Showing posts with label Jamu selera. Show all posts
Showing posts with label Jamu selera. Show all posts

Tuesday, July 1, 2008

Menanti Kasih

Sedap betul rasa kek ni. Kek Menanti Kasih ni order dari pakar kek lapis , Dayang, bukan buat sendiri ye :D
Terima kasih ya Dayang..bagi sesiapa yang nak order boleh contact dayangkek.blogspot.com

Monday, February 18, 2008

Steamboat @ Sepang Goldcoast

Kami ke Bagan Lalang lagi,kali ini untuk makan steamboat pula di Sepang Goldcoast Steamboat.Ia terletak beberapa meter sahaja dari restoran seafood,tempat makan sebelum ini.Steamboat disini sedap, dan harganya berpatutan.Starter untuk steamboat 2 orang bermula dari harga RM29.60.Suasana disini juga menarik.Kami kesini gara-gara membaca iklan mengenainya, yang ada disiarkan dalam Majalah Rasa keluaran March 2007.

Seafood @ Bagan Lalang

Saya bukanlah peminat makan laut tapi kali ni mengidam nak makan seafood pulak..My mr right bawa ke Bagan Lalang, untuk makan sea food yang fresh kat situ.Lepas pilih apa yang nak,semua ikan tu ditimbang dan tentukan nak masak macam mana..


Gambar disebelah ialah menu special kat sini, iaitu siput pahat atau pepahat. Khabarnya haiwan bercengkerang panjang ini hanya ditemui disekitar perairan Selangor dan Sarawak sahaja. Rasanya macam makan lala,tapi isinya lebih besar dan panjang-panjang.


Menu pilihan kami ialah otak-otak sebagai starter, siakap masak stim,udang celup tepung,ketam bercili,kerang rebus,kailan ikan masin,ikan kembung bakar dan pepahat masak cili.Penuh satu meja dan tak larat nak menghabiskannya. Tak lupa nak tulis kat sini,harganya RM86.Rasanya berbaloi dan lain kali boleh datang lagi.