Wednesday, April 29, 2009
Friday, April 24, 2009
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Ketika menulis entri Choco Mousse Brownies-catatan sebelum ini, kedengaran riuh rendah suara di luar. Rupa-rupanya jala Atuk dah mengena..dapat ikan patin! Alhamdulillah,rezeki kami hari ini dapat makan ikan patin segar dari kolam di belakang rumah.Sejak ikan patin peliharaan tu sudah besar susah betul nak dapat ikan. Agaknya sudah kenal mata kail dan juga jala.Hari ini dapat ikan patin dan juga beberapa ekor ikan lampam kecil.Ikan patin dimasak tempoyak, ikan kecil tu pula digoreng. Sedap betul ikan tu..makan dengan nasi panas berpeluh dibuatnya.
Tengok tu, besar kan ikan ni. Dalam kolam tu, ada lagi yang lebih besar dari ini. Kesegaran ikan inilah yang selalu membantutkan niat untuk beli ikan patin ni di pasar. Selalu nak beli, tapi bila ingat ikan segar di kampung..selalu tak jadi beli..sanggup tahan dan tunggu balik kampung !
Tengok tu, besar kan ikan ni. Dalam kolam tu, ada lagi yang lebih besar dari ini. Kesegaran ikan inilah yang selalu membantutkan niat untuk beli ikan patin ni di pasar. Selalu nak beli, tapi bila ingat ikan segar di kampung..selalu tak jadi beli..sanggup tahan dan tunggu balik kampung !
Susah untuk menulis resipi ini dalam sukatan metrik. Resipi yang ditulis oleh KakUmmi di http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ boleh dijadikan panduan terbaik. semua hampir sama,cuma versi ni tak ada belimbing tu.Kak ummi, pinjam resipi ye!!
Posted by zaliana at 1:42 PM 3 comments
Labels: Ikan
Choco Mousse Brownies
Salam!
Choco mousse,resipi Yani ni memang tidak dapat dipertikaikan lagi kesedapannya.
Entri hari ni dibawa langsung dari kampung.Choco mousse ni selamat sampai disini petang semalam. Mulanya agak risau juga kalau2 ia cair dipertengahan jalan.Tips mudah untuk pastikan ia sampai dengan selamat..
1) Jangan keluarkan ia dari springform.Masukkan dalam kotak kek dan ikat kotak.
2) Daftar masuk sebagai 'hand luggage' ..jangan letak dalam kargo pulak :D
sekian.
Posted by zaliana at 10:29 AM 1 comments
Labels: Kek
Friday, April 17, 2009
Jemput Pisang Mama
Jemput Pisang Mama
6 biji pisang
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Tepung gandum secukupnya
Sedikit garam
Sedikit gula
Lenyek pisang,kemudian gaulkan baking powder, soda bikarbonat, telur dan kacau.
Kemudian masukkan sedikit gula dan garam, diikuti tepung gandum.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Agak-agak lah tepung tu ya.
Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dengan sudu kecil,masukkan ke dalam mnyak panas.Goreng hingga masak.
Posted by zaliana at 5:21 PM 3 comments
Labels: Kuih
Thursday, April 16, 2009
Lempeng Pisang Berkeju
Lempeng pisang biasa ni..cuma letakkan keju ke atasnya, sebagai 'gula-gula' pada Faris, supaya dia jamah lempeng ni. Tapi taktik ni kurang menjadilah..dia cubit bahagian keju tu sahaja. Taktik di lain kali, keju tu gaul sekali dengan pisang, harapnya menjadi :D
Posted by zaliana at 4:54 PM 0 comments
Labels: Kuih
Mini Blueberry Loaf
Adat tetamu yang datang bertandang, mesti jamah apa saja yang dihidangkan tuan rumah, meskipun dijamu makanan yang sama...iaitu roti :D Roti semalam ni...Blueberry loaf yang sudah tiada rupa 'loaf'. Resipi asal oleh Mat Gebu, diambil dari blog Kak Ummi. Terima kasih Che Mat, Terima kasih Kak Ummi! Sedap..sedap...
Bahan:-
- 270 gm tepung roti (high protein flour)
- 50 gm tepung halus (tepung hong kong)
- 60 gm gula kastor
- 1 camca teh garam (ummi pun letak 1/2 camca teh je)
- 2 1/2 camca besar susu tepung
- 1 1/2 camca teh instant yeast
- 1/2 camca teh bread improver
- 1/2 camca teh bread softner
- 1 biji telor gred C
- 140 ml air
- 30 gm mentega
- Blueberry filling secukupnya
UNTUK DOH:
- Satukan semua bahan di atas kecuali mentega. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebihkurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup bekas dengan plastic cling. Biar naik selama 1 - 11/2 jam.
- Kaedah Lain - Masukakn kesemua bahan-bahan ke dalam Bread Maker, pilih setting "DOH" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
- Keluarkan doh dan bahagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (mengikut saiz loaf pan masing1). Uli 5 minit setiap bahagian, canai dan sapu blueberry filling secukupnya. Gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat sehingga siap.
- Biarkan roti naik selama 1 jam.
- Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.
Posted by zaliana at 4:34 PM 0 comments
Labels: Roti
Tuesday, April 14, 2009
Roti Challah
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Tuan rumah ni..bagaikan lupa jalan pulang ke rumah...dibiarkannya rumah ini sepi tanpa apa-apa hidangan,walau secawan teh sekalipun! :P Sibukkah? Tak juga. Langsung tak memasak ke? Ehh..mana boleh, mesti makan untuk terus hidup.Tak sihatkah? Alhamdulillah, sihat.Maka hari ini dihidangkan roti challah untuk semu.Jemput..jemput!!
Resipi asal oleh Cikkiah di Myresipi, boleh rujuk resipinya disini http://www.myresipi.com/top/detail/6925. Dohnya agak lembik .Ia menghasilkan roti yang lembut, sedap dimakan ketika masih panas.
Resipi asal oleh Cikkiah di Myresipi, boleh rujuk resipinya disini http://www.myresipi.com/top/detail/6925. Dohnya agak lembik .Ia menghasilkan roti yang lembut, sedap dimakan ketika masih panas.
Melalui rujukan di internet, challah merupakan sejenis roti yang menggunakan banyak telur. Ia dihidangkan oleh masyarakat Yahudi bagi menyambut perayaan Sabbath. Untuk info lanjut boleh rujuk disini http://en.wikipedia.org/wiki/Challah . Perlu juga bagi kita untuk mengetahui apakah yang tersirat disebalik apa yang kita makan, agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan atau salah anggap. Bagi muslim seperti kita, tidak salah rasanya menyediakan roti ini, dengan syarat tiada niat turut meraikan perayaan tersebut..dan penting sekali ,makan dengan di dahului dengan bacaan doa, semoga makanan yang kita makan ini diberkati Allah hendaknya.
Roti ini dimakan dengan sapuan mentega dan jem bluberi, sungguh sedap!
Posted by zaliana at 8:58 AM 3 comments
Labels: Roti
Subscribe to:
Posts (Atom)