Tuesday, January 13, 2009

French Bread



French bread senang disediakan, ia cuma menggunakan bahan asas seperti membuat 'plain bread', yang berbeza cuma cara membakarnya. Dari pembacaan di internet, terdapat beberapa cara untuk menjadikan crust pada roti perancis ini. Ada resipi menyarankan sapu sedikit air pada permukaan roti sebelum dibakar. Ada pula yang tulis bakar secara steam bath, dimana sebuah dulang berisi air diletakkan di dalam oven. Satu cara lagi yang 'lebih ekstrim' ialah dengan mencurah air ke bahagian bawah oven, menjadikan stim terbentuk dalam oven. Ia seperti yang ditulis oleh Jaden dalam Baking The Perfect Loaf of French Bread di webnya, Steamy Kitchen .[Risau nak ikut cara ni, dibuatnya nanti oven rosak tak ke naya. Tapi Jaden dah buat banyak kali, tak pula dia kata ovennya rosak disebabkan itu :) ] But to be on the safe side, saya ambil jalan tengah seperti yang tertulis dalam cara-cara di bawah.


Bahan-bahan - untuk 2 ketul French Bread
220 gram air suam
400 gram tepung roti
1 sudu besar minyak masak
2 1/2 sudu teh yis kering
1 sudu besar susu tepung
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
-susu segar atau telur putih untuk sapu


Cara-cara
1. Masukkan air diikuti semua bahan ke dalam bread maker. Tekan fungsi doh dan tunggu hingga doh siap. Jika menggunakan tangan, uli kesemua bahan-bahan hingga doh licin dan tidak melekat pada tangan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain.Biarkan sehingga ia naik dua kali ganda.
2. Setelah doh naik, keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
3. Bahagi doh kepada dua bahagian. Bentukkan menjadi bulat dan kemudian canai memanjang, lebih kurang 20-25 cm. Lipat doh dan kemaskan supaya tiada bahagian yang terbuka.
4.Sapukan sedikit minyak di atas dulang pembakar dan letakkan doh tadi. Dengan mnggunkan pisau,kelar menyerong sebanyak 4-5 bahagian di atas doh. Sapukan sedikit susu atau telur putih di atasnya. Biarkan doh naik.
5.Panaskan oven dengan suhu yang tinggi, 210 darjah.Letakkan sebuah tray di bahagian bawah,biarkan ia turut dipanaskan dalam oven.
6.Setelah doh naik, masukkan ke dalam oven. ( Jika oven besar boleh bakar 2 serentak, yang ini bakar berasingan sebab oven kecil) .Pada masa yang sama letakkan air panas yang baru mendidih di atas tray yg telah di panaskan tadi. Ia akan menghasilkan stim yg membantu membentuk 'crust' pada roti. Segera tutup pintu oven, dan turunkan suhu oven ke 180 darjah.
7.Selepas 10 minit,keluarkan dulang berisi air tadi. Teruskan membakar roti, sehingga ia berwarna kekuningan mengikut citarasa crust yang dikehendaki. Jika mahu permukaan lebih gelap, biarkan lebih lama.
8.Setelah masak,keluarkan dan tunggu hingga benar-benar sejuk barulah boleh dipotong.


Di bawah ini ialah french bread yang dibakar tanpa meletakkan dulang berisi air panas, tetapi cuma menyapukan air pada roti. Baru sahaja bakar petang tadi, untuk lihat perbezaan dengan percubaan pertama di atas. Rasa tetap sama,cuma kurang 'crusty'. Selalunya fresh french bread kulitnya lebih rangup dan hanya akan lembut pada keesokan harinya, tapi yang ini tak 'crusty' seperti yang di atas.

2 comments:

Anonymous

saya memang suka makan french loaf nie pernah juga membuatnya...kadang jadi kadang tidak jugak. But i love your roti nampak cantik warna nya .Boleh noor nak tanya sikit ok tak...kenapa roti bun yang saya buat hanya lembut texture nya pada hari pertama saja the next day dah keras tak macam yang di jual di kedai.

zaliana

noor..roti kat kedai tu diletak bread softner..noor bole masukkan sedikit bread softner dlm tepung
supaya roti lembut,lepas bakar tu simpan dlm bekas ,jgn bagi kena udara nanti dia cepat keras
lg satu kalau roti keras boleh cuba kukus semula sekejap..kalau tak nak kukus,boleh masukkan dlm periuk nasi yg tengah 'keep warm'..nanti roti lembut semula..selamat mencuba :)