Friday, June 29, 2007

Kek Keladi



Malam tadi buat kek keladi ni.Dah lama sangat janji ngan member2 di Myresipi. Balik rumah semlm tengok keladi ni dah lama sangat diperam.Sebelum buruk baik buat terus...pukul 3 pagi baru tidur.Yang anehnya sampai sekarang masih lagi steady.Alhamdulillah.. cara-cara bergambar klik disini
KEK:
250 gram sponge cake mix
5 biji telur (A)
1/2 sudu besar ovellatte
40 ml air
TOPPING KELADI:
1 kg keladi
1/2 cawan gula
3 biji telur (A)
120 gram santan pekat
300 ml air
1/4 cawan tepung gandum
20 gram tepung jagung
25 gram gelatin
Beberapa titik pewarna ungu
1/2 sudu teh garam
Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara KEK :
Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
KELADI:
Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

Paratha Puff


Bestlah checkie punya resipi..yang ini buat hari selasa lepas.simple dan sedap.2 kali buat dah Paratha Puff ni.

Monday, June 25, 2007

Aktiviti

Hari ini buat bun ini bersama Ijah..seronok lah pulak..Faris kata rupa roti ni mcm rupa dialah... ha ha ha..siap suruh buat kakinya jugak...nama roti ini ialah Roti Anpanman.
Lepas buat roti ni buat roti Red Bean Stollen pulak.




Friday, June 22, 2007

Kek Coklat


Kek coklat yang belum upload kelmarin. Buat khas atas permintaan BIG BOSS untuk kawan2 officenya.Sedap bila ditambah dengan butter oil...yum yum !!!


Resipi ni memang selalu buat.Dah ingat di kepala.emm..malas lagi lah nak tepek kat sini.Lenkali bila dah takde keje buat ler karangan tu disini. eheh..kang lupa lak..

Red Dragon Choc Cake


Kek ni buat 2 hari lepas daa...kek ni khas buat utk utilize buah naga merah pemberian ayah..satu penghargaan atas hasil tanamannya.

Kek: Guna resipi Moist Chocolate Chiffon oleh Mat Gebu.

Krim:
250 ml whipping cream
1 sudu besar gelatin
2 sudu besar air panas

Topping:
1 biji buah naga (pitaya) warna merah
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar madu

Cara-cara:
1) Sediakan kek. Saya ikut resipi oleh Mat Gebu. (terima kasih kerana sudi bagi pinjam resipi)
2) Topping;
Potong buah naga.Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar.Pindahkan ke dalam periuk dan masak sampai mendidih.
3) Krim
Putar krim dengan kelajuan paling perlahan dahulu. Selepas 10 minit, tingkatkan kelajuan mixer dan masukkan gelatin cair tadi.Pukul lagi hingga krim betul-betul kental lebih kurang 5-10 minit.
4)

Tuesday, June 19, 2007

Cheesecake oh cheese cake



Sedaplah cheesecake ni.....kalau makan hari2 sure badan bertambah gebu...nama nya Cotton Soft Japanese Cheese Cake. Resipi ni dari Kak Alma. Resipi asal kena guna tepung superfine. Laa.. tak de stok pulak. Guna aje tepung naik sendiri. Nah...ini dia...alhamdulillah menjadi. Cuma nampak ada lubang2 kecik pada kek tu. Hasil tindak balas serbuk penaik dlm tepung tu lah kot. Anyway tidak menjejaskan rasa cheese cake ni.

Tomyam Putih




Resipi ini dapat dari Jang (Tokei Gerai Makan Wanee) .Sukatannya ubahsuai sendiri lepas tanya bahan2 nya dari Jang.
Sama dah dengan yg biasa buat kat rumah cuma tak bubuh halia.Jang kata letak halia.Satu lagi taruk kicap sotong.Nak sedap lagi kena letak MSG. Yg MSG tu tak berapa berkenan. Jadi tak bubuh. Biarla tekak ku sedap makan tanpa perlu letak MSG.


Bahan-bahan
1.2 liter air
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai
4 batang daun limau purut
1 inci lengkuas-diketuk
1 hiris halia
2 biji tomato
1/2 batang carrot
1 biji bawang besar
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api


Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. Sedia dihidangkan.

Monday, June 18, 2007

Kids Platter


Resipi mudah untuk kanak-kanak. Sambil-sambil mengajar anak-anak kenal huruf ABC.Senang aje. Goreng jejari cheese tu. Potong kentang secara criss cut dan salut tepung kentucky, goreng dalam minyak panas.Hiaskan dengan lettuce dan tomato cherrry.


Friday, June 15, 2007

Sweetheart Chocolate Cake



















Tetiba dapat idea nak buat kek bersalut coklat...mula2 tu ingat nak buat kek dlm loyang lepas tu potong2 jadi 4 segi..ish..tak kemas cam tu..bentuknya nanti tak sama. Emm..bakar dlm tray love tu terus..tp buatlah nipis2 baru boleh salut coklat..try lah..tak sabar nak tengok hasilnya.

Bekas love tu dari Ferrero Rocher .Memang sesuai letak coklat ni. Lama juga nak siapkan coklat kek ni..Dari pagi buat petang baru nampak hasilnya.Itu pun tak sempat celup semua. Puas hati walaupun penat :-).

Resipi ini ada diletakkan dalam
Myresipi


Bahan-bahan ( 96 biji )
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan air panas
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Coklat masakan
Coklat putih
Acuan bentuk hati





Cara-cara
Ayak tepung,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula, pukul lagi hingga putih.Kemudian masukkan minyak masak,susu pekat.Pukul lagi.Masukkan campuran tepung.Masukkan air panas sedikit demi sedikit sampai habis.
Panaskan oven pada suhu 180 degree. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.Masukkan adunan dlm acuan,masukkan sedikit sahaja,kurang dari separuh acuan.Bakar selama 5 minit.
Keluarkan kek dari acuan.(ini adalah resipi kek coklat lembab tp saya kurangkan separuh air utk disesuaikan dengan coklat).
Cairkan coklat masakan secara double boiler. Jika coklat nampak pekat, letakkan sedikit minyak sayur. Masukkan coklat cair dalam acuan.Walaupun menggunakan non stick tray saya letak sikit minyak masak pada acuan untuk memudahkan coklat dikeluarkan tanpa merosakkan bentuknya.
Letakkan kek bentuk hati tadi.Tekan sedikit supaya bahagian tepi turut bersalut coklat.
Tuangkan coklat ke atas kek untuk cover semua bahagian kek. Simpan dalam peti sejuk seketika.
Keluarkan dari peti ais, kikis bahagian tepi coklat dengan lidi sate. Ini adalah untuk mengemaskan bahagian tepi coklat dan memudahkan coklat dikeluarkan dari acuan. Bahagian atas nampak kurang smooth.Tak mengapa kerana ia akan jadi base coklat.
Terbalikkan tray untuk keluarkan coklat dari acuan. Pipekan atas coklat dengan coklat putih yg telah dicairkan.

Cream Puff Jagung


Resipi belajar dengan siapa lagi kalau bukan bonda sendiri. Suka sangat makan cream puff ni. Mesti nak letak jagung. Sedap!!!

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara

Cara-cara untuk puff
Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk inti
Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Roti World

Roti ni buat dalam bulan March lagi. Teringin nak cuba lepas tengok menu kat Cafe La Mania. Resipinya diubahsuai dari buku Pemakanan Untuk Anak-anak. Nampaknya BOG BOSS suka. Sebijik roti habis dimakannya. Lain kali boleh buat lagi lah tu....




Bahan-bahan ( 2 biji roti )
Untuk roti.
170ml air suam
2 cawan tepung high protein (250 gram)
65 gm tepung gandum (1/ 2 cawan)
2 sudu besar lemak sayur
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera
*semua sukatan di paras
Untuk sup krim ayam.
1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di ketuk
100 gm ayam dicincang
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
Sedikit Italian herbs,lada sulah dan garam secukup rasa

Strawberry Chocolate


Strawberry Chocolate

Bahan-bahan ( 10 biji )
10 biji strawberry
100 gram coklat masakan
1 sudu teh shortening
Sedikit coklat putih sebagai hiasan

Cara-cara
1) Bersihkan strawberry dan lap kering... Hiris halus coklat masakan , campurkan shortening dan masak secara
double boiler dengan api perlahan..
2) Masukkan coklat cair ke dlm mangkuk dan biarkan ia suam..kemudian celupkan strawbery.
3) Balut pinggan dengan cling wrap dan letakkan strawberry tadi.(utk memudahkan strawbery dikeluarkan )
Dinginkan dlm peti ais...
4) Masakkan pula coklat putih dan masukkan ke dlm piping beg..pipe kan ke atas strawberry tadi..
Boleh juga dihiaskan dengan coklat rice dll..dinginkan semula dan sedia untuk dihidangkan.