Tuesday, March 4, 2008

Takoyaki Versi II



Berikut merupakan versi ke2 takoyaki..bahan sama aje,sukatan sedikit berbeza dengan yang versi mula-mula dulu..

Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji takoyaki
150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate
-cara-cara
Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.

Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis

Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning

Cara-cara

1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken seidkit minyak.
2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian amsukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daub bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.

Takoyaki versi pertama,ada letak kat sini http://zaliana.blogspot.com/2008/01/takoyaki.html








5 comments:

Lela Ibrahim

kak za, akak beli kat mana acuan takoyaki tu..???dan camner rupa hoisin sos tu..???lela tak pernah makan takoyaki ni, tp kawan lela cakap sedap, dia merungut makan beli kat luar mahal, ingat nak belajar, nanti leh bg dia rasa sikit, hehehehhe...1 lagi, bonito flake tuh nak dapat katner..???

Ayu
This comment has been removed by the author.
Ayu

salam k.za....finally b'jaya gak ayu buat takoyaki s'diri.ayu ikut resepi takoyaki akak versi I.hb ayu siap ckp....bau dah ada....rupa dah ada...rasa pun dah ada...sebijik mcm yg jual kat c4/jj tu.so...leh la buat jual.heh! dia tak tau yg ayu t'ketar2 masa memula nak m'bulatkan takoyaki tu.hehehehe....

Sakinah

salam..
erm, nk tnyelah..
kt mne ekh nk beli loyang takoyaki?
sush jugak nk crk..^^;;

zaliana

ayu:mekasih kerana mencubanya :D

sakinah:
acuannya saya kirim kat kawan yang dok di Jepun..sini memang takde,kalau nak cuba, guna acuan baulu..dulu masa belum beli acuannya, saya pakai yang tu lah :D