Tuesday, June 19, 2007

Tomyam Putih




Resipi ini dapat dari Jang (Tokei Gerai Makan Wanee) .Sukatannya ubahsuai sendiri lepas tanya bahan2 nya dari Jang.
Sama dah dengan yg biasa buat kat rumah cuma tak bubuh halia.Jang kata letak halia.Satu lagi taruk kicap sotong.Nak sedap lagi kena letak MSG. Yg MSG tu tak berapa berkenan. Jadi tak bubuh. Biarla tekak ku sedap makan tanpa perlu letak MSG.


Bahan-bahan
1.2 liter air
1/2 cawan isi ayam
6 ekor sotong
7 ekor udang
5 batang serai
4 batang daun limau purut
1 inci lengkuas-diketuk
1 hiris halia
2 biji tomato
1/2 batang carrot
1 biji bawang besar
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
2 biji limau nipis (perah airnya)
1 sudu teh kicap sotong
4 biji cili api


Cara-cara
1) Didihkan air. Masukkan serai dan ayam.
2) Masukkan udang dan sotong .Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
3) Akhir sekali tutup api dan masukkan air perahan limau nipis. Sedia dihidangkan.

4 comments:

eugeniadarwis

za, kicap sotong tu takyah letak boleh ke? sbb kak G tak kenal mende tu huhuhu

Shemmi

a'ah apa kebende kicap sutun tuh?

huhu..1st time dgr kicap sutun ni wujud...(wahh..mmg x terer aku bab2 memasak)

freelance cookery

kicap sotong dikenali juga sos ikan, biasanya sos ikan tu ada gambar sotong kat covernya, sebab tu kot setengah orang panggil kicap sotong. Lagi satu kalau tambah daun ketumbar dalam tomyam di penghujung masakan lagi umph. Kalau nak guna paste untuk tom yam campur, kalau malas nak buat beli kat kedai, jgn beli yang kiub tapi beli yang cecair dalam botol, terutama yang ada cover ala2 thailand, memang best, kalau x caya cubalah!!

Anonymous

sos ikan? dalam erti kata lain "budu" ke?

kan senang habaq mai je budu...