Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Puding Karamel


Puding karamel-pencucui mulut bila entah ni..lupo dahh..ringkas saja ni. Rasa kurang manis sikit..(ye ke tak manis..ok dah tu...maklumler ore kelate...kuihnya nak kena maniiis :D ) tak berapa nak ingat resipinya..agak-agak ajelah..sebab masa tu..lagi 25 minit nak buka puasa..segan dah nak minta talian hayat bondaku..atau rescue dari alam siber..tapi tak apolah...kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyumannn, kan!!

Bahan-bahan
-untuk saiz loyang kecil

Gula hangus
2 sudu besar gula- masukkan ke dalam loyang dan panaskan di atas api perlahan hingga cair.

Puding
5 biji telur
5 sudu teh gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
-kacau semua bahan, tapis dan tuang ke dlaam loyang berisi gula hangus
-kukus selama 15 minit
-sedia dihidang

Sunday, August 30, 2009

Puding Susu



Antara menu berbuka semalam.Masak tiga lauk dan juga puding ini, dan seperti kelaziman rumah-rumah lain juga, meja turut dipenuhi dengan hasil belian rambang mata di pasar ramadhan. Tamu istimewa saya semalam ialah keluarga dari Pasir Mas, Kelantan.


Bahan-bahan

800 ml susu segar
200 ml air
1 peket serbuk agar-agar
1/2 cawan susu pekat
1 tin fruit coctail

Cara-cara
1.Masak susu segar,air,serbuk agar-agar dan susu pekat.Pastikan api tidak terlalu kuat dan kacau selalu hingga mendidih.
2.Setelah mendidih, tuang ke dalam bekas dan biarkan hingga sejuk.Puding ini lembut.Ia sesuai disejukkan dalam bekas kecil.
3.Setelah sejuk,dinginkan dalam peti ais.Tuangkan fruit coctail (beserta airnya) ke atas puding tadi. Bolehlah dihidangkan.


Monday, August 10, 2009

Aiskrim Kacang Hijau



Ini dia...aiskrim kacang hijau. Ia adalah bubur kacang hijau yang telah dibekukan. Memang suka sangat jadikan bubur kacang hijau atau bubur kacang merah sebagai aiskrim. Memandangkan tiada yang minat dengan aiskrim kacang hijau kat rumah ni, maka aiskrim ni saya bolot sorang-sorang lah!! Ok, tips untuk pastikan lidi kekal tegap , selepas penuhkan ice tray, balut permukaan atasnya dengan plastic wrap.Kemudian cucukkan lidi ke atasnya, dan bekukan. Setelah beku, bolehlah dihidangkan.

Monday, June 8, 2009

Puding Soya




Sudah dua kali beli soya dalam kotak untuk cuba buat puding soya Bean, resipi Kak Fida di Myresipi . Resipi Puding Soya Bean, ada disini . Dua kali beli, dua kali air soya tu habis diminum begitu saja, tak sempat nak buat puding :D. Jadi,berbekalkan sedikit kerajinan, buat sendiri air soya tu untuk dijadikan puding. Betullah, rasa macam makan taufu fa, cuma yang ni bila makan tak ada bau gypsum powder seperti tau fuu faa.

Wednesday, May 6, 2009

Puding Tauhu




Puding tauhu resipi dari Kak Nor.Memang sedap puding ni, rugi kalau tak cuba.Resipi ada di sini http://www.myresipi.com/top/detail/4261 . Ada satu bahan yang diubah -santan. Akibat tak baca bahan betul-betul, bila dah nak didihkan air baru terperasan tak ada santan. Alternatifnya-tukar kepada susu segar + fresh cream. Kalau ada santan tentu rasanya lebih lemak. Tapi tak apa,rasanya tetap sedap-lain kali nak ikut resipi ni betul-betul. Rasa macam makan dadih pun ada. Terima kasih kepada Kak Nor untuk resipi ini.

Friday, September 5, 2008

Puding Raja

Puding Raja, pencuci mulut untuk berbuka semalam. Bila dihidangkan, menteri besar geleng-geleng kepala.Tak tahulah sebab apa, tak sedap ke sebab nampak tunggang langgang sangat puding ni? Cepat-cepat beritahu dia, "puding ni susah nak jumpa , kerabat raja aje yang makan" .. :) dia makan juga puding ni.

Untuk resipi dan cara buat jala mas tak sempat nak letak kat sini.Insya allah nanti ada kelapangan ya. Tapi boleh rujuk resipi Jala Mas oleh Lelayong @ myresipi.




Bahan-bahan

Jala mas
Buah prune tanpa biji
Biji gajus
Buah ceri
Pisang

Untuk kuah puding
400 ml susu cair
200 ml air
2 biji telur kuning
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Pisang dibelah 2.Goreng pisang dengan minyak + sedikit minyak sapi.Bila sudah kekuningan,angkat dan toskan.
2.Goreng pula gajus.
3. Satukan semua bahan untuk kuah, masak atas api sederhana. kacau hingga kuah pekat dan kemudian sejukkan.
4.Cara menghidang:
Susun pisang goreng di dlaam pinggan / mangkuk.Kemudian letakkan jala mas, buah prune, buah ceri dan gajus.AKhir sekali tuangkan kuah dan sedia dihidangkan.

Wednesday, November 14, 2007

Aiskrim Goreng


Sudah lama berkeinginan untuk cuba buat sendiri aiskrim goreng ni. Biasanya kalau pulang ke Pasir Mas boleh makan aiskrim goreng, dengan harga RM 1.50 sebiji. Membuatnya tidaklah susah cuma untuk merapatkan bahagian tepi roti susah sikit. Resipi ini diceduk dari Princess Haryati.Oleh kerana ia ada unsur roti saya goreng pada waktu pagi dan jadikan sarapan 2 hari yang lepas. Perasan juga Encik Suami macam terkejut bila pagi-pagi lagi dah hulurkan dia aiskrim goreng ni .. he he

Friday, October 5, 2007

Dadih Strawberry



First time buat dadih..ehehehe pakai yang instant tu jer :p

Friday, September 21, 2007

Puding Buah



Puding kegemaran semua.

Bahan-bahan

Puding kastard:
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1 liter air


Cara-cara
1) Campurkan tepung kastard dan gula ke dalam air.
2) Masak di atas api sederhana kuat.Kacau dengan whisker ballon supaya adunan tidak berketul-ketul.
3) Kacau hingga pekat dan menggelegak.Kemudian masukkan ke dalam bekas dan biarkan hingga sejuk.

Untuk kuahnya:
Larutkan gula aising kedalam air. Tambahkan ke dalam susu cair.

Potong puding dan hidangkan bersama campuran fruit coctail dan susu cair tadi.Masukkan ais dan hidangkan.

Tuesday, July 24, 2007

Tau Foo Fah



Tau Foo Fah ni buat minggu lepas lagi..feveret Faris nih..suka sangat makan. Sebelum terlupa baik ler rekod sukatannya kat sini.Sebab selalu main campak2 aje.Kali ini dah ada sukatan standardnya.Lenkali senang nak buat.Rupa-rupanya bila ditimbang kacang soya yang dah direndam beratnya akan naik sekali ganda.Dari 250 gram jadi 500 gram.Hmmmm..

Bahan-bahan
250 gram Kacang soya (rendam selama 4 jam dahulu)
1 liter air
Air
1 sudu teh gypsum powder
1 sudu besar tepung jagung + 1/4 cawan air panas

Untuk 'kuah'
Rebusan air gula + sedikit daun pandan.

Cara-cara
1) Kisar kacang soya bersama air.Perah air soya guna penapis teh tarik.
2) Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.
3) Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder.Letakkan dalam bekas.
4) Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder.Biarkan disitu sampai sejuk.Ingat jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder.Jangan diusik-usik! Nanti cair dan tak jadi.
5) Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais.Boleh dimakan dengan air gula atau gula manisan.Sedia untuk di makan. Yum!

Friday, June 15, 2007

Strawberry Chocolate


Strawberry Chocolate

Bahan-bahan ( 10 biji )
10 biji strawberry
100 gram coklat masakan
1 sudu teh shortening
Sedikit coklat putih sebagai hiasan

Cara-cara
1) Bersihkan strawberry dan lap kering... Hiris halus coklat masakan , campurkan shortening dan masak secara
double boiler dengan api perlahan..
2) Masukkan coklat cair ke dlm mangkuk dan biarkan ia suam..kemudian celupkan strawbery.
3) Balut pinggan dengan cling wrap dan letakkan strawberry tadi.(utk memudahkan strawbery dikeluarkan )
Dinginkan dlm peti ais...
4) Masakkan pula coklat putih dan masukkan ke dlm piping beg..pipe kan ke atas strawberry tadi..
Boleh juga dihiaskan dengan coklat rice dll..dinginkan semula dan sedia untuk dihidangkan.