Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Sup Ayam & Pasta Abjad



Ia cuma sup ayam dengan pasta..menu biasa saja..tapi kali ni agak istimewa bagi saya..menggamit memori di zaman kanak-kanak..hanya kerana pasta berbentuk ABC ni...dulu..kecik2..ma bonda buat sup ayam makan dengan pasta ABC ni lah. Bila dah jadi ibu, saya cari alphabet shape pasta ni kat hypermarket.Tapi tak jumpa-jumpa..Cuma baru-baru ni saya jumpa. Ia bukan dok satu rak dengan makaroni..spagetti...lasagna sheet ..semua tu..tapi kat rak makanan bayi! Bagi budak-budak yang sedang belajar mengeja tentu suka ni. Cuma masa makan jadi lebih panjang sebab anak saya sibuk dok cari huruf nak membentuk perkataan!

Sunday, January 3, 2010

Mushroom Spaghetti



Resipi yang ringkas dan mudah disediakan...sebenarnya..masa masak ni ..pakai resipi dalam internet ni ..bila cari balik tak jumpa2....trace ikut history pun tak jumpa..penat dah mencari..tak jumpa jugak..takpelah.. tulis ajelah lebih kurang. Asalnya, Amirah, anak buah pandai masak spaghetti guna krim cendawan begini. Hari khamis lepas baru berkesempatan buat sendiri..


MUSHROOM SPAGHETTI

1/2 peket spaghetti -angel hair
1 cawan ayam dipotong halus
1 tin sup cendawan campbell
1 biji bawang besar
1/2 cawan susu segar
minyak zaitun
2 biji tomato dipotong dadu
sedikit oregano

cara
1.Rebus spaghetti sehingga masak, tapis airnya dan ketepikan.
2. Di dalam sebuah periuk, panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan tunggu sehingga layu.Kemudian masukkan ayam, biar sehingga masak.
3.Masukkan tomato dan krim cendawan, biarkan mendidih.Perasakan dengan garam dan sedikit oregano. Sedia dihidangkan.


Thursday, September 3, 2009

Classic Lasagne


Classic Essential Pasta..itulah buku resipi mengenai pasta yang saya beli, kira-kira 3 tahun lalu. Dari situ, saya belajar menyediakan lasagna. Setelah mencuba, tentu kita tidak lagi terlalu bergantung kepada resipi asal dan telah dapat mengagak bahan dan kuantiti yang digunakan, bukan? Resipi lasagna, ada disini sebelum ini. Resipi asal Classic Lasagne ada menggunakan 150 gram hati ayam dan pastinya mereka letak wine (gantikan dengan air+ 1 kiub ayam). Sedap agaknya kalau letak hati ayam? Mungkin satu hari nanti boleh cuba. Lasagna ini, disediakan untuk sahur kelmarin, sebagai memenuhi permintaan warga rumah.(ada ke perkataan 'warga rumah'?)

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak masak
30 gram mentega
1 biji bawang besar-cincang halus
1 biji lobak merah- disagat
1 batang daun seleri-dicincang
500 gram daging cincang
1 cawan tomato puree
4 biji tomato-dipotong dadu
1 cawan air+ 1 kiub ayam
10 kepingan lasagna segera (instant)
1 cawan keju mozarella

Be'chamel Sauce
60 g mentega
1/3 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu
garam dan serbuk lada hitam
1/2 sudu teh mixed herbs
1/3 cawan keju mozarella

Cara-cara

Panaskan minyak dan mentega.Masukkan bawang,lobak merah,daun seleri, kacau sekali sekala sehingga lembut.Kemudianmasukkan daging,biarsehingga daging masak Masukkan tomato puri,tomato,air,garam,mixed herbs dan serbuk lada hitam.Tutup periuk dan biarkan merenih,kemudian ketepikan.

Bechamel sauce
Panaskan mentega,masukkan susu ,tepung gandum,garam dan serbuk lada hitam.Kacau dalam api sederhana,sehingga pekat.kemudian amsukkan keju mozarella,biar sehingga cair.

Menggunakan sebuah bekas tahan panas, sapu mentega pada permukaan bekas. Kemudian ratakan sos tomato, kemudian susun 2 baris kepingan lasagna.Sapukan sos tomato,diikuti bechamel sos ke atasnya.Ulang sehingga lapis yang kelima. Kemudian diakhiri dengan sos tomato,sos bechamel dan keju mozarella. Sekiranya sos bechamel menjadi terlalu pekat, panaskan semula,campurkan sedikit air ke dalamnya, dan kacau .Ini supaya ia mudah disapu .Pastikan setiap lapis lasagna dilitupi sos supaya masak sempurna.Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan,bakar selama 45 minit atau sehingga lapisan lasagna masak. Biarkan seketika sebelum dipotong.

Sunday, August 24, 2008

Sheperd Pie


Sheperd Pie ni masih lagi panas-panas. Ini kali pertama mencuba masakan ni. Sedap rasanya. Terima kasih kepada Chef Tania yang berkongsi resipi ni. Untuk mashed potato, saya gunakan 650 gm kentang jenis russet-cukup-cukup aje untuk buat topping. Mungkin boleh lebihkan lagi kentang ni.

Gara-gara kelaparan,rasa macam tak berapa nak kenyang pulak, dan mulalah terfikir lain kali nak cuba masukkan sedikit makaroni ke dalamnya. Boleh agaknya ya.

Tuesday, June 10, 2008

Lasagna



Saya sediakan lasagna untuk sarapan pagi tadi, tapi tak menyempat nak snap. Jadi entry hari ni kitar semula gambar entry yang lepas. Kepada Tasneem yang bertanya mengenai resipi Lasagna. Berikut cara akak menyediakan lasagna, dan tak pastilah memenuhi selera Tasneem atau tidak :)

Bahan-bahan

5-7 keping lasagna #

Sos tomato
2 ulas bawang putih-ketuk
1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
100 gram tomato puree
200 gram daging cincang
½ biji lobak merah-disagat halus
1 helai daun bay
1/2 sudu teh italian herbs
½ sudu besar garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar gula

Sos Putih
2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
sedikit serbuk lada hitam

Untuk topping
Keju mozzarella secukupnya

Cara-cara
Untuk sos tomato
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.

2 Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.

3. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah.Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.

Untuk sos putih

1. Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
2. Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.

Cara menyediakan
Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas. Susunkan sekeping lasagna ke atasnya. Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan ladi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5. Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.

# Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre cooking required ‘tidak perlu direbus terlebih dahulu. Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.

Cara lain yang saya buat ialah, jika tidak merebusnya pun, basahkan dahulu kepingan lasagna sebelum digunakan .Ia memberi lebih kelembapan pada kepingan lasagna dan menyebabkan ia masak lebih cepat berbanding menggunakan lasagna yang kering.

Tuesday, March 4, 2008

Pasta Goreng


Tuesday, January 29, 2008

Chili Pesto Chicken Pasta



Resipi ini diubahsuai dari resipi asal dalam buku Fast Workday Dinners, Family Circle Mini Cookbooks.Saya suka kumpul buku resipi dari Family Circle Cookbooks ini, yang banyak membantu menyediakan hidangan simple dan cepat. Pasta kat atas, sudah saya lenyapkan dari pinggan sebelum pukul 7 pagi tadi!

Bahan-bahan

  • 375 gram bow tie pasta
  • 3 batang sosej, potong 1.5 cm.
  • 200 gram isi ayam,potong memanjang.
  • 2 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus.
  • 6 helai daun bawang,potong
  • 3 ulas bawang merah-mayang
  • 1 ulas bawang putih-mayang
  • 2 biji tomato (200 gram)
  • 1/4 cawan tomato puree
  • 300 ml susu segar
  • sedikit keju parmesan

cara-cara

  1. Didihkan air dan masak pasta.Sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan sosej dan isi ayam,biar hingga masak.
  4. Masukkan separuh dari cili merah dan daun bawang
  5. Tambahkan tomato dan tomato puree.Kemudian masukkan sedikit garam dan susu segar.
  6. Tutup api dan masukkan keju parmesan.
  7. Hidangkan dengan pasta.Taburkan lebihan cili merah dan daun bawang.

Thursday, November 22, 2007

Pasta Ala Carbonara

Sarapan hari ini dengan pasta dan dragon fuit.
Pasta yang mudah disediakan, sesuai untuk kanak-kanak.Apa yang diperlukan cuma rebus pasta.Di dalam periuk,tumis bawang putih dan isi ayam.Dalam bekas berasingan,campurkan 3 biji telur, 1 cawan susu full cream, mozarella cheese dan cream cheese.Campurkan bahan ini ke dalam periuk, dan masak dengan api sederhana.Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.Apabila sudah pekat masukkan pasta dan bolehlah dihidangkan.Taburkan sedikit lada sulah sebagai hiasan.

Wednesday, September 26, 2007

Meatballs Bolognese


Bahan-bahan


Untuk pasta

150 gram fusilli
sedikit minyak

Didihkan air,masukkan minyak masak.Masukkan pasta dan rebus hingga al dente.

Untuk Sos

220 gram tomato (buang bijinya) dan kisar dengan sedikit air
3 sudu besar tomato puree
80 gram bawang besar(mayang dan cincang halus)
1 ulas bawang putih
sedikit mixed herbs
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
minyak zaitun

Cara-cara

Panaskan minyak zaitun,tumis bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan tomato kisar tadi.Masukkan tomato puree, garam,gula dan mixed herbs. Kemudian masukkan sedikit air, biarkan hingga menggelegak.

Meatballs

Bahan-bahan

100 gram daging lembu kisar
1 biji telur
5 keping biskut kraker ditumbuk halus
Tepung sagu secukupnya
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam kisar halus
sedikit daun parsey dipotong halus

Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan, kemudian bulat-bulatkan. Goreng dengan sedikit minyak hingga masak.