Friday, March 14, 2008

Fondant 3 Sekawan

Menghabiskan masa dengan membakar cupcakes,menguli dan membentuk bunga-bunga fondant..terhasillah fondant 3 sekawan ni malam tadi...bunga dari fondant dan border menggunakan royal aising.Pertama kali menggunakan royal aising,seronok pula.Cuma takde tip yang sesuai,tambahan pula memang takde idea sgt.Jadi tak dapat nak membentuk border yang cantik.

Jika dilihat secara dekat,bunga merah ni bertompok-tompok, sebab tak uli warna dengan sekata.Tambahan pula guna pewarna serbuk,mungkin lepas ni perlu bancuh sikit dengan air. Bunga fondant ini dibentuk dari campuran warna merah,pink dan purple.
Warna merah: Pewarna brand star dan Red Red dari Wilton
Warna pink: Pewarna pink rose, takde banrd,packaging Bake With Yen
Warna purple: Purple,dari star brand

Resipi fondant, dan royal aising dapat dari komuniti Resipi.Net. Terima kasih ya kerana berkongsi resipi.Saya minta izin copy paste resipi untuk rujukan disini.

Rolled Fondant (sumber: K.Anis)

100 gm shortening (melt in warm temperature)
15 g gelatine powder ) steam until
60 g water ) dissolve
100 g liquid glucose
50 ml glycerina
750 gm - 1000 g icing sugar

Cara2
1. Steam (air & gelatin)
2. Bila cair, masukkan glucose
3. Bila glucose cair masukkan shortening - kacau hingga cair
4. Keluarkan mixture dari double boiler masukkan glycerine
5. Masukkan icing sugar (ayak dahulu) sedikit demi sedikit
6. Putar hingga mendapat doh yg diinginkan
------------ --------- --------- -----

ROYAL ICING (untuk buat bunga, daun n sbgnya-mengeras)

Sumber: Chef Razak

Bahan-bahanya4 biji Putih Telur(any grade)
1 sudu makan Cuka2 cubit Traganth Gum
1 kg Gula Aising(diayak)
Cara-caranya
1. Pukul putih telur, cuka hingga kembang
2. masukkan Traganth Gum dan pukul lagi.
3. masukkan gula aising sedikit-sedikit dan kemudian pukul lagu sehinggaadunan pekat (seperti aduan sponge cake)
4. adunan boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing5. adunan ini sesuai utk buat bunga atau sebarang hiasan seperti daun.Ianya akan mengeras setelah dibiarkan

Nota: saya buat 1/4 dari adunan royal aising,dan tak letak tragacanth gum sebab takde
--Projek akan bersambung weekend ni :D


0 comments: