Ratatouille
Jika tidak kerana tikus-tikus yang pandai bercakap dan pandai masak dalam cerita Ratatouille tu....tidakla ku tahu apa ke bendanya Ratatouille ni..Dek kerana menengok cerita kartun tu lah ..pandai jugaklah nak sebut perkataan tu (sebab sebelum tengok cerita tu tak tahu nak pronounce macam mana hehehe) ..Dek kerana cerita kartun itulah jugak ..si Faris mendesak-desak suruh masakkan jugak untuk dia...dah lama dia minta..maknya buat tak tahu saja..sebabnya bila survey2 dalam alam siber ni..bahannya penuh dengan sayur..dah sah tak kena dengan selera dia.. nak beli... tak penah nampak dan tak pernah tahu pulak kat mana ada jual ...Tapi dah dia nak sangat...terpaksalah buat jugak. Tapi sebelum masak tu..warning dulu Faris..apa-apa pun..dia MESTI makan sebab mama dah buatkan! SUSAH tau nak masak benda ni (alasan je tu) ..Sebab kesiankan dia, selitkan jugaklah sosej supaya dia boleh buat2 telan benda alah ni.. dengan wajah yang kelat dia makan ...alahai...makannya sikiiiiiiit aje....haaa..kan dah kata..beria-ia nak makan..akhir sekali siapa yang terpaksa makan dan terpaksa kenyang? mak nya lah jugak..huhuhu
resipi ambil dari sini http://www.cookingforengineers.com/recipe/227/Ratatouille
ada gambar tunjuk setiap langkah kat situ.
sekian
resipi ambil dari sini http://www.cookingforengineers.com/recipe/227/Ratatouille
ada gambar tunjuk setiap langkah kat situ.
sekian
0 comments:
Post a Comment