Saturday, May 17, 2008
Monday, May 5, 2008
Pizza
Cuma sebiji pizza yang biasa...cuma kali ini saya petik daun sage,marjoram dan basil untuk buat sosnya.Selain itu saya tambahkan daun bay..hasilnya?? authentic italian pizza...enjoyyy
Pokok Marjoram..antara daun herba yang ditanam, paling suka bau daun marjoram ni,sebab lebih kurang dengan bau oregano. Tapi ini jugalah pokok yang paling susah nak dijaga. Daun marjoram ni memang ngam dijadikan sos spageti dan pizza.
Posted by zaliana at 5:05 PM 0 comments
Labels: Go Green
Wednesday, April 30, 2008
Kerepek Fosil Daun Sage
Resipi ini ambil dari buku resipi Dip and Dippers.Namanya Potato Chips With sage, tapi saya ubah nama dia.Letak perkataan fosil tu sebab nampak daun sage tu macam fosil bila diapit oleh 2 hirisan kentang.Bagi yang suka rasa sage bolehla cuba.Mungkin boleh tukarkan dengan sayur lain seperti bayam.Bahan-bahan
Kentang-kupas
Sedikit minyak masak
Daun sage
Sedikit garam
Cara-cara
Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pemotong.Kemudian sapukan minyak masak.
Ambil sehiris kentang, letakkan sehelai daun sage keatasnya.Tekapkan dengan sehiris lagi kentang.
Taburkan sedikit garam ke atasnya
Bakar dalam oven hingga masak.Balik-balikkan supaya garing sekata.
Bagi yang nak lihat bagaimana pokok sage,ada di bawah ni..Pokok ni disemai dari biji benih, satu batch dengan brokoli dan dill.Baunya sangat kuat.
Posted by zaliana at 9:19 AM 0 comments
Tuesday, April 22, 2008
Nasi Dill

22 April,merupakan hari Bumi (Earth Day). Sempena itu,saya sediakan masakan berasaskan pokok yang menghiasi tingkap kecil rumah. Ini adalah pokok Dill. Lihat gambar dibawahnya,bunga Dill.Gambar ni ambil masa weekend lepas.Saya tak sangka pula pokok ni berbunga :D. Bentuk bunganya macam bentuk percikan bunga api,unik kan. Pagi tadi saya lihat bunga-bunga kecilnya sudah kembang sepenuhnya dan berwarna kuning.Tapi hujan lebat dan ribut tak mengizinkan saya ambil gambar.

Pagi ni saya masak Nasi Dill resipi ambil dari Helikonnia.Terima kasih ya. Saya padankan dengan ayam beriani, guna resipi dari peket rempah beriani Faiza.Dill memberi variasi rasa kepada nasi ni.
Posted by zaliana at 10:06 AM 0 comments
Masak Lemak Putih Daun Brokoli

Kalau nak kenal inilah rupa pokok brokoli.Ya,pokok brokoli,saya tidak tersilap kerana benih yang dibeli adalah benih Brokoli. :) Pokok ni disemai penghujung tahun lepas.Cuaca yang tak sesuai menyebabkan 'buah' brokoli tak muncul-muncul,daunnya sahaja yang tumbuh subur. Walaupun tak keluar buah,saya tetap gembira sebab pokok ini terus hidup. Ada 2 pokok dalam satu pot ni. Daunnya seakan-akan daun kalilan kan.
Posted by zaliana at 9:56 AM 1 comments
Labels: Go Green
Thursday, November 22, 2007
Genovese Basil
Pokok basil selepas 3 bulan 12 hari disemai. Hasilnya tidak mengecewakan.Daun yang segar dan baunya yang tersendiri memberi sedikit seri pada bahagian tingkap rumah. Basil sesuai ditanam pada semua jenis tanah dan mudah menyesuaikan diri dengan sebarang iklim.Keadaan sebaliknya berlaku kepada pokok pasley. Mungkin faktor pencahayaan,jenis tanah , saliran yang kurang baik dan pembajaan yang tidak sempurna telah menjejaskan pembesaran pokok pasley.Keadaan bertambah buruk apabila serangga atau lebih tepatnya burung memakan habis semua daun. :((Posted by zaliana at 5:50 PM 0 comments
Labels: Go Green
Butterhead Lettuce

Sayur organik pertama dari pasu. 2 bulan yang lepas semai 3 benih butterhead lettuce dalam 1 pot yang kecil.Hasilnya 2 pokok mendominasi ruang dan 1 pokok terkial-kial mencari tempat. Masih lagi memikirkan nak buat apa dengan sayur ni. Sebelum itu berikan peluang untuk sayur ni membesar sedikit lagi sebelum dituai.
Posted by zaliana at 9:05 AM 1 comments
Labels: Go Green
Monday, September 17, 2007
Tuesday, August 21, 2007
2 minggu

Parsley, 14 hari.Parsley adalah dari spesis Petroselinium. Namun jenis yang ditanam ini belum dapat dipastikan dari varieti apa. Mungkin dari jenis parsley biasa, iaitu Petroselinium crispum.
Pokok parsley memerlukan masa yang agak lama untuk cambah. Percambahan boleh dipercepatkan dengan merendam biji benih dalam air 24 jam sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Ia memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari,dengan pH tanah dari 6.0 hingga 7.0. (sumber: http://www.extension.umn.edu)
Genovese italian basil atau nama saintifiknya Ocimum basilicum.Pokok ini cambah pada hari ke 5 semaian dilakukan. Tapi perkembangannya dilihat kurang berbanding pokok parsley.
Keperluan pembajaan:
Anak basil dan parsley ini boleh mula dibaja apabila daunnya telah mengeras.Buat permulaan taburkan 2-3 biji baja NPK.(Ayah)
Posted by zaliana at 9:30 AM 0 comments
Labels: Go Green
Thursday, August 9, 2007
English Herbs
Apa kata kita tanam herbs sendiri?
Ini semaian pokok basil. Baru je semai malam tadi.Benihnya kecik macam biji sawi. Tak sabar nak tunggu pokok ni besar.Idup ke tak ni? Harapnya ada jugaklah botanic genetic ni masuk dalam badan. Biarpun tak sehebat Ayah sekurang-kurangnya ada usaha nak menghijaukan bumi nih. Kena consult Ayah juga ni nanti. Minta advise sikit sebanyak tentang pencahayaan dan baja. Uih mesti panjang lebar Ayah explain.Errmm..apa nama scientific nyer ye? tak tahulah Ayah ingat ke tidak ni. Benih beli kat pasar raya balik opis semalam.
Ni lah rupa pasu tanam parsly..harap2 nya dia tumbuh suburlah.Tak macam strawberry yang tanam dulu..Biji benihnya macam jintan putih.
Posted by zaliana at 12:57 PM 0 comments
Labels: Go Green




