawang putih yang telah dikisar.
2.Goreng bawang merah (seperti membuat bawang goreng) .
3.Tumbuk/ramas bawang goreng .Campurkan separuh bawang goreng dengan rempah yang telah disediakan sebelum ini.4.Panaskan minyak sapi.Masukkan ayam yang telah diperap,bersama sedikit garam dan gula/madu.Biarkan seketika.
5.Masukkan bawang goreng dan rempah tadi.Sambil mengacau,masukkan pula separuh dari susu cair dan juga 1 cawan air.
6.Masukkan sos tomato,air limau nipis dan juga daun bawang,daun pudina dan saderi. Rendma saffron dalam sedikit air panas.Kemudian masukkan airnya ke dalam periuk.
7.Perlahankan api dan biarkan sehingga terbit minyak.
8.Setelah terbit minyak,sengetkan periuk dan kaup sebanyak mungkin minyak sapi yang ada.Simpan dalam mangkuk untuk kegunaan nasi buryani.
9.Tuangkan lebihan susu cair dan tambahkan air secukupnya.Masukkan kismis.Masukkan lebihan bawang goreng tadi. Rasa masinnya.Tambahkan garam secukupnya.
10.Bila mendidih,tutupkan api.Sedia dimakan.

Nasi Beriani

3 cawan beras basmathi(saya gunakan beras basmathi faiza)
3 cawan air atau bergantung kepada jenis beras /kebiasaan anda
1 cawan susu cair
minyak sapi dari lauk buryani
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
½ inci kulit kayu manis
½ sudu besar garam @ ikut suka
sejemput saffron rendam dalam 2 sudu besar air panas
1 sudu teh air mawar(saya pakai yang chap 2000 )

Cara-cara
1.Basuh bersih beras.
2.Masukkan ke dalam periuk nasi bersama susu cair dan air.
3.Campurkan garam.
4.Masak nasi.Bila nasi hampir masak,masukkan minyak dari lauk beriani.
5.Kacau rata minyak sapi tersebut.
6.Campurkan air rendaman saffron dan air mawar.
7.Buatkan beberapa lubang pada nasi dan masukkan campuran saffron dan air mawar.Boleh juga tambahkan warna lain jika suka pada nasi.
8.Tutup kembali periuk nasi dan biarkan seketika.
9.Kemudian buka tutup dan kacau nasi dengan sudip perlahan-lahan.
9.Buangkan buah pelaga,cengkih dan kulit kayu manis.Sedia untuk dihidangkan.

Steamboat @ Sepang Goldcoast

Kami ke Bagan Lalang lagi,kali ini untuk makan steamboat pula di Sepang Goldcoast Steamboat.Ia terletak beberapa meter sahaja dari restoran seafood,tempat makan sebelum ini.Steamboat disini sedap, dan harganya berpatutan.Starter untuk steamboat 2 orang bermula dari harga RM29.60.Suasana disini juga menarik.Kami kesini gara-gara membaca iklan mengenainya, yang ada disiarkan dalam Majalah Rasa keluaran March 2007.

Seafood @ Bagan Lalang

Saya bukanlah peminat makan laut tapi kali ni mengidam nak makan seafood pulak..My mr right bawa ke Bagan Lalang, untuk makan sea food yang fresh kat situ.Lepas pilih apa yang nak,semua ikan tu ditimbang dan tentukan nak masak macam mana..


Gambar disebelah ialah menu special kat sini, iaitu siput pahat atau pepahat. Khabarnya haiwan bercengkerang panjang ini hanya ditemui disekitar perairan Selangor dan Sarawak sahaja. Rasanya macam makan lala,tapi isinya lebih besar dan panjang-panjang.


Menu pilihan kami ialah otak-otak sebagai starter, siakap masak stim,udang celup tepung,ketam bercili,kerang rebus,kailan ikan masin,ikan kembung bakar dan pepahat masak cili.Penuh satu meja dan tak larat nak menghabiskannya. Tak lupa nak tulis kat sini,harganya RM86.Rasanya berbaloi dan lain kali boleh datang lagi.



Tag dari Siti Azma

Hari ni ada mood sikit nak update blog..buka aje kena tag dari Siti Azma...ni kita jawab terus :D

Soalan dan Jawapan dibawahnya.
1. Name one person who made you laugh last night?
- Faris la..sape lagi
2. What were you doing at 0800?
- hmm..time ni memang dok dalam KLIA Transit.
3.What were you doing 30 minutes ago?
- Depan PC ni
4. What happened to you in 2006?
- haa...apa yer
5. What was the last thing you said out loud?
- Faris! Jangan panjat!
6.How many beverages did you have today?
- hari ni baru 2 kali.
7. What color is your hairbrush?
- hitam,dengan pemegang kaler purple
8.What was the last thing you paid for?
- Jus sunquick
9. Where were you last night?
- kat rumah
10. What color is your front door?
- i guess white
11. Where do you keep your change?
- dalam tabung Faris
12. What's the weather like today?
- panas
13. What's the best ice-cream flavor?
- coklat, mesti ada kacang
14. What excites you?
- everytime i completed my job/task given to me
15. Do you want to cut your hair?
- tak,sebab baru lagi potong rambut.
16. Are you over the age of 25?
- a'ah...
17. Do you talk a lot?
- tak kot
18. Do you watch the O.C.?
- sorry ,O.C stand for what?
19. Do you know anyone named Steven?
- cat steven (he didn't know me )
20. Do you make up your own words?
- no
21. Are you a jealous person?
- rasanya tak kot.
22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
- azrina,aida,....
23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
- dah tentu Kamal,my hubby & my true friend!
24. Who's the first person on your received call list?
- Kak Lina, my office mate
25. What does the last text message you received say?
- missed call from 019.....
26. Do you chew on your straw?
- huii...tak la..buat apa?
27. Do you have curly hair?
- no
28. Where's the next place you're going to?
- tak kemana-mana kot.
29. Who's the rudest person in your life?
- lupa dah..
30. What was the last thing you ate?
- Nasi beriani
31. Will you get married in the future?
- no
32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
- cerita 6 hari 5 malam..ok la cerita tu..
33. Is there anyone you like right now?
- my husband
34. When was the last time you did the dishes?
- semalam
35. Are you currently depressed?
- no
36. Did you cry today?
- no
37. Why did you answer and post this?
- hehe dah di tag..jawab aje la :D
38. Tag 3 people who would do this survey.
- just me, myself and I

Oat Waffle


Demam waffle melanda warga Myresipi...kita pun tak ketinggalan keluarkan waffle maker yang dah lama dok rehat tu.Waffle ni makan dengan madu dan sarangnya sekali... sedap ke sarang lebah? Tak rasa apapun,bila dah dikunyah ia mengecil jadi macam chewing gum arab tu ...

Bahan-bahan -6 keping waffle
200 gram tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula halus
1 sudu besar baking powder
50 gram rolled oats
1 biji kuning telur
350 ml susu segar
2 sudu kecil mentega, dicairkan
3 biji putih telur
2 sudu besar yogurt(ni tak letak)
-madu atau jem untuk sapu.




cara-cara

1.Gaulkan tepung gandum,gula,baking powder,garam dan rolled oat.Kemudian masukkan telur kuning,susu dan mentega cair.Kacau hingga rata.
2.Putar putih telur hingga kembang.Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.Biarkan selama 1 jam.
3.Panaskan pembuat waffle.Kemudian bakar,hingga habis.4.Sapukan madu,atau jem kegemaran

Award Lagi




Ni pegi kutip award yang masih belum collect sejak last week..thank you to Shamen, Kak E dan CTnik.Terima kasih


Wednesday, February 6, 2008

Penghargaan dari kawan-kawan


Dari Siti Azma,Princess haryati dan Shamen.


Dari Rozie


Dari Ummi


Hari ni rezeki murah dapat award dari kawan-kawan blogger. Terima kasih semua.Terharu,sebab hasil kerja saya di blog ni tak seberapa. Terima kasih kepada semua, yang sudi berkunjung dan membaca segala perkara yang saya tulis disini.

Dan pada hari ini,saya ingin berkongsi ketiga-tiga award ini dengan beberapa orang yang saya kagumi, iaitu
1) yani
2) Ein
3) Nani
4) Delila

Sunday, February 3, 2008

Arroz Con Pollo



Menu tengahari ni, Arroz Con Pollo. Sejenis masakan Sepanyol yang bermaksud nasi dengan ayam. Kita boleh samakan dengan nasi beriani tempatan.Nasi ini dimakan begitu sahaja ,tapi bagi saya, nasi ini tentu lebih sedap jika dimakan dengan lauk tambahan seperti dalca atau kari. Hidangan ini sesuai untuk makan tengahari / malam. . Untuk resipi asal,sila lihat di http://www.elise.com/recipes/archives/004302arroz_con_pollo.php
.

Bahan-bahan

Untuk ayam
5 ketul ayam ( dari ayam yang dipotong 8)
1 sudu besar ciling giling
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam,ditumbuk
½ cawan tepung gandum.

Cara-cara
1.Ayam yang telah dibersihkan, dilap kering.Kemudian gaulkan cili giling ke dalam ayam.
2.Dalam mangkuk berlainan, satukan tepung gandum,garam dan lada hitam.Salutkan ayam dengan campura tepung ini.
3.Panaskan minyak.(tida perlu terlalu banyak,sikit sahaja).Goreng ayam seketika. Goreng hanya untuk memastikan tepung bersalut dan melekat pada isi ayam, tak perlu lama, lebih kurang 3-4 minit sahaja.Ketepikan.

Nasi
4 sudu besar butter
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cawan beras basmathi
secubit saffron
4 ½ cawan air
1 kiub ayam
½ sudu the oregano / mixed herbs
1 ½ sudu besar garam

Optional: sayur-sayuran-boleh leta apa2 sayur yang digemari
¼ bii capsicum,potong dadu
Snow peas

Cara-cara
1.Basuh bersih beras, kemudian toskan.
2.Panaskan butter didalam periuk.Seeloknya periuk ‘non stick’.Tumiskan bawan gputih dan bawang merah.
3.Kemudian masukkan beras tadi, kacau bersama dengan garam. Rendam saffron dalam sedikit air panas,masukkan kedalam beras dan gaul rata.
4.Susun kan ayam yang telah digoreng tadi ke atas beras.
6. Dalam sebuah mangkuk, campurkan garam,air .kiub ayam dan oregano.Masukkan campuran air kedalam periuk berisi beras dan ayam.
7.Perlahankan api, dan tutup periuk.Biarkan nasi masak selama lebih kurang 20-25 minit.
8.Setelah nasi masak,masukkan snow peas dan capsicum.Biarkan seketika.Kemudian bolehlah dihidangkan.