Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Apam Aiskrim


Salam sejahtera
Petang semalam buat Apam Aiskrim..tersangatlah lembutnya apam aiskrim ni! Terasa halus mulus dan memang puas hati mencubanya.Versi baru apam ni...ada rakan2 yang letak peanut butter dan blueberry filling sebagai intinya. Saya letak inti untuk 3-4 biji saja dan selebihnya tak letak . Terpulangla pada citarasa masing2 nak letak apa.siapa nak cuba bolehla tengok resipi.

Resipi Apam Aiskrim
Sumber: Maklang Azie

Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)

Saturday, May 8, 2010

Apam Tapai Beras


Ni kali pertama buat apam tapai sendiri..sangat hepi bila hasilnya semua kembang mekar dan menjadi... dan sangat berterima kasih pada bonda yang menurunkan resipi ni.  Resipi ni beliau olah sejak dari zaman mudanya dulu, semasa sukatan masih menggunakan kati.

Resipi seperti di bawah..cuma saya nak highlight step No 4.. adunan ni perlu dibancuh dengan eno 'batch by batch' ikut berapa banyak acuan yang dapat dikukus dalam 1 kukusan. Kalau kukusan besar dapatlah kukus lebih banyak dan jumlah eno pun tentu lebih sikit. Yang ni kena agak-agak sendiri berapa banyak nak letak eno. Secara pukul ratanya, boleh letak dalam 1 sudu teh  eno dalam untuk 1 bancuhan yang muat 10-15 biji acuan kukus.Jangan letak sampai 4 sudu besar sudah!

Tentang masa perapan selama 5 jam pula..saya dah try kukus  sikit selepas diperap 2 jam ( ni kes orang tak sabar..udah la kena tunggu 3 hari 3 malam..kena tunggu extra 5 jam lagi..mana ambo tahan ).. saya dapat apam yang mekar dan pecah, tapi ia kurang gebu. Selepas perapan  4 jam setengah, apam jadi lebih gebu dan sudah tentu lebih sedap.

Bahan-bahan

600 gram tepung beras
240 gram gula
3 gelas air (750 ml)
1 pinggan tapai nasi
Eno

Untuk Tapai Nasi
1/2 biji ragi
1 pinggan nasi

Cara-cara
1.Hancurkan ragi dan gaul rata bersama nasi. Simpan dalam bekas tertutup dan biarkan selama 3 malam, sehingga ia menjadi tapai yang telah berair.
2. Campurkan tapai nasi,tepung beras, gula dan air. Kisar sehingga semuanya sebati. Perap selama 5 jam.
3.Sediakan kukusan.
4.Masukkan sedikit adunan yang telah diperap tadi ke dalam sebuah mangkuk. Anggarannya, adunan itu cukup untuk 1 kukusan.Masukkan kira-kira 1 sudu teh garam eno ke dalamnya, kacau sehingga rata. Boleh letakkan sedikit pewarna jika suka. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuan-acuan kecil.
4.Kukus dengan menggunakan api yang besar kira-kira 7 minit.Jangan kukus terlalu banyak dalam satu kukusan dan  jarakkan antara mangkuk.
5.Ulang langkah ke 4 sehingga semua adunan habis dikukus.
5.Bolehlah di angkat dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

my mom's handwriting-she wrote  the recipe in my diary while she visited us last 2 months..tapi sekarang dah penuh dengan lakaran abstrak si Aisha..dan dia bawa sekali ragi dan eno supaya saya boleh terus cuba buat sendiri.. terima kasih Ma!

Thursday, April 1, 2010

Sangkaya Fakthong -Thai Custard Pumpkin



Salam!

Hari ini, saya tiada kek untuk dikongsi dengan anda semua..cuma ada sebiji labu yang boleh dikongsi rasa sikit sorang. Ini dia, Labu Berkastad atau nama siamnya Sangkaya Fakthong. Resipinya ambil dari sawadee.com.

Kisahnya..mak saya minta carikan resipi ni di internet sebab dia nak buat. Katanya sekarang ni harga labu murah-murah..seringgit dapat satu plastik. Resipinya dia ingat-ingat lupa dan tak rajin nak selongkar balik buku2 resipinya tu. Dengan sikit panduan dari dia, saya jumpalah resipi ni. Mak saya bagi feedback yang baik, buat saya pun nak cuba jugak.Kita tengok hasilnya...



Rasanya betul2 sedap!Macam makan puding karamel..dengan gabungan labu tu rasanya lebih istimewa, tambah2 lagi dimakan sejuk.. siapa nak cuba boleh google resipinya cari kat mana2 pun resipinya sama aje..di recipezaar dan kebanyaan website letak resipi yang sama..cuma saya lebihkan gula supaya seimbang dengan labu yang tawar tu, dan letak sedikit pewarna kuning.

berikut resipinya yang telah diolah

Bahan-bahan:

Sebiji labu saiz kecil
5 biji telur (saya pakai 4 biji saiz A)
75 gram gula (saya letak 170 gram)
secubit garam
250 ml santan pekat
sedikit pewarna kuning ( ni saya tambah sebagai penyeri)

cara-cara

1.Tebuk bahagian atas labu dengan pisau secara membulat. Bersihkan, buangkan biji dan sabutnya .(tolong! tak tahu apa ganti perkataan 'pulp')


2. Dalam sebuah mangkuk,masukkan telur,santan,gula,garam dan pewarna kuning.Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan ke dalam labu tadi dan kukus dalam pengukus sehingga masak. Masa mengukus bergantung kepada saiz labu dan saiz pengukus. Cucuk bahagian dalam kastad untuk pastikan ia telah masak sepenuhnya sebelum api ditutup. Tangkainya tadi juga boleh dikukus sekali, jangan tutup bahagian atas labu, letak saja dalam pengukus)
4.Sejukkan dahulu.Jika labu besar, biarkan ia sejuk dahulu dan jangan diangkat, kemungkinan ia boleh pecah. Kemudian bolehlah didinginkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Nota kaki
-saya kukus lama...dua jam lebih sebab labu agak besar (sebesar pinggan kuih 10")..labunya masak cepat aje, cuma kastad dalamnya tu lambat betul nak keras .Jika guna labu kecil, pakai kurang dari separuh adunan telur dan masa mengukusnya sekejap saja. Resipi asal sarankan kukus selama 20 minit.
-masa nak beli labu pastikan ia muat dengan saiz pengukus anda..kalau tak muat nanti kenalah pikir alternatif lain mcm yang saya terpaksa buat! hehehe
-kalau anda perasan, labu saya berikat reben hijau..hehe jangan pelik,sebenarnya labu tu ada sikit retak lepas kukus..mungkin sebab saya kukus lama sangat, sampai kering airnya.Jadi mak suruh saya ikat reben supaya bentuknya maintain comel sebelum dipotong..kalau nak tahu..untuk pastikan saya dilandasan yang betul..dia pantau sepanjang saya kukus cik labu ni!!kejap2 dia call nak tanya jadi ke dak..akhirnya dah menjadi wahai ibundakuuu!! hihi


langkah demi langkah..macam mana saya habiskan sepotong kuih labu ni sekejap aje!!!!
enjoyyy

Tuesday, March 2, 2010

Bread & Butter Pudding



Apa kabar semua? Anak-anak sihat?? diri sendiri bagaimana??? Hari ni nak share minum petang minggu lepas... resipi Bread & Butter Pudding style Kak Inahar pulak..terima kasih! nampak sedap aje macam yang kat dapur Kak Ummizaihadi...hmmm memang sedappp


Bahan-bahan:- (loyang 8x8 in)
  • 10 keping roti gardenia
  • 500 ml susu uht@ fresh milk
  • 300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
  • 5 biji telur
  • 100 gm gula castor
  • 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
  • 50 gm raisin
  • ssedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)butter (untuk disapu pd setiap keping roti) -yang ni saya ganti dengan buah strawberry dan kismis
  • esen vanilla
Cara Membuat:-
  1. Telur dan gula di pukul hingga gula hancur.
  2. Then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
  3. Susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.
  4. Tabur kismis dan potongan nenas di antara lapisan roti dan lapisan atas sekali. ( haaa...yang ni lupa nak ikut-saya tabur atas sekali )
  5. Then tuangkan bancuhan susu tadi.
  6. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
  7. Bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 45-50 minit.(ikut oven masing2)

Friday, February 5, 2010

Kuih Koci




kuih koci yang sedap sekali..rasa sekali pasti nak lagi..ewaaaah hahaha

Saturday, January 16, 2010

Pau



Salam semua

Ni dia..resipi pau yang best..banyak kali buat pau ni dan hasilnya tak pernah mengecewakan. Resipi dari Lydia @ Mykitchen. Boleh lihat posting Lydia di sini . Lydia pakai tepung hongkong- yang ni saya ganti dengan tepung pau ( ooh harga tepung hongkong almost double dari tepung pau- one day nak try jugak..mesti jadi lebih cantik dan putih gebu kan) . Untuk wheat starch-saya selalu letak sikit saja wheat starch atau tak letak langsung dan gantikan sepenuhnya dengan tepung pau. Untuk shortening-saya guna vegetable fat for pau. Untuk resipi dan cara nak pleat pau lihat kat blog Lydia - resipi Chinese Steam Meat Bun.


Pau kari ayam pulak


Selingan di pagi hari....




Sup ayam cendawan hitam..masa nak hidang nampak macam taman karangan laut..tapi bila dah snap gambar..frust sungguh.. tak nampak cantik pulak..heeeee
Sekian

Friday, September 4, 2009

Pulut Kacang Hijau


Sekali pandang, kuih ni macam buah oren, kan? Resipi dari Negara Thai ni nampak menarik untuk dicuba. Dah lama teringin nak buat,cuma baru hari ni sampai seru. Rupa menarik,macam mana pula rasanya? Rasanya macam makan kuih koci dengan tambahan kuah santan. Resipi asal dari Majalah Rasa, Edisi Serba Serbi Masakan Siam, April 2008. Sukatannya telah diubah suai mengikut kadar keperluan isi rumah.


Bahan-bahan : Untuk 11 biji

Adunan tepung pulut
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
1/2 sudu teh pewarna kuning telur

Bahan Inti
1 tin kacang pis(saiz 425 gram) -buangkan airnya dan kisar
4 sudu besar gula
25 gram tepung gandum
-Kesemua bahan ini dicampur,masak sekali sehingga kering dan menjadi satu adunan.

Bahan kuah
250 ml santan
3 sudu makan tepung beras
secubit garam
-kesemua bahan ini dimasak sehingga pekat


Cara memasak
1.Campurkan tepung pulut,air dan pewarna kuning.Uli sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
2.Ambil sedikit adunan tadi,letakkan inti ke atasnya dan balut menjadi bulat .
3.Masukkan ke dalam acuan lompang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.Kukus selama 7 minit.
4.Angkat dan hidangkan bersama kuah.

Wednesday, September 2, 2009

Kuih Tepung Bungkus




Kuih tepung bungkus ni..terhasil selepas dapat talian hayat dari ibunda :D. Berbanyak-banyak terima kasih atas tunjuk ajar! Sememangnya, bulan puasa adalah masa terbaik untuk belajar masak kuih tradisi ( kenyataan ni terpakai untuk saya) sebab pada masa ni lah teringat nak makan macam-macam kuih lama. Mari membungkus tepung...

Bahan-bahan
Untuk 12 biji tepung bungkus

Kepala santan
Daun pisang secukupnya-dibersihkan dan layur di atas api seketika
1 biji kelapa parut
1 cawan tepung beras
sedikit garam

-perah kelapa parut, dapatkan 3 cawan santan. Jika menggunakan santan segar, campurkan 2 cawan santan segar + 1 cawan air
-campurkan santan dengan tepung beras dan garam,kacau sebati dan masak sehingga pekat di atas api.

Doh tepung pulut
-1 cawan tepung pulut
-air secukupnya
-Uli tepung pulut dengan air.Tambahkan air sedikit demi seidkit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada bekas.

Inti
2 cawan kelapa parut -putih
1 keping gula melaka
1 sudu besar tepung pulut
sedikit air
-Masak gula melaka dengan air sehingga gula melaka hancur
-Kemudian masukkan kelapa parut, kacau hingga ia masak dan boleh dijemput.Masukkan tepung pulut dan kacau seketika.Setelah ia mesra, bolehlah ditutup api.Pastikan intinya sejuk dahulu sebelum dibalut dengan bahagian doh tepung pulut agar tidak mudah terburai.
-Bulat-bulatkan inti,kemudian balut inti dengan doh tepung pulut seperti cara membuat buah melaka.



Cara-cara membungkus

1.Potong daun pisang, letakkan 2 sudu besar kepala santan
2.Letakkan 2 biji inti inti, kemudian letakkan sedikit lagi kepala santan ke atasnya.
3.Kemudian bungkus daun pisang dengan rapi,lipatkan pada kedua-dua hujungnya.
Ulang sehingga habis adunan.
4.Didihkan air dalam pengukus sehingga mendidih,kemudian kukus kuih selama kira-kira 15 minit.
Sejukkan sebelum dihidangkan.

Wednesday, August 19, 2009

Kuih Lopes


Mari melopes :D


Bahan-bahan; dapat 50 biji lopes yang kecil-kecil

1/2 kilogram beras pulut
1 sudu besar kapur makan
Daun pisang
4-5 keping gula nisan
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam

Cara-cara
1. Basuh beras pulut, rendamkan dengan air dan kapur selama sejam.
2.Sediakan daun pisang .Bersihkan daun, dan layur dengan api. Kemudian potong selebar kira-kira 3 ruas jari.
3. Bentukkan daun pisang seperti kon, masukkan beras sehingga penuh ke dalamnya dan bungkus. Untuk setiap 3 biji, ikat dengan tali. Pastikan lopes diikat dengan kemas supaya ia tidak terlerai semasa merebusnya.
4.Lakukan sehingga habis semua beras pulut. Kemudian didihkan air dalam periuk, dan rebus rebus lopes selama 2 jam.
5.Sementara itu masak gula nisan bersama kira-kira secawan air sehingga pekat, kemudian sejukkan. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.
6. Kuih lopes sedia dihidangkan..

Friday, August 7, 2009

Karipap Inti Sedap



Karipap Inti Sedap, resipi dari Cik Puan Hana boleh didapati di sini http://www.myresipi.com/top/detail/8677. Rasanya sesedap namanya juga!TQ Hana ye!


Ni dia..gambar inti dalamnya..khas untuk Chah yang nak nengok bahagian dalamnya..inti daging dan kentang, rempah kari ditukar kepada rempah kurma sebab ada 2 kanak-kanak nak makan :D



Lama tak mengelim karipap...jadi lah ni kan...ada gak rupa karipap :D

Monday, August 3, 2009

Kole - kole Kacang


Resipi Kole-kole Kacang dari Che Iza @ Myresipi. Berbanyak terima kasih kepada Che Iza.Tak rugi mencubanya, memang sedap..hampir satu loyang ni hamba makan sorang... :D

Friday, June 12, 2009

Pulut Pagi


Pulut Pagi ni sarapan kami hari ini..Memang suka sangat makan pulut ni, ayah bonda juga dah sedia maklum akan apa yang anaknya yang sorang ni akan cari pagi-pagi jika balik kampung. Pulut pagi ni senang didapati di gerai makan dan kebiasaannya dibungkus dengan daun pisang.Kadang kala jika beli, kita akan dapati ada yang letak kacang di dalamnya( tak tau pula apa nama kacang tu ) . Bila pagi-pagi lagi dah makan pulut, tahu sajalah ya penangannya bisa buat mata layu dan mengantuk .Ringkas saja cara penyediaannya, tiada sukatan standard,kita letak cara penyediaannya saja .

Cara

-Basuh bersih beras pulut, letakkan sedikit air dan kukus sehingga masak.
-Apabila pulut telah masak, masukkan beberapa keping gula melaka yang telah dipatah-patahkan. Jika letak banyak, pulut akan rasa lebih manis dan warnanya juga lebih gelap.Kacau sedikit dan kukus lagi sehingga gula melaka tadi cair.
-Kemudian kacau sehingga gula sekata dengan pulut, dan kukus lagi seketika sehingga pulut 'mesra'
-Bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
-

Friday, May 29, 2009

Onde-onde




Hari ini...kita biarkan gambar ini saja yang berbicara..ececece :D
Bicara tentang tepung pulut,gula manisan, daun pandan dan kelapa parut segar.Gabungan bahan-bahan yang akhirnya menjadikan ia kuih tradisional yang dipanggil Buah Melaka atau Onde-onde. selamat menjamu mata.
Sekian

Friday, May 22, 2009

Portugese Egg Tart

Portuge egg tart..edisi terlebih bakar LOL


Bahan-bahan

10 keping puff pastry

Intinya
100 gm whipping cream
50 gm gula halus
125 ml susu segar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1.Keluarkan puff pastry,biarkan ia lembut supaya senang dibentuk.
2.Pukul susu segar,telur,whipping cream,gula dan esen vanilla sehingga kembang.
3.Sapu acuan dengan sedikit mentega.Kemudian masukkan puff pastry dan tekankan.Gunting lebihan tepinya.Masukkan inti dan bakar 25 minit,suhu 220 darjah atau hingga keemasan.

Saturday, May 2, 2009

Kuih Tepung Boko



Salam

Kuih Tepung Boko, atau nama penuhnya Tepung Boko Ubi Kayu-nama yang dikenali oleh masyarakat Kelantan. Mungkin di negeri lain...namanya kuih talam. Berikut adalah sukatan dan resipinya, seperti mana yang saya buat semalam.

Bahan-bahan

700 gram isi ubi kayu yang telah dibersihkan
500 ml air
8 sudu makan gula pasir-atau ikut kemanisan yang disukai.
beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara
1) Hiris ubi kayu, kemudian kisarkan dengan air.
2) Letakkan ubi kayu yang telah dikisar didalam tapis santan.Letakkan sebiji bekas dibawahnya.Biarkan air ubi kayu mengalir ke dalam bekas.Bila airnya sudah hening, buangkan air yang berwarna kuning. Saya buang kira-kira 220 ml air ubi tersebut.
3) Pati ubi kayu akan termendap di bahagian bawah bekas, ambil bahagian ini dan campurkan semula dengan ubi kayu yang berada di dalam tapis tadi.
3) Masukkan ke dalam bekas, letakkan pewarna kuning dan gula.
4) Di dalam loyang, letakkan sedikit minyak, dan masukkan ubi kayu parut tadi.Kukus sehingga masak di dalam pengukus yang telah dididihkan airnya. Ia akan ambil masa antara 30-40 minit.
Sejukkan dahulu, kemudian bolehlah dimakan dengan kepala santan.

Untuk kepala santan
2 cawan santan pekat
sedikit air
sedikit garam
2-3 sudu ebsar tepung beras

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.

Friday, April 17, 2009

Jemput Pisang Mama

Model Jemput Pisang


Jemput Pisang Mama

6 biji pisang
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Tepung gandum secukupnya
Sedikit garam
Sedikit gula

Lenyek pisang,kemudian gaulkan baking powder, soda bikarbonat, telur dan kacau.
Kemudian masukkan sedikit gula dan garam, diikuti tepung gandum.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Agak-agak lah tepung tu ya.
Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dengan sudu kecil,masukkan ke dalam mnyak panas.Goreng hingga masak.

Thursday, April 16, 2009

Lempeng Pisang Berkeju



Lempeng pisang biasa ni..cuma letakkan keju ke atasnya, sebagai 'gula-gula' pada Faris, supaya dia jamah lempeng ni. Tapi taktik ni kurang menjadilah..dia cubit bahagian keju tu sahaja. Taktik di lain kali, keju tu gaul sekali dengan pisang, harapnya menjadi :D

Saturday, February 14, 2009

Popiah Bermadu



Salam untuk semua

Plan hari ni nak buat Popiah macam yang Ien buat tu..tapi lain pulak jadinya.Kulit popiah bakar ni sesuai untuk dijadikan snek. Sesuai sebagai alternatif kepada makanan ringan yang penuh dengan MSG tu. Ia cepat disediakan, cepat juga habis. Sebelum ni pernah buat begini, tapi lipat macam kipas. Memang nampak cantik tapi bahagian yang berlipat tu jadi kurang rangup. Versi yang tak lipat ni lebih senang dan sekata masaknya.

Bahan-bahan
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan butter
  • kulit popiah secukupnya
  • bijan hitam dan bijan putih
Cara-cara
  • Gunting kulit popiah kepada 4 bahagian.Boleh pelbagaikan cara menggunting ikut kreativiti.
  • Sapukan dulang pembakar dengan butter.
  • Kemudian sapukan butter ke atas permukaan kulit popiah tadi.
  • Sapukan pula madu ke atasnya
  • Taburkan bijan hitam dan bijan putih.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, pada suhu 160 darjah selama 5 minit. Suhu dan masa membakar mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.Perhatikan supaya jangan lama-lama sangat, nanti hangit.
  • Setelah kekuningan,keluarkan dan sejukkan.Ia akan nampak nampak macam lemau pada mulanya dan akan rangup bila sudah sejuk.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
-warna kulit popiah mungkin berbeza-beza tonanya berdasarkan kadar sapuan madu, dan tempoh membakar.

Ambon II


Salam...
Apam Ambon lagi, tapi kali ini versi yang lebih lembut berbanding sebelumnya

Bahan-bahan
· 4 biji telur
· 100 gram tepung halus
· 2 sudu teh baking powder
· 110 gram gula halus
· 2 sudu the ovallette
· 40 ml susu segar
· 40 ml minyak masak
· 2 sudu teh esen ros
· sedikit pewarna merah

Cara-cara
1. Panaskan pengukus.
2. Pukul telur,gula halus dan ovallate .Pastikan ia kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder.Teruskan memukul.
4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian warnakan dengan pewarna merah.
6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.Tuangkan adunan putih,diikuti adunan merah secara berselang seli.
7. Alas penutup kukusan dengan kain nipis. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak,iaitu tak melekat pada lidi.

Tuesday, February 10, 2009

Jemput jemput Kelapa

Salam semua..

Gara-gara tengok jemput jemput kelapa yang Che Mat Gebu dan Hana buat,buat juga untuk sarapan hari ni. Seperti Hana, versi ni manis sedikit. Lama betul tak makan ni, kudapan yang sedap dimakan panas-panas. Disebabkan awal-awal lagi surrender tak dapat buat jemput-jemput yang comel dan bulat macam Hana buat, yang ni pakai pan takoyaki, kurang minyak sikit.Jemputlah ye!!