Friday, June 15, 2007

Cream Puff Jagung


Resipi belajar dengan siapa lagi kalau bukan bonda sendiri. Suka sangat makan cream puff ni. Mesti nak letak jagung. Sedap!!!

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara

Cara-cara untuk puff
Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk inti
Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

2 comments:

fidadaud

kak za

untuk resipi ni akan dapat berapa biji puff?

fidadaud

he.. ye ye.. 28 biji. tak perasan... tp, bila pulak masa nak masukkan 1/2 cawan jagung dalam tin?