Eggless Chocolate Cake
Kek coklat tanpa telur-tapi letak yogurt ni sedap betullah. Cukup sifatnya-lembut,lembap dan chocolaty. Kek ni siap pukul 7 mlm -mana ada orang minum petang pukul 7 malam...jadi tak tunggu sejuk dah..angkat aje dari oven terus keluarkan, tuang frosting yang masih panas2 dan tabur almond flakes yang juga panas-panas.Dan makan panas2 sambil layan cerita O Mei..
Resipi kek ni..asalnya baca dari blogresipi.com..Blogresipi pula..ubahsuai sedikit resipi ni dari www.egglesscooking.com..resipi asal di sini ya .Nama asal resipi ni panjang sangat -Eggless Chocolate Bottle Gourd Cake Using Yogurt with Ovaltine Frosting
Dan yang ni pula.. resipi yang dah dimelayukan dan dipermudahkan.Boleh lihat posting asal di Blogresipi.com. Terima kasih Ijan!
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
6 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan minyak sayur
1/4 cawan air kopi panas( campurkan 1 sudu serbuk kopi dlm 1/4 cawan air panas)
1/4 cawan susu
1/4 cawan yogurt
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.Lenserkan tin dengan sedikit minyak dan taburkan srbuk koko.
2. Di dalam sebuah bekas besar, campurkan rata semua bahan kering.
3.Kemudian masukkan semua bahan cecair satu dmei satu.
4Putar semuanya dnegan kelajuan sederhana selama 2-3 minit sehingga semua bahan sekata.
5.Masukkan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 30 minit.
6.Sejukkan di atas rak dan keluarkan selepas ia sejuk sepenuhnya.Sapukan frosting ke atasnya.
Frosting Recipe (hehe yg ni tak sempat nak alih bahasa..tak pelah kan..)
* Margarine/butter at room temperature 3 tablespoons
* Powdered sugar 1 1/2 cups (saya tak letak ni)
* Unsweetened cocoa powder 1/4 cup (saya pakai cooking coklat tu-agak2 aje byk mana )
* Milk, fat free 3-4 tablespoons
Yield: About 3/4th cup of frosting, enough for one 8-inch or 9-inch cake.
1. In a medium size bowl add the margarine, powdered sugar and cocoa powder. Start beating with an electric mixer on low speed. At this stage it may seem to be very dry. Don’t panic. Wait until you add the milk.
2. Add milk little by little and continue beating the mixture till you get a nice spreadable consistency.
3. Now transfer the cake to a plate and start frosting it.
4. Cool down in fridge for at least one hour (the texture of the frosting will look better after at least one hour in fridge).
7 comments:
salam kak zaliana,
sukanya tengok eggless kek tu bersalut alond flakes banyak2. sukanya tengok frosting dia tu,kak. sooo yummy!
ni yg den lomah bila pi umah Za ni..adess kecurnye tengok kek febret ni..tk penah la pulak buat yg eggless ni..pastu kurang kalori..(ye la teww)
indahhouse-cubalah kek ni simple..just campur pastu bakar..hehe part almond tu yg akak paling suker..lagi banyak..lagi best!!
chah: cuba chah jgn tak cuba..tak taulah kurang ke dak kalori..kalu dah bantai 3-4 keping..berkilo kalori jugak la jawabnyer masuk dlm perut!! hehe
salam kak..eggless yer..sedap eh kak..adoi,berderet list nih..hehe..kalo ada ahli family alergik sesuai sgt ler nih kn...
slruppp...dapnya nampak kek tu kak....terliur saya..x tahan betul nengok
Salam Za,
Amazing awak masih rajin masak anda update blog, macam cikmat kita juga. Tiba2 jer selepas bertahun saya tak buat kek, hari ni rasa cam teringin, intai2 rumah kawan2 lama.. terpikat kat kek awak ni. Nanti nak buat nih :) kalau berjaya saya report kay. Tenkiu Za.
mekna: tengok saja tak jadi..meh buat..sonang aje tu...
siti azma: amazing apa byer..takde rajin mana pon! cuma saya ada extra masa berbanding awak...maklum saja saya sekarang suri rumah sepenuh masa :D..cuba jgn tak cuba
Post a Comment