Friday, January 16, 2009

Tag dan Award dari kak Ummi

Terima kasih kepada Kak Ummi yang memanjangkan award dan jugak tag ni.. dengan sukacitanya nak menggantungkan frame Cute's Blogger Award ni ya :D dan seterusnya menjawab tag yang disertakan.


Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. - ok, dah ambil pun. Terima kasih daun keladi, lain kali silalah bagi lagi :D

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari Kak Ummi

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

Fakta dan hobi...haaa apa nak tulis ni ya

  1. Lahir pada 1 April
  2. suka baca buku resipi (baca je banyak,buatnya belum tentu lagi .. hhihi )
  3. suka makan roti..muda2 dulu boleh hidup makan roti je tp sekarang ni dah tak boleh..mesti nak kena top up ngan nasi atau mi
  4. Suka makan biskut. Biskut yang paling world sekali ialah biskut IKO plastik kaler kuning- yang multigrain.. wah sedapnya
  5. sekarang ni suka blogging dan ziarah kawan-kawan di alam maya ni...mereka semua masak sedap2 sampai terliur dibuatnya
  6. perkara yg paling tak suka-lipat kain..lemah semangat betullah
  7. sangat fokus kalau buat sesuatu
  8. merupakan anak pertama, dari 4 orang adik beradik perempuan
  9. isteri kepada En Kamal
  10. dan akhir sekali ibu kepada Ahmad Faris, 5 tahun dan Amalia Nuraisha, 4 1/2 bulan

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

*silalaambil award dan tag ni..anggaplah tag ni sebagai satu cara utk kita lebih mengenali antara satu sama lain .. kalau ada yang dah jawab tag ni bolehla diabaikan ya..

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.

Tuesday, January 13, 2009

French Bread



French bread senang disediakan, ia cuma menggunakan bahan asas seperti membuat 'plain bread', yang berbeza cuma cara membakarnya. Dari pembacaan di internet, terdapat beberapa cara untuk menjadikan crust pada roti perancis ini. Ada resipi menyarankan sapu sedikit air pada permukaan roti sebelum dibakar. Ada pula yang tulis bakar secara steam bath, dimana sebuah dulang berisi air diletakkan di dalam oven. Satu cara lagi yang 'lebih ekstrim' ialah dengan mencurah air ke bahagian bawah oven, menjadikan stim terbentuk dalam oven. Ia seperti yang ditulis oleh Jaden dalam Baking The Perfect Loaf of French Bread di webnya, Steamy Kitchen .[Risau nak ikut cara ni, dibuatnya nanti oven rosak tak ke naya. Tapi Jaden dah buat banyak kali, tak pula dia kata ovennya rosak disebabkan itu :) ] But to be on the safe side, saya ambil jalan tengah seperti yang tertulis dalam cara-cara di bawah.


Bahan-bahan - untuk 2 ketul French Bread
220 gram air suam
400 gram tepung roti
1 sudu besar minyak masak
2 1/2 sudu teh yis kering
1 sudu besar susu tepung
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
-susu segar atau telur putih untuk sapu


Cara-cara
1. Masukkan air diikuti semua bahan ke dalam bread maker. Tekan fungsi doh dan tunggu hingga doh siap. Jika menggunakan tangan, uli kesemua bahan-bahan hingga doh licin dan tidak melekat pada tangan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain.Biarkan sehingga ia naik dua kali ganda.
2. Setelah doh naik, keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
3. Bahagi doh kepada dua bahagian. Bentukkan menjadi bulat dan kemudian canai memanjang, lebih kurang 20-25 cm. Lipat doh dan kemaskan supaya tiada bahagian yang terbuka.
4.Sapukan sedikit minyak di atas dulang pembakar dan letakkan doh tadi. Dengan mnggunkan pisau,kelar menyerong sebanyak 4-5 bahagian di atas doh. Sapukan sedikit susu atau telur putih di atasnya. Biarkan doh naik.
5.Panaskan oven dengan suhu yang tinggi, 210 darjah.Letakkan sebuah tray di bahagian bawah,biarkan ia turut dipanaskan dalam oven.
6.Setelah doh naik, masukkan ke dalam oven. ( Jika oven besar boleh bakar 2 serentak, yang ini bakar berasingan sebab oven kecil) .Pada masa yang sama letakkan air panas yang baru mendidih di atas tray yg telah di panaskan tadi. Ia akan menghasilkan stim yg membantu membentuk 'crust' pada roti. Segera tutup pintu oven, dan turunkan suhu oven ke 180 darjah.
7.Selepas 10 minit,keluarkan dulang berisi air tadi. Teruskan membakar roti, sehingga ia berwarna kekuningan mengikut citarasa crust yang dikehendaki. Jika mahu permukaan lebih gelap, biarkan lebih lama.
8.Setelah masak,keluarkan dan tunggu hingga benar-benar sejuk barulah boleh dipotong.


Di bawah ini ialah french bread yang dibakar tanpa meletakkan dulang berisi air panas, tetapi cuma menyapukan air pada roti. Baru sahaja bakar petang tadi, untuk lihat perbezaan dengan percubaan pertama di atas. Rasa tetap sama,cuma kurang 'crusty'. Selalunya fresh french bread kulitnya lebih rangup dan hanya akan lembut pada keesokan harinya, tapi yang ini tak 'crusty' seperti yang di atas.

Monday, January 12, 2009

Ayam Madu


Saturday, January 10, 2009

Faris & Nuraisha


Click to enlarge the pic

Bagels

Bagels cicah jem blueberry. Terima kasih Kak E, akhirnya dapat juga buat bagel sendiri .Resipi dari http://www.myresipi.com/top/detail/2108


Yang ini pula-bagel yang tak dicelur dalam air terlebih dahulu sebelum dibakar.Rasanya kurang kenyal berbanding yang di atas .