Thursday, November 27, 2008

Nyet..nyet..nyet

Terima kasih banyak-banyak ya Che Iza..bagi nyet cute ni.Sorry lambat sikit sebab pegi cari pisang dulu tadi. ehehe tengok la tak lama lagi gemuk gedempollah Si Monyet nih akak bela..

Nasi Ayam Penyet Palembang


Resipi Nasi Ayam Penyet dipetik dari blog Resipi Diana, resipi asal oleh Hajah Rohana Abu. Ayam ni bila dah siap goreng kena ketuk-ketuk sikit.Rupa-rupanya dari situlah dapat nama penyet tu. Untuk sos hitam tu kena pakai sos tiram.Sos tiram habislah pulak.Sudahnya cuba tukar dengan sos hoisin. Bila dah mendidih atas dapur terasa mcm tak kena pulak kat tekak ni. Takpe, guna contigency plan no 2. pulak Maka jadilah campuran sos hitam tu ala-ala black pepper sos . Kita campurkan sup ayam+ minyak bijan+serbuk lada hitam + bancuhan tepung jagung+ kicap cair. Rasanya not bad!

NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agara ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Tuesday, November 25, 2008

Daging Masak Lada Hitam

Menu ni sesuai untuk ibu dalam pantang.Padanan yang paling ngam untuk daging ni ialah nasi panas yang ditabur dengan lada hitam yg dikisar halus. Masa dalam pantang dulu, rasa sedap sangat nasi ni , meskipun cuma berlaukkan daging kunyit bakar. Sejak balik ke rumah, semacam 'terlupa' pulak nak tabur serbuk lada hitam ni atas nasi. Walhal awal-awal lagi Ma dah bekalkan serbuk lada hitam yang dikisarnya sendiri. Tadi macam terlebih pulak letak serbuk lada hitam sampai berasap telinga dibuatnya!! Oppss risau juga nanti baby minum susu hot n spicy :(

Bahan-bahan: Untuk 3 orang

400 gram daging -potong nipis
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar seasoning
1 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
Sedikit kicap manis
sedikit garam
3 ulas bawang putih-mayang
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan air
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Didalam sebuah bekas, perapkan seketika daging dengan minyak bijan,seasoning dan lada hitam.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, tak perlu sampai garing.Masukkan daging yang diperap tadi,kecilkan api dan biarkan daging empuk.
3.Kemudian masukkan kicap manis supaya kuahnya hitam sedikit.Tambahkan lagi serbuk lada hitam,juga letakkan garam mengikut citarasa masing-masing.Masukkan cili merah.
4.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.Lebihkan air jika mahu.Setelah kuah mendidih,bolehlah dihidangkan.

Monday, November 24, 2008

Kuih Layang2 Kulit Popiah



Asyik betul mengunyah kuih ni..krup krap krup kraap..sedar-sedar dah kenyang.Resipi dari Kak Fida di Myresipi ni memang sedap. Boleh bagi 5 bintang.

Just for my quick reference:Untuk sira berlada, bahan-bahannya :
1/2 cawan cili kisar, 1 kerek nisse', segenggam udang kering,3 ulas bawang putih, 4 sudu besar gula, 1 sudu teh garam, 4 sudu besar bijan (disangai)

Cara-cara
Kisar cili kisar bersama sedikit air,bawang putih dan udang kering.Panaskan minyak dan tumis bahan tadi.Masukkan gula nisse' yang telah ditumbuk,gula dan garam.Bila sudah pekat tutup api dan masukkan kulit popiah yang telah digoreng.Masukkan bijan.Kacau hingga rata.
** sira ni kurang pedas,lain kali kena adjust lagi sukatan ini.

Sunday, November 23, 2008

Mentega Kacang


Siapa suka peanut butter angkat siku!!! Mari jenguk rumah Ein untuk lihat cara mudah menyediakan mentega kacang ,kali ini dengan jenama anda sendiri! Kepada Ein, terima kasih ya. Lama betul reserve kacang tanah, baru hari ni buat sendiri.

Hadiah-dari Hana



Terima kasih kepada Hana, untuk 'frame gambar' ni..minta maaf ya, baru hari ni berjaya angkut frame dari Jepun ni haa.Nampaknya dah banyak entry kat rumah Hana, terpaksalah selongkar balik kat mana dia letak frame comel ni.

Saturday, November 15, 2008

Choc Icecream Muffin With Twin Choc Chip

Muffin ni boleh membantu menceriakan waktu sarapan atau minum petang. Resipi asas menggunakan resipi Mixed Nuts Muffin , yang berubah cuma presentation,tanpa kekacang yg byk cuma nib almond sahaja, dan jenis aiskrim yang digunakan. Lebih sedap aiskrim,lebih sedap rasa muffin.

Di pagi hari ni nak menjawab soalan tag yang diamanahkan oleh Waheedeana. I better do it right away before my lil prince and my lil princess tu bangun.

1) bekas kekasih saya adalah

* aha..soklan ni kurang releven utk saya..takde bekas kekasih, saya cuma ada suami.. kini,dulu dan selamanya...

2) saya sedang mendengar bunyi
* lagu iklan Horlick kat TV..ho ho ho vitamin daripada 48 pisang..ho ho ho kalsium daripada 3 kg bayam!!!

3) mungkin saya patut
* fikir apa yang nak di bawa sebagai buah tangan nak pergi rumah makcik malam ni??

4) saya suka belajar
* banyak perkara yg saya suka nak belajar.. hmm nak ambik phd kalau ada yg sanggup nak sponsor

5) sahabat baik saya
* saya ada sorang kawan yg saya kenal masa kecik,dan masih lagi contact hingga sekarang.Nama dia Yanti.kawan-kawan yang baru kenal sekarang ni pun saya anggap kawan baik saya juga..

6) saya tak paham
* semua org tahu rokok tu tak elok, tapi masih ramai jadi penagih rokok.Patutnya tembakau tu dihapuskan terus dari muka bumi nih.

7) saya kehilangan
* yang terbaru hilang..jam tangan .entahla dah puas fikir aku campak kat mana lah sampai berbulan-bulan tak jumpa nih??

8) ramai yg berkata
* senyum itu sedekah..tapi berapa ramai yg niat sedekah masa nak senyum tu?

9) makna nama saya ialah
* cahaya kelembutan.. nama ni ayah yang bagi

10) cinta tu adalah....
* apabila kita suka pada sesuatu,atau pada seseorang

11) di suatu tempat
* ada satu pack ayam tengah defrost..nak masak kejap lagi nih..

12) saya akan cuba
* menghabiskan jawb tag ni secepat mungkin.

13) makna SELAMANYA ialah
* infinity

14) henpon saya...
* handphone nokia, tp tak tahu pulak model apa,tp yg pasti jenis lama

15) saya paling meluat bila
* nampak couple yg tak sopan dan tak tahu malu dlm LRT..tp syukurlah sekarang ni dah tak naik LRT dah.

16) bila saya bangun dr tidur
* tenung wajah anak. check degup jantung dia..eh tak tahulah kenapa sejak dpt anak dah jadi tebiat pulak check nafas dia ..mommies lain buat gitu jugak ke???

17) party adalah
* bila kita berkumpul bersama dalam suatu kelompok untuk meraikan sesuatu.

18) haiwan yg paling cute
* anak kambing biri-biri..alahai comelnyer

19) peringkat umo yg paling menyeronokkn
* setiap peringkat umur menyeronokkan, jika kita menikmati hidup ini dan redha dengan setiap ketentuanNYA.

20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
* alhamdulillah takde rasa tension lagi buat masa ni.

21) mlm ini saya akan cuba
* sampai kat rumah makcik seawal yang boleh..kalau dah majlis pukul 8 takkan pukul 10 baru nak sampai kan...

22) saya btl2 inginkan
* rumah yg ada laman yang luas,supaya saya boleh gardening.

23) bila tgk muka kt cermin pg td
* takde apa yg berlaku..mukaku tetap selebet mcm selalu..heheh

24) shopping kompleks
* beli groceries kat Carrefour Alamanda atau Giant Nilai

25) makanan segera biasanya
* dianggap makanan yang berkalori tinggi, dan kurang menyihatkan..tapi yg tu lah yang sedapnye kan.

26) ayat2 terakhir kata pd org...
* ok bye...(tadi adik call)

27) nk pnjgkn tag ni?
* nak minta Ein jawabkan tag ni..lama dah dia tak jawab soklan begini.

Wednesday, November 12, 2008

Sup Bunjut

Niat dihati nak masak kerutub daging semalam. Selepas sibuk memotong dan memasukkan lauk pauk yang baru dibeli dari Pasar Borong Selangor, masa dah melewati waktu tengah hari. Semua sudah kelaparan jadi menu yang cepat dan ringkas nampaknya kerutub jadi sup lah. 2 -3 kali selongkar inventori rupa-rupanya takde pula sup bunjut. Dengan izin Allah taala diilhamkan untuk 'membunjutkan' sendiri rempah ratus, menggunakan kain kasa( yang biasanya ada dalam first aid kit tu). Tapi kurang pasti pula apa yang patut ada dan patut tak ada dalam bunjut ni .( pssst nanti kita tengok kat kedai ya). Kepada kawan-kawan yang rasa bahan disini tak betul silalah beritahu supaya di lain hari kita boleh buat sendiri bunjut ni, kan dah jimat tu.

Bahan-bahan untuk 1 bunjut

5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam

1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara-cara
Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah -pelaga,cengkih,ketumbar, jintan manis dan lada hitam ke dalam 1 helai kain kasa. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih. Sup bunjut sedia digunakan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.

Kita sediakan sup ekspress pula

Bahan-bahan untuk 4 orang makan

500 gram daging-dipotong
Air secukupnya
1 inci halia-diketuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato

Untuk bawang goreng
7 biji bawang merah-mayang halus
4 biji bawang putih -mayang halus

Bahan menghidang
Daun sup
Bawang goreng
Limau nipis

Cara-cara
Didihkan air .Masukkan daging,halia , sup bunjut dan garam.Masak dengan api kecil sehingga empuk. Sementara itu panaskan minyak (secukupnya untuk menggoreng bawang merah dan bawang putih). Goreng bawang sehingga kekuningan. Setelah masak,masukkan separuh bawang goreng ini ke dalam periuk berisi daging tadi. Oh ya saya masukkan juga sedikit minyak dalam satu sudu dari gorengan bawang tu sebab minyak tu 'full of flavor'. Masukkan juga tomato.

Untuk menghidang, tabur daun sup,lebihan bawang goreng dan limau nipis ke atas sup daging tadi. Makan bersama sambal kicap baru 'kick'.