Thursday, April 16, 2009

Mini Blueberry Loaf

Adat tetamu yang datang bertandang, mesti jamah apa saja yang dihidangkan tuan rumah, meskipun dijamu makanan yang sama...iaitu roti :D Roti semalam ni...Blueberry loaf yang sudah tiada rupa 'loaf'. Resipi asal oleh Mat Gebu, diambil dari blog Kak Ummi. Terima kasih Che Mat, Terima kasih Kak Ummi! Sedap..sedap...


Bahan:-
  • 270 gm tepung roti (high protein flour)
  • 50 gm tepung halus (tepung hong kong)
  • 60 gm gula kastor
  • 1 camca teh garam (ummi pun letak 1/2 camca teh je)
  • 2 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softner
  • 1 biji telor gred C
  • 140 ml air
  • 30 gm mentega
  • Blueberry filling secukupnya
Cara Membuat:-
UNTUK DOH:
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali mentega. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebihkurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup bekas dengan plastic cling. Biar naik selama 1 - 11/2 jam.
  2. Kaedah Lain - Masukakn kesemua bahan-bahan ke dalam Bread Maker, pilih setting "DOH" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan doh dan bahagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (mengikut saiz loaf pan masing1). Uli 5 minit setiap bahagian, canai dan sapu blueberry filling secukupnya. Gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat sehingga siap.
  4. Biarkan roti naik selama 1 jam.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

0 comments: