Friday, May 30, 2008

Award Winning Soft Chocolate Chip Cookies

Apa yang ada pada nama resipi ini? Kesempurnaan. Ia menggambarkan apa yang patut ada pada cookies. Atas sebab itulah tergerak nak cuba. Resipi asal ada di Allrecipe .Batch pertama yang dibakar, cookies ini meleper dan bahagian tengahnya lembut seperti kek. Saya tambahkan tepung dan jadilah keras sikit dan kurang leper.

INGREDIENTS
560 g all-purpose flour (4 1/2 cups)
9 g baking soda (2 teaspoons)
455 g butter, softened (2 cups)
330 g packed brown sugar (1 1/2 cups)
100 g white sugar (1/2 cup)
190.4 g instant vanilla pudding mix
4 eggs
10 ml vanilla extract (2 teaspoons)
670 g semisweet chocolate chips ( 4 cups)
240 g chopped walnuts (optional) ( 2 cups)


DIRECTIONS
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Sift together the flour and baking soda, set aside.
In a large bowl, cream together the butter, brown sugar, and white sugar. Beat in the instant pudding mix until blended. Stir in the eggs and vanilla. Blend in the flour mixture. Finally, stir in the chocolate chips and nuts. Drop cookies by rounded spoonfuls onto ungreased cookie sheets.
Bake for 10 to 12 minutes in the preheated oven. Edges should be golden brown.

Almond Cookies


Cookies ni buat hari ahad lepas...resipi yang mudah dan sedap.Tapi tak puas hati dengan rupanya yang kurang nipis berbanding resipi asal. Sila rujuk ke http://www.anyrecipe.net/dessert/recipes/almond_cookies.html untuk lihat rupa sebenar dan resipi. Ia betul-betul nipis dan 'crispy'.Saya ikut semua bahan kecuali kurangkan gula kepada 100 gram supaya kurang manis. Bila ada kelapangan nanti nak buat edisi pembetulan supaya dapat hasil yang benar-benar nipis.

Beat by hand. (An electric blender will cause bubbles.)

2 1/2 eggs
Add and mix well:

2/3 cup (130 grams) sugar
Add and mix:

1/2 cup + 1 tbsp. (52 grams) cake flour
1/2 tsp .vanilla

Add and mix well. Cover and store in a fridge for about 1/2 hour:


6 oz. (about 180 grams) sliced almonds
Apply salad oil generously on the surface of the aluminum foil with a piece of paper towel. Place a tablespoonful cookie dough, 2 inches apart.

Flatten as evenly and thinly as possible with a spatula so that the almond slices would be one layer if possible.

Bake at 250 to 270F (121 C) for 20 to 30 min. or until brown.
If the cookie is baked unevenly, like this photo below, break off the crispy part and put back the unbaked part into the oven and bake longer until it turns brown. This tends to happen if either the cookie dough is not evenly thin or the temperature inside the oven is not even.

Remove the cookie from the cookie sheet and place it on the flat and cool surface. When the cookie is cool and hardened, peel off the foil. The foil should come off easily if you applied enough salad oil.

(a very thin cookie)

Thanks for your recipe, Tomoko!

Saturday, May 24, 2008

Pizza Tuna & Daging


Malam tadi bercadang nak makan di Pizza Hut, tapi bila sampai di sana ramai betul orang sedang tunggu giliran untuk dapatkan meja. Wah, tak jadilah macam ni. Jadi puan isteri pun berjanji dengan encik suami untuk sediakan sendiri pizza. Pagi-pagi lagi encik suami sudah ingatkan untuk buat pizza..hehe yes boss!! Jadi menu untuk sarapan pagi merangkap makan tengah hari sekali ialah pizza dua dalam 1, berinti tuna dan separuh lagi letak daging dan frankfurter. Pizza hari ini buat dalam bentuk 4 segi, yang ni style pizza macam kat pizza hut tu.Selain itu, dengan lebihan sos yang ada saya sediakan juga lasagna. Hmm kenyang sampai ke petanglah ni.

Friday, May 23, 2008

Nasi Dagang

Apa kata kita bersarapan dengan Nasi Dagang hari ni? Untuk gulai ikan,secara asas saya ikut bahan dari resipi Nasi Dagang Terengganu , oleh mamadzie69. Katanya resipi ini dari seorang tukang masak istana.

Mula-mula nak juga cuba buat nasi dagang cara Terengganu yang menggunakan beras wangi sepenuhnya. Tapi disaat membasuh beras saya masukkan juga beras perang nasi dagang (ni kes tak puas hati nasi kelar putih gitu aje..maklumlah..dah nama orang Kelantan kan, terbiasa dah dengan nasi yang berbintik-bintik ni ). Terima kasih kepada mamadzie.Memang sedap gulai ikan ni.

Wednesday, May 21, 2008

Sizzling Yee Mee & Tauge Celur



Sizzling Yee Mee ni memang menjadi kegemaran keluarga.Sejak mencuba resipi Lilydvalley,saya lebih senang sediakan sendiri di rumah sebab berpeluang beli sendiri yee mee yang ada tanda Halal dan lebih penting tidak ditambah MSG. Manakala taugeh celur ni bukanlah pelengkap kepada mee, ia disediakan khas untuk diratah begitu sahaja. Oleh kerana kedua-dua 'the big and the small boy' adalah 'anti tauge', 1 pinggan taugeh ini untuk mama sorang :D.

Monday, May 19, 2008

50

Menu tengah hari semalam ialah Tomyam putih,telur bungkus,kailan ikan masin,ikan siakap masak stim dan juga udang mayonis. Secara berseloroh, saya 'claim' the big boss RM 50 untuk hidangan ini sebab pergi kedai dan memasak. Dan dia ingat saya betul-betul maksudkannya :P .. tapi kalau nak bagi pun boleh jugaaak.. :D






Dan siaran ulangan untuk menu ini ialah lebihan Kek Lapis Rubi Natasya yang masih ada , sebab tak sempat nak buat apa-apa pencuci mulut dah..

Saturday, May 17, 2008

Akhirnya...

Akhirnya...keluar juga buah brokoli ini.Selepas hampir 5 bulan pokok ini disemai, saya sudah tidak meletakkan sebarang harapan untuk lihat buahnya.Biarpun kecil sahaja,tapi ok lah kan :D ada jugak..

Sunday, May 11, 2008

Ayam Bakar


Ayam bakar,bersama coleslaw dan kentang . Setiap kali tengok rancangan License To Grill setiap kali tu lah nak bakar ayam. Bila browse beberapa resipinya disini tak tahu pula nak cuba yang mana.Jadi saya 'compile' bahan-bahan asas yang banyak Chef Rob Rainford gunakan seperti english herbs, bawang putih ,lemon dan madu serta tambahkan serai ,halia dan jintan putih. Untuk kentang pula,saya potong kentang yang telah dibakar,campurkan mixed herbs, garam,lada hitam dan mayonis.

Deep Fried Squid


Bila bertandang ke 'rumah' Along Roz tempoh hari, beliau jamu dengan sotong goreng yang nampak rangup dan sedap ni. Katanya sotong tu celupkan dalam tepung ubi,kemudian telur dan salut dengan oat. Sebagai tambahan saya letak lada hitam sikit. Dan inilah hasilnya..memang sedap dan rangup.Terima kasih ya Along Roz.

Tag:Cooking Book Mark




Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman www.cookingbookmark.com. Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

ok untuk meneruskan TAG ini ,saya passkan TAG ini kepada: semua list kawan-kawan kat sebelah tepi blog ni.Silakanlah ya :D

Thursday, May 8, 2008

Kek Lapis Rubi Natasha


Resipi Kek Lapis Rubi Natasya dari buku Kek Sarawak Selera Deja Moss. Rumit betul nak melekatkan lapis-lapis tu.Tengok,yang tersilap susun pun ada. (Jika lihat betul-betul, dalam 4 blok lapis 4 segi sama tu,cuma 1 blok sahaja yang betul susunannya!! ^ __ ^ ) Lintang pukang jadinya. Kek yang telah dipotong 3 segi tak boleh dipegang dan letak banyak kali.Berderai jadinya. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Antaranya, ada susunan yang tak rapat.Pelik betul lapis atas dan bawahnya patut ada 5 tapi tinggal 3 sahaja.Mungkin lapisan terlalu nipis.Lain kali adunan untuk lapis atas dan bawah tu elok digandakan 2. Itu belum kira lapisan yang terhangit dan tak sama tinggi.

Masa yang diperuntukkan dari mula mengira telur hingga siap bakar ialah 8 1/2 jam! Mengira semua faktor, memang patutla kek lapis ni harganya agak tinggi berbanding kek biasa. (resipi tak letak kat sini, tapi bagi yang nak , boleh emailkan alamat ke norzaliana@yahoo.com)


Dibawah ini- abadikan gambar kek berlatar belakangkan buku Deja Moss tu.Resipi asal memerlukan loyang 9 inci untuk inti dalam dan 8 1/2 untuk lapis atas dan bawah..tapi sebab takde loyang ukuran tu cuma guna loyang 8 inci ,dapat kek yang lebih kecil dan lebih tinggi.

Tag: Dari Yat

Ni nak siapkan kerja rumah yang Yat beri ...


1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

7 facts about me

1. Termasuk dlm kategori old fashion sikit- Colour-suka sangat warna-warna tanah-macam coklat ke perang ke...setengah orang panggil kaler 'buruk' .Dari pilih kaler baju,tudung ,perabut rumah dan semua lah...kadang-kadang tu warna baju mcm dah dekat sama-bila pakai org ingat pakai baju yang sama ..

2. seorang yang mudah gelabah.. dan mudah nak menangis..tapi sekarang ni dah ok sikit kot..sekarang ni sape yang marah2 atau membuli kat tempat keje dah boleh marah balik kat orang tu! hahahaha

3. Kalau dapat siapkan makan pagi dan malam kat rumah kan..rasa mcm sempurna aja hari..sebab selalu aje kalau week day masak simple2 atau kadang-kadang tak sempat masak langsung!

4. kalau cerita kat tv pulak suka tengok AFC ,History Channel atau Discovery..tapi selalu aje tak sempat nak tengok sebab si kecik tu nak tengok kartun aje!!!

5. paling suka makanan yang berkuah dan bersup..kalau kuah nasi tu kan..sampai mcm nak banjir pinggan tu.Tiap hari makan sup pon takpe..tak jemu punyalah.

6. Orang selalu ingat saya ni cikgu sekolah.Kadang-kadang tu depa tak tanya pun kerja apa,terus tanya mengajar kat mana? Ada gaya muka mcm cikgu ke? Hihi tak layaklah jadi cikgu.. susah nak didik anak bangsa ni..jadi berilah kepada mereka yang berdedikasi aje. :D
7. anak pertama dari 4 adik beradik perempuan..
Hah..lega siap dah pun tag ni...

I would like to pass this tag to :


1.Ien (mana ilang lama tak nampak batang hidung)
2.Nurhuda
3.Alis
7.Kak Suryani


silalah jawa tag ni ya kawan-kawan !! terima kasih !

Tag dari K.Ummi

(mana gambar ni tak keluar pon? .k. ummi help!)

Dah lama K.Ummi kasi assignment..sori tak sempat nak buat..ni dia..terima kasih ya bagi frame besar ni... : D

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!
Do not delete any of the links and be honest to yourself! =p
************************************************************
BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,McTa ,manje ,nitta, yatt, ummi,
next
The lucky 12 person that I am going to tag is :

kak-e, cikwan, SL, KakmOn, mamasya, joayee, intanrosnita, princessharyati,
jun, dayang, zaliana, ctnik

next
The lucky 12 person that I am going to tag is :

sebab dah lama sgt kan..jadi tak tag sapa2 dah la..

Monday, May 5, 2008

Kek Coklat Letak Stoberi


I baked this cake special for my husband on his 31st birthday..HAPPY BIRTHDAY ...

Pizza

Cuma sebiji pizza yang biasa...cuma kali ini saya petik daun sage,marjoram dan basil untuk buat sosnya.Selain itu saya tambahkan daun bay..hasilnya?? authentic italian pizza...enjoyyy


Pokok Marjoram..antara daun herba yang ditanam, paling suka bau daun marjoram ni,sebab lebih kurang dengan bau oregano. Tapi ini jugalah pokok yang paling susah nak dijaga. Daun marjoram ni memang ngam dijadikan sos spageti dan pizza.