Tuesday, August 21, 2007

2 minggu



Parsley, 14 hari.Parsley adalah dari spesis Petroselinium. Namun jenis yang ditanam ini belum dapat dipastikan dari varieti apa. Mungkin dari jenis parsley biasa, iaitu Petroselinium crispum.

Pokok parsley memerlukan masa yang agak lama untuk cambah. Percambahan boleh dipercepatkan dengan merendam biji benih dalam air 24 jam sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Ia memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari,dengan pH tanah dari 6.0 hingga 7.0. (sumber: http://www.extension.umn.edu)




Genovese italian basil atau nama saintifiknya Ocimum basilicum.Pokok ini cambah pada hari ke 5 semaian dilakukan. Tapi perkembangannya dilihat kurang berbanding pokok parsley.

Keperluan pembajaan:
Anak basil dan parsley ini boleh mula dibaja apabila daunnya telah mengeras.Buat permulaan taburkan 2-3 biji baja NPK.(Ayah)

0 comments: