Friday, September 28, 2007

Terima kasih adik-adik

Kepada semua 3 adik-adik ku yg datang berbuka puasa di rumah semalam..terima kasih banyak2 ye. Minta maaf sebab tak sempat langsung nak masak walaupun sebijik nasi. Sampai2 rumah azan berkumandang dah..rasa macam tak berbaloi pula tetamu datang jauh2 makan makanan beli semuanya. Minta maaf semua...nanti lepas raya kita kumpul ramai-ramai lagi yer..kali ni kita main masak-masak pulak.
Paling penting smlm kita dapat berkumpul..dapat tengok Auni yg makin cute tu..nanti Insya Allah jumpe di open house :D

Wednesday, September 26, 2007

Split Pizza

Tukar menu berbuka semalam.Tiba-tiba rasa nak makan ala-ala kat Pizza Hut tu.Oleh kerana hubby balik lambat malam tadi, ada masa untuk sediakan Split Pizza ni, Meatballs Bolognese, Garlic Bread dan Mushroom Soup.



Split Pizza-Pizza dengan 2 topping


Base Pizza

125 ml air
200 gram tepung roti
1/2 sudu besar yis kering
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh pelembut roti
1 sudu besar lemak sayur

Topping
Sos bolognese (ambil separuh dari sos pasta di Meatballs Bolognese)
Franfurter ayam berkeju Ayamas
Capsicum hijau
Mayonis (western recipes)
Tuna flakes
Jejari ketam
5 ekor udang buang kulit dan potong kecil.
Cili api potong halus.
Mozarella cheese

Penyediaan base pizza
Semua bahan-bahan dimasukkan ke dalam breadmaker dan tunggu hingga siap.
Keluarkan dari breadmaker. Sapu loyang dengan sedikit minyak.Kemudian letakkan doh tadi.Tekan-tekan dengan jari.Biarkan kira-kira 30 minit.

Penyediaan Topping
Sapu diatas doh dengan minyak zaitun.Kemudian sapukan sos bolognese pada sebelah bahagian pizza.Letakkan hirisan frankfurter dan capsicum ke atasnya.Pada satu bahagian lagi letakkan mayonis(western recipe). Taburkan cebisan tuna,udang dan jejari ketam.Bakar pizza. Setelah masak ,keluarkan piza dan taburkan mozarella cheese dan bakar sekejap.


Meatballs Bolognese


Bahan-bahan


Untuk pasta

150 gram fusilli
sedikit minyak

Didihkan air,masukkan minyak masak.Masukkan pasta dan rebus hingga al dente.

Untuk Sos

220 gram tomato (buang bijinya) dan kisar dengan sedikit air
3 sudu besar tomato puree
80 gram bawang besar(mayang dan cincang halus)
1 ulas bawang putih
sedikit mixed herbs
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
minyak zaitun

Cara-cara

Panaskan minyak zaitun,tumis bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan tomato kisar tadi.Masukkan tomato puree, garam,gula dan mixed herbs. Kemudian masukkan sedikit air, biarkan hingga menggelegak.

Meatballs

Bahan-bahan

100 gram daging lembu kisar
1 biji telur
5 keping biskut kraker ditumbuk halus
Tepung sagu secukupnya
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam kisar halus
sedikit daun parsey dipotong halus

Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan, kemudian bulat-bulatkan. Goreng dengan sedikit minyak hingga masak.

Roti Bawang Putih

Roti Bawang Putih cicah Sup Cendawan


Roti ni dibuat dari lebihan base pizza.Cuma sapu mentega,1 biji bawang putih tumbuk dan bijan ke atasnya dan bakar.Sup cendawan pula guna yang instant dari brand Knorr.

Tuesday, September 25, 2007

Kuih T*** Itik @ Putih Telur



Banyak kali fikir sebelum tulis tajuk nih. Sebab namanya kurang sedap didengar. Kuih tradisional Kelantan. Ini adalah pasangan kembar kepada kuih Jala Mas. Baki putih telur yang buat Jala Mas biasanya orang buat kuih ni lah. Sekarang ni depa dah tukar nama kuih ni.Lebih dikenali sebagai Kuih Putih Telur.Sedap sikit nak sebut tu.

Bahan untuk kuih ni senang aje, putih telur dan gula. Arwah Tok Su pernah tunjuk cara-cara buat kuih ni dulu. Masa tu tengok aje.Lupa pulak nak tulis,kononnya senang dan boleh ingat tapi lupa jugaklah. Yang ingat cuma 1 mangkuk gula(sukatan mumbu).Berapa biji telur putih tak ingat langsung.Masih terbayang jari-jemari arwah Tok Su perlahan-lahan menggaul putih telur dan gula hingga gula tu larut..Adehh part ni malas nak buat. Jadi tukar bubuh gula caster.Tak pasti ada letak air dan minyak ke? 2 bahan ni kutambah sesuka hati.Sebab bimbang hangit masa tengah mengacau nanti. ;)

Bahan-bahan
5 biji putih telur itik
1/4 cawan gula caster
Sedikit air
2-3 sudu besar minyak
Sedikit daun pandan

cara-cara
Gaul gula dan putih telur.Kemudian panaskan kuali, masukkan sedikit air.Masukkan campuran gula dan putih telur dan daun pandan.Kacau jangan berhenti.Api jgn terlalu kuat.Kemudian masukkan minyak.Kacau lagi sehingga berketul dan adunan menjadi sebuku.Sejukkan.

Yang ini saje-saje buat bentuk buah. Biasanya dijual berbentuk bulat-bulat sebesar bola pingpong.Sikit sangat yang dapat dengan 5 biji telur ni.Dapat 4 ketul ni je.