Friday, April 24, 2009

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Ketika menulis entri Choco Mousse Brownies-catatan sebelum ini, kedengaran riuh rendah suara di luar. Rupa-rupanya jala Atuk dah mengena..dapat ikan patin! Alhamdulillah,rezeki kami hari ini dapat makan ikan patin segar dari kolam di belakang rumah.Sejak ikan patin peliharaan tu sudah besar susah betul nak dapat ikan. Agaknya sudah kenal mata kail dan juga jala.Hari ini dapat ikan patin dan juga beberapa ekor ikan lampam kecil.Ikan patin dimasak tempoyak, ikan kecil tu pula digoreng. Sedap betul ikan tu..makan dengan nasi panas berpeluh dibuatnya.

Tengok tu, besar kan ikan ni. Dalam kolam tu, ada lagi yang lebih besar dari ini. Kesegaran ikan inilah yang selalu membantutkan niat untuk beli ikan patin ni di pasar. Selalu nak beli, tapi bila ingat ikan segar di kampung..selalu tak jadi beli..sanggup tahan dan tunggu balik kampung !
Susah untuk menulis resipi ini dalam sukatan metrik. Resipi yang ditulis oleh KakUmmi di http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ boleh dijadikan panduan terbaik. semua hampir sama,cuma versi ni tak ada belimbing tu.Kak ummi, pinjam resipi ye!!


3 comments:

lelayong

Mak aiii..sedapnyer ikan patin,suami jiran lela duk jerantut, stiap kali dorang balik kg gerenti lela kirim, siap 4-5 ekor lagi, wat stok..sedapnyerrrrrrrrr...

zaliana

lelayong,
kak za duduk di jerantut dulu..lebih 20 tahun disana, memang biasa makan ikan patin sana.. :D

Eyna's

uish...besor ikan patin tu...