Wednesday, August 15, 2007

Cupcakes



Tara....Demam cupcakes...ini percubaan pertama.. herot berot tak kemas...he he..Untuk kek guna resipi Simple Fruit Muffin oleh Mat Gebu.Untuk resipi sila rujuk disini

Butter Cream
2 cawan gula aising
1/2 cawan mentega
1/2 cawan shortening
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar

Cara:
Pukul mentega dan shortening.Masukkan esen vanilla dan gula sedikit demi sedikit. Bila dah ringan,masukkan susu segar.Bahagi adunan ikut warna yang disukai.Masukkan kedalam piping bag berisi nozzle.Bolehlah dihias sesuka hati.

Ini projek buat malam tadi.Bangun mendekor nya pulak pukul 4 pagi.Macam-macam bentuk buat semalam. Seronokla pulak!!



Butter cream ni tak berapa jadi. Nampak tak cantik. Sepanjang dok mendekor ni hati berkata-kata.."mesti pegi kelas baking" mesti pegi... sebab banyak yang perlu dipelajari...dan lagi satu kalau diikut tak cukup alat nak buat bunga ros ni. Nozzle yang ada ni pun saiz kecik sgt. Nozzle utk daun pun takde. Nampak gaya kena beli nih..err rasa nak buat lagi lah..

Sebenarnya ini adalah 'rehersal'untuk buat cuppies special utk birthday Faris hujung bulan ni.Tadi dia nampak suka bila tengok cupcake ni.Dia terus hembus-hembus..ha ha ha dia ingat ni kek birthday dia la.Takpe malam ni kita potong ye Faris.Sekarang ni tak leh sebab mama nak kena pegi keje la

Monday, August 13, 2007

Chicken Pot Pies




Disebalik Tabir

Chicken Pot Pies.Resipi asal dari Prawn Pot Pies.Macam yang jual kat Pzza Hut tu lah... Tapi bahan-bahan dia takleh makan laa.. dengan wine dan segala macam fresh herbs...Meh kita ubah ikut selera tempatan. Resipi untuk filing ni modified sikit-sikit dari buku resipi bonda tersayang.

Bahan-bahan
( Untuk 3 bekas ramekin bersaiz 1 cawan)

Untuk Puf:
Gunakan Paratha Segera

Untuk Inti:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
200 gram isi ayam
300 ml susu rendah lemak
1/2 cawan air
1 biji kentang potong dadu
1 biji lobak merah potong dadu
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh rempah soto
Sedikit daun sup.










Cara-cara:

1) Tumis bawang putih dan bawang merah hingga masak.Masukkan garam,rempah soto.Kemudian masukkan isi ayam.
2) Bila isi ayam sudah masak, masukkan kentang dan lobak merah. Masukkan larutan tepung gandum. Masukkan susu dan tunggu hingga masak.
3) Tambahkan air bila kuah kelihatan pekat.
4) Masukkan inti yang telah siap ini kedalam bekas.
4) Kemudian tutup permukaan bekas (ramekin) dengan puff. Pastikan potong lebih sikit dari mulut ramekin.
5) Sapu sedikit telur dan bakar dalam oven hingga masak.

Roti Oat




Roti Oat.. buat khas untuk makan dengan Chicken Pot Pies. Resipi asal salin dari TV masa muda-muda dolu-dolu..time belum kawin dulu. Tapi masa diuji di dapur sendiri adunan macam lembiknya Siapa yang salah ni? Salah salin ker salah chef dalam tv tuh? Ehe he ngaku jer lah salah salin kot..Terpaksalah dimodified dan ditambah bahan secukup rasa. Ini kali kedua guna resipi ni.

Ni respi dia...

120 gram quaker oat
210 gram tepung roti
200 ml susu rendah lemak
1 biji telur
1 sudu teh yis kering
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar lemak sayur.

Cara-cara

1)Masukkan semua bahan dalam breadmaker.

2)Keluarkan, lepas tu uli kecil-kecil dan biarkan dia naik sekejap.

3)Sapu kan sedikir telur kuning di atasnya.

4)Bakar hingga masak.Dah masak, keluarkan dan sapu dengan mentega. Sedia dimakan

Friday, August 10, 2007

Ayam Gulung



Suka makan Ayam Gulung ni. Resipi ni sama dengan Ham Ayam Kak Hani.Yang bezanya cuma tambahkan cheesdale, sawi celur dan capsicum bakar kat dalamnya.Pastu gulungkan dan ikat dengan benang,bakar dalam oven.



Thursday, August 9, 2007

English Herbs

Apa kata kita tanam herbs sendiri?








Ini semaian pokok basil. Baru je semai malam tadi.Benihnya kecik macam biji sawi. Tak sabar nak tunggu pokok ni besar.Idup ke tak ni? Harapnya ada jugaklah botanic genetic ni masuk dalam badan. Biarpun tak sehebat Ayah sekurang-kurangnya ada usaha nak menghijaukan bumi nih. Kena consult Ayah juga ni nanti. Minta advise sikit sebanyak tentang pencahayaan dan baja. Uih mesti panjang lebar Ayah explain.Errmm..apa nama scientific nyer ye? tak tahulah Ayah ingat ke tidak ni. Benih beli kat pasar raya balik opis semalam.



Ni lah rupa pasu tanam parsly..harap2 nya dia tumbuh suburlah.Tak macam strawberry yang tanam dulu..Biji benihnya macam jintan putih.