Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Scone & Homemade Strawberry Jam

terasa lama sungguh tak menulis disini..sampaikan terasa tangan ni kelu tak tau nak tulis apa :P

ok ni yang sempat buat weekend ni...scone dengan home made strawberry jam..sedap scone ni,  dah 3 kali pakai resipi ni...

Resipi Scone: sumber dari myresipi, resipi oleh zurin..

Bahan
  • 2 cawan tepung
  • 1 tbsp baking powder
  • 1/2 tsp garam halus
  • 100g butter sejuk
  • 2 tbsp gula castor
  • 1 cawan susu segar (saya tak habiskan 1 cawan, masukkan ikut keperluan sampai doh tu agak-agak lembut dan boleh canai-lebih kurang 3/4 cawan )

Cara

  1. Gaul semua bahan kering dgn garpu
  2. Buat lubang ditengah tepung, parut butter sejuk ke dlm tepung. Butter lagi sejuk lagi bagus.
  3. Gaul butter & tepung dengan garpu sampai butter & tepung jadi berbiji2 sedikit. Jangan uli. Nanti scone jadi padat & berat.
  4. Masukkkan susu dan gaul semua dengan garpu sampai tepung dah melekat saja. Memang doh akan rupa tak cantik.
  5. Canai doh jadi 1inci atas tmpt bertepung sedikit (takut melekat). Tekap dgn acuan. Bakar pada suhu 230C sampai atas kuning keemasan.

Untuk homemade strawberry jam pula, resipi dari Kak hani@ Ringgo, Myresipi. Jem ni kurang manis dan sedap, warna pun cantik berkilat datang dari buah tanpa pewarna tambahan. Sapa yang suka makan jem dengan roti  bolehla cuba.



Bahan-bahan ( 1 cup )

  • strawberry 1 pack (300gm)
  • gula pasir 90gm
  • lemon jus dari 1/2 biji

Cara-cara

  1. buang kelopak hijau, basuh bersih dan keringkan dengan paper towel.
  2. masukkan dalam periuk, gaul dengan gula. biarkan selama 10 minit sehingga ada air keluar sedikit dari buah.
  3. panaskan atas api kecil. kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  4. bila air dari buah keluar dengan banyak, besarkan api untuk keringkan air. kacau tanpa henti sambil pecahkan buah.
  5. bila air tinggal sedikit, masukkan lemon jus dan tutup api.
  6. bolehlah disimpan dalam botol yang bersih.
  7. sedap dimakan bersama yogurt ataupun roti.
  8. gula digunakan hanya 30% dari berat buah. jika hendak disimpan lama bolehlah ditambah gula ke 50%. procedure ini boleh digunakan untuk buah lain seperti pear, epal dan blueberry



Sunday, November 23, 2008

Mentega Kacang


Siapa suka peanut butter angkat siku!!! Mari jenguk rumah Ein untuk lihat cara mudah menyediakan mentega kacang ,kali ini dengan jenama anda sendiri! Kepada Ein, terima kasih ya. Lama betul reserve kacang tanah, baru hari ni buat sendiri.

Wednesday, November 12, 2008

Sup Bunjut

Niat dihati nak masak kerutub daging semalam. Selepas sibuk memotong dan memasukkan lauk pauk yang baru dibeli dari Pasar Borong Selangor, masa dah melewati waktu tengah hari. Semua sudah kelaparan jadi menu yang cepat dan ringkas nampaknya kerutub jadi sup lah. 2 -3 kali selongkar inventori rupa-rupanya takde pula sup bunjut. Dengan izin Allah taala diilhamkan untuk 'membunjutkan' sendiri rempah ratus, menggunakan kain kasa( yang biasanya ada dalam first aid kit tu). Tapi kurang pasti pula apa yang patut ada dan patut tak ada dalam bunjut ni .( pssst nanti kita tengok kat kedai ya). Kepada kawan-kawan yang rasa bahan disini tak betul silalah beritahu supaya di lain hari kita boleh buat sendiri bunjut ni, kan dah jimat tu.

Bahan-bahan untuk 1 bunjut

5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam

1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara-cara
Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah -pelaga,cengkih,ketumbar, jintan manis dan lada hitam ke dalam 1 helai kain kasa. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih. Sup bunjut sedia digunakan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.

Kita sediakan sup ekspress pula

Bahan-bahan untuk 4 orang makan

500 gram daging-dipotong
Air secukupnya
1 inci halia-diketuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato

Untuk bawang goreng
7 biji bawang merah-mayang halus
4 biji bawang putih -mayang halus

Bahan menghidang
Daun sup
Bawang goreng
Limau nipis

Cara-cara
Didihkan air .Masukkan daging,halia , sup bunjut dan garam.Masak dengan api kecil sehingga empuk. Sementara itu panaskan minyak (secukupnya untuk menggoreng bawang merah dan bawang putih). Goreng bawang sehingga kekuningan. Setelah masak,masukkan separuh bawang goreng ini ke dalam periuk berisi daging tadi. Oh ya saya masukkan juga sedikit minyak dalam satu sudu dari gorengan bawang tu sebab minyak tu 'full of flavor'. Masukkan juga tomato.

Untuk menghidang, tabur daun sup,lebihan bawang goreng dan limau nipis ke atas sup daging tadi. Makan bersama sambal kicap baru 'kick'.



Monday, October 29, 2007

Bawang Goreng

Mari buat bawang goreng.Bawang goreng ni pakai untuk buat bergedil,kuzi ayam dan nasi minyak nanti.

1) Kupas bawang merah sebanyak yang diperlukan.(Kali ini buat 700 gram).Kupas juga beberapa biji bawang putih.(Barula bawang goreng lebih sedap)
2)Basuh bersih bawang dan toskan hingga kering.
3)Hiris halus-halus.Kalau boleh biarlah ketebalan tu sama supaya nanti goreng sekata masaknya.
4)Panaskan minyak.Masukkan bawang hiris tadi.Jangan letak banyak2 sangat nanti bawang jadi lembek dan tak mengembang dengan elok.
5)Kacau seklai sekala.Bila nampak kekuningan,perlahankan api dan kaut ke dalam penapis yang dilapik kitchen towel.
6) Serak-serakkan bawang goreng supaya minyak dapat diserap sebanyak mungkin.Ini membantu bawang goreng menjadi rangup lebih lama.Tukarkan kitchen towel yg dah penuh dengan minyak.Ulang lagi langkah 6 ini supaya bawang goreng kurang berminyak.
7) Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Masukkan sedikit garam pada bahagian bawah bawang goreng .

Monday, June 18, 2007

Kids Platter


Resipi mudah untuk kanak-kanak. Sambil-sambil mengajar anak-anak kenal huruf ABC.Senang aje. Goreng jejari cheese tu. Potong kentang secara criss cut dan salut tepung kentucky, goreng dalam minyak panas.Hiaskan dengan lettuce dan tomato cherrry.