Wednesday, May 12, 2010

Apam Aiskrim


Salam sejahtera
Petang semalam buat Apam Aiskrim..tersangatlah lembutnya apam aiskrim ni! Terasa halus mulus dan memang puas hati mencubanya.Versi baru apam ni...ada rakan2 yang letak peanut butter dan blueberry filling sebagai intinya. Saya letak inti untuk 3-4 biji saja dan selebihnya tak letak . Terpulangla pada citarasa masing2 nak letak apa.siapa nak cuba bolehla tengok resipi.

Resipi Apam Aiskrim
Sumber: Maklang Azie

Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)

19 comments:

HALAMANKU

Salam K.Zaliana.. bebetui cam aiskrim.. nampak gebu n yummy... akak nak seketui... he he he

CatlinaFly

tgk gmbr pun dah tau gebu :)

Datin El

salam zaliana

mekar betul apam ni..best

izahdaut

assalamuaalikum..salam pekenalan..waaahh.. sangat terharu tengok apam ni..macam nak gapai2 amik seketul.. mai seketul. nak try gak la..tapi jadi ke gebu cam tu..owwhh

Azita Zain

mesti buat ni...!

Chah

wah..sampai terjojol tuh kompem gebusss gilorrr...sedap..sedap...bahanpun senang jerrrr...tq za 4 sharing..

indahhouse

salam kak zaliana,
mmang cantik apam ni, dah macam eskrim kak. memang seronok nampak ia mekar gitu kan?

Salmi

adohaiiii zaaa, confirm akak buat jugak pasni..mabelesss nyer apam tuu..very tempting lahh..:-)

zaliana

Halamanku :hehe! nak ke? kenala mai umah akak buat spesel edition ehh :)

Catlina: gebuuuuu tau! tak caya boleh try

Datin EL: aaa.apam ni memang mekar...mula2 tu za kukus dalam acuan lompang yang kecik2 tu...dia pecah belah tepi lah! bila kukus dlm muffin cup lagi cantik lah! membuak2 gitu

kak salmi: cuba yer jangan tak cuba.. :D

Izahdaut:insya allah jadi! pukul betul2 kembang,tentu gebu..

Azita Zain: buat yer! pastu dah siap habaq kita nak seketui dua :)

Chah: haha terjojol kan? boh dlm paper cup muffin yer kalau nak suruh jadi gitu

Indah house: yer..memang seronok..akak kan..disebabkan penutup kukusan tu dari kaca, memang seronok sangat tengok apam tu naik..dan kemudian sikit demi sedikit ia pecah! hehhee akak tak alas pun tutup tu semata2 nak tengok pecahan volcano tuh!! muahahahha

Beattey

Salam Kak Zaliana....

Salam perkenalan dari saya....saya dah cuba resepi akka pagi tadi, mmg sedap!!!! tapi kita punya tak mekar volcano macam akak..tapi kembang setaman...

nak mintak izin c&p kat blog sy ek..tq..

zaliana

salam betty:ya..silalah ambil resipi..quote sumber dari mak lang azie yer

euphoria

wahhhhhh!!!! sangat gorgeous rupanya!!! aiyoo bila la nak pandai masak ni.. buat cupcake pun boleh tak naik inikan nak buat apam eskrem... let me stay carving je la camni hahahaha

zaliana

euphy: ala hai wat apam ni lagi mudah dari nak mengukir!!tak caya?? cuba buat sekali :) hehe

kak ina kl

salam...amboi cantiknya apam kamu ni..

mama meah

salam..blogwalking d malam hari...nice........sgt2 u nyer apam, nak try ler, btw i blog about food too, tp i amature sgt2 ler, camera pon murah jer, so pics tak ler lawa sgt..sudi2lah visit yer..http://mrsnik.blogspot.com

DIESHA

adoi Za...sedapnya..nak try gaklah...

Umi Balqis

nk cube try test buat... pinjam resepi yeeee... thanksss..

openid

Salam Kak Zaliana,
Gebunya nampak apam tue...
Selamat berpuasa ye akak :)
Ijan

kak ina kl

salam zai..selamat hari raya..memang bum bumlah apam tu