Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Saturday, May 23, 2009

Ayam Percik




Grilled chicken in coconut gravy with steamed broccoli..

Saturday, May 16, 2009

Nasi Dengan Ayam Lada Hitam



Sajian ringkas untuk hari ini. Jika selalunya hidangan barat menyajikan Black Pepper Chicken Chop, dimakan dengan kentang goreng,coleslow dan lain-lain tu, hari ni ubah selera makan dengan nasi pula.

Nasi dengan Ayam Lada Hitam ,versi Jurnal Rasa.

Saiz hidangan : 3 orang

Bahan-bahan

Bahan perap ayam
500 gram ayam-dipotong
3 ulas bawang putih-ditumbuk
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam
1 cawan tepung jagung

Gaulkan semua bahan-bawang putih, garam dan lada sulah pada ayam, dan perap kira-kira sejam.
Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul rata pada ayam. Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.


Sos Lada Hitam
4 batang sosej
3 ulas bawang putih-diketuk
4 ulas bawang merah-dimayang halus
2 sudu besar serbuk lada hitam-yang ditumbuk sendiri
Serbuk lada hitam berperisa-pakai brand ajinomoto
1 sudu besar rosemary kering
Sedikit kiub ayam
Beberapa titik seasoning
Garam secukup rasa
2-3 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1/4 biji lobak merah-dihiris
Minyak untuk menumis

Tomato dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara
1.Panaskan minyak,kemudian goreng sosej.Keluarkan sosej.Sosej tu bolehla diberi pada anak :D.
2.Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga harum.
3.Masukkan rosemary, serbuk lada hitam,seasoning, kiub ayam,garam dan juga air.Masukkan juga lobak merah.Bila ia mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung.Seimbangkan rasa dan tambahla apa yang perlu.Biarkan seketika sehingga bancuhan tepung jagung masak, kemudian tutup api.
4.Hidangkan sos dengan ayam yang telah digoreng tadi.Sedia dinikmati dengan nasi.

Sunday, May 3, 2009

Ayam Bakar Bercili



Resipi pilihan hari ini ialah Ayam Bakar Bercili, dari blog Cik Wan.Menurutnya, resipi asal oleh ibu mertuanya. Lauk ini memang sedap, boleh masak lagi di lain kali. Ada sebiji tomato dan sebiji kentang ditumpangkan dalam ayam ini, untuk hidangan Aisha hari ini. Terima kasih Cik Wan, resipinya salin disini ya :D

Bahan
1/2 ekor ayam
Bahan kisar dengan sedikit air
5 biji cili hidup(dibuang biji)
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1cm halia
1cm kunyit hidup(serbuk pon ok)
1sudukecil garam
2 sudubesar gula
* 2 sudu besar tomato puri ( yang ni kak za tambah sikit ya Cik Wan..sebab tak cukup cili besar )

1 biji lemon
sedikit daun ketumbar(hiris)
sedikit daun bawang(hiris)

Cara

  1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
  2. Panaskan oven pada 175'c.
  3. Perah lemon dan tuangkan diatas ayam,kemudian taburkan dengan daun ketumbar dan daun bawang.
  4. Bakar selama 40minit @ sehingga ayam garing dan mengeluarkan minyak.
note: jika mahu pedas tambahkan 1 sudubesar cili kering yg telah dikisar semasa mengisar.
jika mahu kurang pedas tambahkan 1 sudubesar santan serbuk semasa mengisar.

Friday, March 6, 2009

Thai Green Curry

Masakan hari ini, kari hijau Thai. Terima kasih kepada Ika @ Natto yang mengirimkan pes ini beserta cenderahati lain. Dan tak lupa juga terima kasih kepada Izah yang poskannya pada akak. Tanpa pes ini, tak dapatlah nak masak dan makan kari hijau ni untuk pertama kali. Dapat saja pes ni, terus selongkar buku resipi, sebab teringat ada satu resipi guna pes sebegini.

Resipi ni dari buku Brilliant Chicken Recipes, terbitan Murdoch Books. Resipi ini perlukan lebih banyak bahan berbanding yang ditulis pada pek pes tersebut. Hmm..mula-mula terfikir juga..masakan Asian, bolehkah kita buat ikut resipi yang ditulis oleh 'omputih' ni? Mungkinkah kena ubahsuai kembali supaya sesuai dengan tekak Melayu? Ok, belum cuba belum tahu kan. Dipendekkan cerita, kari hijau ni memang sedap betullah! Kena dengan selera. dan tak perlu tambah apa-apa. Cuma agak terkilan sebab ada bahan yang tak cukup-seperti lada hitam segar dan daun selasih. Kalau cukup bahan tentu lebih terangkat!


Thai Green Curry: sumber dari Brilliant Chicken Recipes

Bahan-bahan

1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar pes kari hijau -pakai 1 pek pes kari hijau
400 ml santan pekat
600 gram ayam-potong kecil
230 gram rebung -letak 100 gram shj
1 sudu besar sos ikan - tak letak
6 helai daun limau purut
2 sudu teh gula melaka
1 batang serai, diketuk
2 sudu teh lada hitam yang segar - tak letak
200 gram kacang panjang
1/2 cawan daun selasih -tukar dengan sedikit daun kesum
1 1/4 cawan air

Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga berbau wangi.
2. Masukkan ayam dan serai, biarkan sehingga ayam empuk.
3.Kemudian masukkan air dan sebahagian dari santan.Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan gula melaka, sos ikan, daun limau purut, rebung.
4.Kemudian tambahkan lada hitam yang masih segar dan kacang panjang serta baki santan tadi.Kacau sekali sekala.
5.Bila sudah mendidih,keluarkan daun limau purutdan serai lalu masukkan daun selasih.Sedia dihidang.

Monday, January 12, 2009

Ayam Madu


Sunday, December 7, 2008

Ayam Serai


Ayam Serai Puan Ana ni memang menguji kemahiran membelah serai. Dengan serai yang cekeding susah nak kasi tak putus [ alasan aje nih]. Habis relai kukerjakan .Akhir sekali tebuk isi ayam terus cucuk kat serai.[Puas hati makcik, :D] .Ayam ni sedap, yang ni drizzle sikit mayonis supaya Faris tertarik nak makan. Memang sedap ratah ni.

Monday, May 19, 2008

50

Menu tengah hari semalam ialah Tomyam putih,telur bungkus,kailan ikan masin,ikan siakap masak stim dan juga udang mayonis. Secara berseloroh, saya 'claim' the big boss RM 50 untuk hidangan ini sebab pergi kedai dan memasak. Dan dia ingat saya betul-betul maksudkannya :P .. tapi kalau nak bagi pun boleh jugaaak.. :D






Dan siaran ulangan untuk menu ini ialah lebihan Kek Lapis Rubi Natasya yang masih ada , sebab tak sempat nak buat apa-apa pencuci mulut dah..

Sunday, May 11, 2008

Ayam Bakar


Ayam bakar,bersama coleslaw dan kentang . Setiap kali tengok rancangan License To Grill setiap kali tu lah nak bakar ayam. Bila browse beberapa resipinya disini tak tahu pula nak cuba yang mana.Jadi saya 'compile' bahan-bahan asas yang banyak Chef Rob Rainford gunakan seperti english herbs, bawang putih ,lemon dan madu serta tambahkan serai ,halia dan jintan putih. Untuk kentang pula,saya potong kentang yang telah dibakar,campurkan mixed herbs, garam,lada hitam dan mayonis.

Tuesday, January 22, 2008

Ayam Kampung Goreng Kunyit


Tiada apa yang istimewa pada ayam goreng ini.Ia cuma ayam kampung yang disapu dengan garam dan kunyit dan digoreng garing. Apa yang membuat ia special ialah ia diterbangkan dari kampung, hasil ternakan ayah. Untuk menikmati rasa sebenar ayam kampung, saya goreng letak kunyit dan garam sahaja.Isinya memangla kurang berbanding ayam biasa tapi tetap lembut dan sedap.

Thursday, January 17, 2008

Sticky Caramel Chicken Wing


Resipi yang simple tapi sedap dari Mutiarazura. Resipi ini saya 'paste' dari Myresipi.

Bahan-bahan ( 24 keping )
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Thursday, January 10, 2008

Pulut Kuning dan Rendang Ayam


Menu pembuka tahun 1429 Hijrah....Selamat menyambut kedatangan tahun baru, untuk semua muslimin dan muslimat.

Oleh kerana masak pulut dan rendang ni secara 'free style cooking', tak ada sukatan tepat untuknya..cuma ada senarai bahan-bahannya sahaja :P

Untuk Pulut Kuning

Beras pulut
Serbuk kunyit
2 keping asam keping
Santan

Basuh bersih beras pulut. Rendamkan lebih kurang sejam dalam air kunyit dan asam keping. (saya cuma ikut petua bonda, katanya asam keping ni mencantikkan lagi warna kuning pada pulut).

Kemudian kukus pukut kuning. Selepas pulut separuh masak ,buka pengukus dan masukkan santan pekat dan campuran garam.Kacau hingga rata dan kemudian kukus lagi hingga masak .

Untuk Rendang Ayam

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Kunyit
Lengkuas
Cili boh
Daun kunyit
Daun limau purut
Santan
Kerisik
Garam Gula/gula melaka

cara-cara
Kisar bawang putih, bawang merah,halia,serai,lengkuas.
panaskan minyak,masukkan bahan kisar tadi.Masukkan cili boh, kacau.
Masukkan santan.Kacau. Bila kuah sudah terbit minyak,masukkan ayam.
Masukkan garam, gula dan kerisik.Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.
Tambahkan sedikit lagi santan pekat dan juga air.
Kacau sekali sekala, tutup api bila ayam sudah masak.

Thursday, January 3, 2008

Ayam Goreng NY


Ayam Goreng NY (NY singkatan untuk New Year)

Saya paling suka mencuba berbagai cara menggoreng ayam.Tiap2 kali goreng ayam bahan-bahan mesti berubah-ubah. Terbaru, saya goreng ayam pada 1 Jan lalu.Kali ni hasilnya nampak macam ayam goreng KFC tu.Caranya begini.

Mula-mula tumbuk lada hitam,lada putih dan ketumbar.Gaulkan bersama garam dan lumur pada ayam. Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung beras dan tepung jagung. Kemudian teringat pula untuk gunakan putih telur. Dalam mangkuk berlainan, pecahkan 2 biji telur, ambil putihnya sahaja dan pukul dengan whisker ballon.Sebenarnya saya jarang sgt pukul telur putih pakai whisker, lebih suka guna mixer. Tetiba dapat satu idea, apa kata kita letak sikit cream of tartar supaya telur putih ni lebih foaming? Ni macam nak buat kek span pulak kan. :D

Saya celupkan ayam kedalam campuran tepung, kemudian celup pula dalam telur putih tadi.Ada juga ayam yang saya celup telur putih dahulu, baru celup dalam tepung.Dan terus goreng dalam minyak panas. Cara mana yang lebih baik, celup tepung atau telur dahulu? Hmm entahla, lebih kurang sama je kot!Mungkin kalau nak dapatkan salutan lebih tebal kita boleh ulang proses mencelup tepung dan telur ni. Hasilnya macam mana? Memang yummy yummy & crispy!!!

Tuesday, December 11, 2007

Bhuna Ghost & Ayam Bran


Bhuna Ghost: sumber resipi dari Majalah Rasa, November 2007

Bahan-bahan
200 gm daging kambing-potong kecil (guna daging lembu)
50 gm bawang merah
50 gram tomato
5 gm halia
5 gram bawang putih
10 gm serbuk cili
10 gram garam masala
10 ml minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia.
2.Masukkan serbuk cili dan garam masala.Kacau dan biarkan seketika.
3.Masukkan daging dan biarkan hingga lembut.
4.Perasakan dengan garam dan masukkan tomato.
5.Biarkan hingga kuahnya kering dan angkat.

Ayam Bran
resipi campur-campur
-bahan: garam,serbuk kari,garam masala, sebiji telur,sedikit tepung beras,bawang putih dan sedikit air
-Lumurkan semua bahan pada ayam dan biarkan seketika.
-Kemudian celupkan ke dalam bran (wholemeal)
Goreng dalam minyak panas.

Tuesday, November 20, 2007

Ayam Pandan


Belajar cara nak buat ayam pandan ni dari Checkmate.Resipinya ada disini


Rasanya memang sedap.Walaupun tak sempat nak perap tetapi rempahnya terasa mungkin balutan daun pandan tu 'memegang' rasa rempah.Cuma buah keras dalam resipi asal ditukarkan kepada lada putih. Ni kes malas nak cari buah keras dalam fridge.Komen dari my big boss adalah positif.Maksudnya boleh buat lagi lain kali :D

Friday, November 9, 2007

Kuzi Ayam


Cuti deepavali dimanfaatkan dengan menumbuk rempah.Mula-mula kisar dengan blender.Tak cukup halus tumbuk dengan lesung pulak.Keletung! keletang!Resipi ini salin dari Bonda.
Bahan A- (Rempah)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Bahan B
800 gram - 1kg ayam
sedikit saffron
2 ulas bawang putih
1 sudu besar garam
1 inci halia
Minyak sapi untuk menggoreng

Bahan C
150 gram bawang besar
20 gram kepingan badam
1/2 cawan kacang tanah
40 gram kismis
1 ketul hati ayam-rebus dahulu

Bahan D
3 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai
1 biji limau nipis
2 ulas bawang putih
200 ml susu sejat
Sedikit saffron
1/2 cawan penyukat sos tomato
700 ml air
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula

Cara-cara
1)Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
2)Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah sebanyak 10 gram.
3)Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.
4)Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng,hati ayam dipotong dadu.
5)Tumbuk badam bersama bawang goreng.
6)Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron.Gaul rata di dalam sebuah bekas.
7)Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
8)Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun.

Wednesday, October 31, 2007

Ayam Khulafa Istimewa


Resipi dari Majalah Rasa, November 2007.

Tuesday, October 30, 2007

Murg Makhani

Nak sebut pun susah lauk ni.Resipi asal dari majalah Rasa, November 2007. Banyak menu masakan India dalam keluaran ni nampak macam sedap-sedap aje.Ini adalah masakan dari India Utara.Cuba yang ni dulu sebab simple. Resipi ini sudah diubahsuai dan ditambah beberapa bahan.


Bahan-bahan

250 gram ayam potong kecil
25 gram kacang tanah-bakar dan kisar
25 gram badam-bakar dan kisar
1/2 cawan @ lebih sikit susu cair
Minyak sapi untuk menumis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 genggam bawang goreng
sedikit saffron
1 sudu besar garam masala
2 sudu besar cili boh
2 titik air mawar
garam dan gula secukup rasa
daun pudina dan daun ketumbar
Kismis,gajus dan daun basil sebagai hiasan

Cara-cara
1) Campurkan kacang tanah,badam,serbuk lada putih,susu cair.
2)Panaskan minyak sapi, masukkan garam masala.Masukkan cili boh.Kemudian masukkan campuran bahan di no 1.Rendam saffron dalam air,masukkan ke dalam periuk
3) Masukkan ayam dan tunggu hingga mendidih.
4)Kemudian tambahkan air mawar,imbangkan garam dan gula.Masukkan bawang goreng,daun ketumbar dan daun pudina. Tutup api. Sedia dihidangkan bersama nasi atau roti.

Nota:
Banyak yang saya ubah dari resipi asal.Untuk versi asal resipi ini, sila rujuk Majalah Rasa.

Monday, October 29, 2007

Nasi Minyak dan Kuzi Ayam

Gambar2 yang sempat snap masa sediakan jamuan utk staf S**A yang datang beraya kat rumah hari Sabtu lepas.Nasi minyak,kuzi ayam,ayam goreng berempah, acar,popedum dan sambal dan kek .Err acar ni takde pulak dlm gambar.Nasi pun belum bertabur bawang goreng dan gajus lagi masa tu.Bertungkus lumus sediakan menu nih.Dengan kesuntukan masa operasi mula lepas balik kerja hari jumaat.Adooi penat but i'm happy :D

Kuzi Ayam
Kuzi kali ni ada main tipu2 sikit.Hihi..sebabnya? stok rempah kuzi yang ada tu tak kaw la..hari tu buat kuzi rasanya hambar. Yang ini main guna rempah beriani pula.Hmm bau rempah ni memang kick! rasa-rasanya rempah2 ni guna bahan yang sama jer..cuma proportionnya yang berbeza.Mungkin kandungan garam masala dalam rempah beriani dari India ni yang banyak membantu 'menaikkan' rasa kuzi ni.Lain kali pun incase lupa nak beli rempah kuzi bila balik Kelantan boleh guna rempah ini jugak la.Brand apa dah lupa kena check balik tp yg pasti halal.Lagi satu kuzi ni tak semanis kuzi Kelantan.Ini kuzi versi sendiri Tiada sukatan yang tepat tp macam ni lah lebih kurang:

Bahan-bahan
Bahan A
1 ekor ayam-potong
2 inci halia
5 ulas bawang putih
Garam
-Kisar halus semua bahan dan lumur pada ayam.Perap seketika.Kemudian goreng ayam sekejap sahaja.

Bahan B
1 cawan bawang goreng
1/2 cawan kacang tanah-goreng dan tumbuk kasar-kasar
1/2 cawan kismis-goreng dengan minyak+ gee
1 1/2 tin susu cair
4 sudu besar rempah beriani
sedikit daun pudina (saje2 bubuh ni bagi naik bau)
Saffron-1/2 sudu teh (x de pun takpe)
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Sedikit kiub ayam
Tomato puree-beberapa sudu besar
Sos tomato
Hati ayam- direbus dan kemudian digoreng, dan potong kecil-kecil.

Campurkan susu cair dan perahkan limau nipis.Campurkan dengan rempah beriani,bawang goreng. Masukkan bahan ini kedalam periuk bersama dengan ayam yang digoreng.Benang safron dicampur sedikit air, ambil air nya dan campurkan dalam masakan.Kemudian masukkan tomato puri,tomato sos,daun pudina dan garam secukupnya.Masukkan juga sedikit air.Bila dah mendidih masukkan kacang goreng, hati ayam dan kismis.Imbangkan rasa masin dan manisnya.Tutup api.

Wednesday, September 5, 2007

Ayam Masak Merah



Pukul 6.50 pagi tadi dengan gigihnya menyiapkan menu ini. Untuk my bigboss dan Faris sorry la ini jer yang sempat masak :(

Monday, August 20, 2007

Lemang Jepun




Lemang Jepun...
Eksperimen terbaru dari dapur. Dinamakan lemang sebab ada unsur lemang sikit. Terselit nama Jepun sebab menggunakan seaweed dan beras jepun. Adunan rasa dua budaya . Kalau Jepun tengok ni mesti geleng kepala. Ha ha..dalamnya berintikan serunding ayam dan serunding ikan. Yang takde inti pun buat juga.Untuk melengkapkan hidangan ini disertakan dengan rendang.

Lemang Jepun

Bahan-bahan
2 pot beras jepun
1 pot santan pekat
1.5 pot air
1 sudu teh garam
Sedikit daun pandan

Cara-cara
1)Basuh beras dan masak bersama santan,air dan garam.
2)Bila masak, sejukkan dahulu. Kemudian letak diatas seaweed. Ratakan. Boleh letakkan serunding jika suka.
3)Kemudian gulung kemas-kemas.
4)Sedia dihidang.

Untuk resipi rendang sila lihat di Chicken Rendang , karya Checkie.