Lemang Jepun
Lemang Jepun...
Eksperimen terbaru dari dapur. Dinamakan lemang sebab ada unsur lemang sikit. Terselit nama Jepun sebab menggunakan seaweed dan beras jepun. Adunan rasa dua budaya . Kalau Jepun tengok ni mesti geleng kepala. Ha ha..dalamnya berintikan serunding ayam dan serunding ikan. Yang takde inti pun buat juga.Untuk melengkapkan hidangan ini disertakan dengan rendang.
Lemang Jepun
Bahan-bahan
2 pot beras jepun
1 pot santan pekat
1.5 pot air
1 sudu teh garam
Sedikit daun pandan
Cara-cara
1)Basuh beras dan masak bersama santan,air dan garam.
2)Bila masak, sejukkan dahulu. Kemudian letak diatas seaweed. Ratakan. Boleh letakkan serunding jika suka.
3)Kemudian gulung kemas-kemas.
4)Sedia dihidang.
Untuk resipi rendang sila lihat di Chicken Rendang , karya Checkie.
1 comments:
thanx 4 da resepi..aritu cuba buat kat umah...sedap...even yg x pnah mkn sushi smeua bley trima mkn seaweed tuh..thanx...
Post a Comment