Cushion Cover

Posted by zaliana at 12:05 AM 14 comments
Labels: Sulaman Riben
Salam Maal Hijrah untuk semua..
Posted by zaliana at 7:54 AM 2 comments
Labels: Mee
Salam maal hijrah untuk semua! bila dah masuk bulan muharam ni mulalah terasa nak makan bubur asyura...mak aiih sedapnyer lah kann....terlebih dahulu mohon banyak2 maaf kepada rakan yang menyapa di chat box..tuan rumah tak jawab-jawab sampai lah hari ni.. tuan rumah ni sibukk betul!!!!!terima kasih ye sudi singgah disini...kepada yang bertanya ni tuan rumah baru nak reply...
noor
Salam ziarah....bestnya kek nie sebab ada badan nanti kena kiv dulu boleh buat bila ada telur putih lah 02 Dec 09 23:47
W'salam Noor..nanti kalau ada lebih telur putih lepas buat kek lapis bolehla cuba yerr
abbot
uihh kejap jek dh smpi afrika. bak sepotong kek tu zaliana uit 04 Dec 09 14:09
Abbot: entahla kenapa nama dia Africa..ciptaan org belah sana lah kot...cubalah yer..sebab nak kasi dah tak de dahhh :D
[waney]
tumpang lalu.seronoknye tgk food.tp x jumpe plak mane nk follow blog ni 06 Dec 09 02:03
waney: lalulah!!!! blog ni tak letak features untuk jadi follower...hehe blog tak seberapa lah katakan..tapi ada juga kawan2 yang follow :D
blogger_boy
yum..yum semua sedap2 belaka.. 06 Dec 09 11:41
jemput masuk menjamu mata yer blogger boy
sofia
assalamualaikum....blh b'kenalan? 08 Dec 09 00:05
w'salam sofia..boleh, boleh! mehla kenal2 :D
aton aka jamie
as-salam...mmg berbaloi singgah! 09 Dec 09 15:45
jamie..hehe berbaloi baloi
kakintan
salam Zaliana..aduhai kek tu mengancamlah Za... 10 Dec 09 09:38
w'salam kak intan!! cubalah kak, sedap dan lembut aje !
Adnazthie
Banyak resepi yang boleh dicuba..tengok gambar pun tekak dah telan air liur. 10 Dec 09 14:14
Adnazthie: cuba ye jgn tak cuba..mintak maaf kalau terliur :D
kyna
zaliana..boleh tak tunjukkan cara nak buat kelopak bunga ros yang bergulung2 tu? pleaseeeeee.. 14 Dec 09 20:19
kyna: kelopak bunga ros bergulung yang mana satu ni? saya minat buat bunga ros dari mcm-mcm medium- sugarpaste, fondant, riben dan coklat..semuanyer suker..habaq yang mana satu yerrr nanti saya try tunjuk...
Azura
Salam ukhwah zaliana, nmpk kek tu terus singgah...sedapnya kek...minta izin link ye :) one shoot dpt don recipes..txs 15 Dec 09 10:41
azura;ye, silalah link..kita kenal2 :D..mekasihh!
Posted by zaliana at 7:10 AM 0 comments
Posted by zaliana at 2:17 PM 6 comments
Labels: Kek
Posted by zaliana at 10:42 PM 1 comments
Posted by zaliana at 2:52 PM 1 comments
Labels: Kek
Salam!!
lamaa tak menulis disini..apa kabar semua...tuan rumah sihat sejahtera..asyik masak benda yang sama aje jadi tak terupdate lah dapur siber ni...roti sardin ni entah zaman..lupa dah...jamu mata je lah yer
Posted by zaliana at 2:43 PM 0 comments
Custard Apple Pie, resipi Alongroz di http://homekreation-recipes.blogspot.com/2008/08/custard-apple-pie.html .Terima kasih ya Along, memang sedap pai apple ni. Resipi klik di sana ya!! Mekasehhh..tuan umah 'sibuk'layan pai ni..(kalau entri lepas ni pun tajuknya pai jugak...maknanya memang nak kena masuk pertandingan 99HTN(99 Hari Tanpa Nasi tu!! )
Posted by zaliana at 12:06 PM 8 comments
Labels: Pastri
Bahan-bahan
Filling
115 gm butter, didadu
200 gm susu pekat
115 gm soft brown sugar
2 tbsp golden (light corn) syrup
Pisang slice secukup rasa
Perahan jus lemon
Hiasan
Whipped Cream
Grated chocolate
Pastri
150 gm / 1 1/4 cawan tepung serbaguna
115 gm butter, didadu
50 gm / 1/4 gula castor
Cara Membuat pastri
Cara Membuat filling
Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk. (saya piping sikit saja, sebab tak nak manis sgt..jadinya ada banyak lebihan filling)
Setelah sejuk, susunkan pisang slice di atas filling tadi. (fillingnya memang tak akan keras, ia mcm filling blueberry tart tu jugak. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh jadi agak liat.) Tinggalkan gap kosong di tengah2. (saya deco lain sikit)
Sprinkle jus lemon atas banana slice. (Saya skip part ni.)
Pipekan whipped cream di tengah2 pie yang dibiarkan kosong tadi.
Taburkan grated chocolate atas whipped cream.
Siap untuk dimakan. Selamat mencuba.
Posted by zaliana at 2:31 PM 6 comments
Labels: Pastri
Posted by zaliana at 9:58 PM 6 comments
Labels: Biskut
Salam syawal
Sajian express bila terasa lapar dan kurang mood nak memasak :D
Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
4 ulas bawang putih-ketuk
2 biji cili padi-ketuk
segenggam ikan bilis /udang kering /isi ayam
serunding daging/ayam/ikan secukupnya
4 batang kacang panjang-dihiris
minyak untuk menumis
bahan untuk menghidang
-keropok goreng
-bawang goreng
Cara-cara
-panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi.
-masukkan ikan bilis atau lauk pilihan anda, kacau sehingga masak.
-masukkan nasi putih dan kacau rata.
-kemudian masukkan serunding dan perasakan dengan garam.
-masukkan kacang panjang
-sedia dihidangkan panas-panas dengan keropok goreng dan bawang goreng.
Posted by zaliana at 10:46 AM 2 comments
Labels: Nasi
Posted by zaliana at 10:22 AM 9 comments
Labels: Biskut, Sulaman Riben
Posted by zaliana at 10:04 AM 0 comments
Labels: Gift
Lauk semalam ni, resipi dari Majalah Rasa, edisi Enaknya Makanan Laut...Waktu snap gambar..sungguhla mengelodak tali perut! Memang dendam terlerailah bila masa berbuka tu!! hehe ...Takyah renung lama-lamalah time posa ni..tengok resipinya je, ya!!!
Bahan-bahan
2 ekor ketam
20 gram lada hitam-ditumbuk hingga lumat
3 ulas bawang putih-dikisar
4 biji bawang merah-dikisar
2 cm halia-dikisar
2 sudu makan sos tiram
20 gm batang daun ketumbar-dicincang
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya:
1.Rebus ketam seketika (tak rebus pun-masak terus)
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga kekuningan
3.Masukkan lada hitam dan sedikit air.Biarkan mendidih.
4.Tuangkan sedikit sos tiram.Gaulkan rata.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6.Masukkan ketam dan gaul rata.
7.ANgkat dan taburkan dengan batang daun ketumbar.
Posted by zaliana at 10:41 AM 4 comments
Labels: Masakan Thai
Kad raya dari Mizan..baru je dia mai hantar tadi..terimakasih! terima kasih!! kad aje ke Mizan..kuih raya ngan duit rayanyer mane??
Ohh..kalau nak kuih raya..kena datang rumah Mizan! ok lah..oklah!! hehehe
Posted by zaliana at 10:36 AM 0 comments
Labels: Gift
Posted by zaliana at 10:20 AM 3 comments
Labels: Dessert
Tak tahulah kenapa tetiba aje nak makan kacang kuda rebus. Tak buat kuih lain lah semalam, cuma goreng karipap frozen dan rebus kacang kuda. Mula-mula rendam kacang tu sampai kembang, lepas tu rebus dalam api perlahan.Bila dah empuk,tambah garam dan sedikit gula. Tiba waktu berbuka..dah boleh makan....
Posted by zaliana at 12:04 PM 4 comments
Labels: Kudapan
Posted by zaliana at 11:30 AM 1 comments
Labels: Makanan Laut
Posted by zaliana at 1:07 AM 4 comments
Labels: Kuih
Posted by zaliana at 11:40 PM 0 comments
Labels: Pasta
Posted by zaliana at 11:21 PM 4 comments
Labels: Makanan Laut, Tips
Kuih tepung bungkus ni..terhasil selepas dapat talian hayat dari ibunda :D. Berbanyak-banyak terima kasih atas tunjuk ajar! Sememangnya, bulan puasa adalah masa terbaik untuk belajar masak kuih tradisi ( kenyataan ni terpakai untuk saya) sebab pada masa ni lah teringat nak makan macam-macam kuih lama. Mari membungkus tepung...
Bahan-bahan
Untuk 12 biji tepung bungkus
Kepala santan
Daun pisang secukupnya-dibersihkan dan layur di atas api seketika
1 biji kelapa parut
1 cawan tepung beras
sedikit garam
-perah kelapa parut, dapatkan 3 cawan santan. Jika menggunakan santan segar, campurkan 2 cawan santan segar + 1 cawan air
-campurkan santan dengan tepung beras dan garam,kacau sebati dan masak sehingga pekat di atas api.
Doh tepung pulut
-1 cawan tepung pulut
-air secukupnya
-Uli tepung pulut dengan air.Tambahkan air sedikit demi seidkit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada bekas.
Inti
2 cawan kelapa parut -putih
1 keping gula melaka
1 sudu besar tepung pulut
sedikit air
-Masak gula melaka dengan air sehingga gula melaka hancur
-Kemudian masukkan kelapa parut, kacau hingga ia masak dan boleh dijemput.Masukkan tepung pulut dan kacau seketika.Setelah ia mesra, bolehlah ditutup api.Pastikan intinya sejuk dahulu sebelum dibalut dengan bahagian doh tepung pulut agar tidak mudah terburai.
-Bulat-bulatkan inti,kemudian balut inti dengan doh tepung pulut seperti cara membuat buah melaka.
Cara-cara membungkus
1.Potong daun pisang, letakkan 2 sudu besar kepala santan
2.Letakkan 2 biji inti inti, kemudian letakkan sedikit lagi kepala santan ke atasnya.
3.Kemudian bungkus daun pisang dengan rapi,lipatkan pada kedua-dua hujungnya.
Ulang sehingga habis adunan.
4.Didihkan air dalam pengukus sehingga mendidih,kemudian kukus kuih selama kira-kira 15 minit.
Sejukkan sebelum dihidangkan.
Posted by zaliana at 10:30 AM 5 comments
Labels: Kuih
Posted by zaliana at 11:23 AM 0 comments
Labels: Sayur
Posted by zaliana at 11:03 AM 0 comments
Posted by zaliana at 1:23 PM 6 comments
Labels: Dessert
Resipi daging blackpepper yang sedap dari Kak Nor. Tapi tak berapa hitam macam yang Kak Nor buat pulak. Tak sama brand kicapnya kot. Jemput singgah rumah Kak Nor untuk salin resipi ya! http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2009/08/daging-blackpeper.html Untuk Kak Nor, terima kasih!
Posted by zaliana at 1:16 PM 0 comments
Labels: Daging
Hari ini, 28 Ogos 2009..merupakan hari lahir Faris yang ke 5.Kebetulan, hari ini 7 Ramadhan..Aisha lahir pada 7 Ramadhan 1429H bersamaan 7 September 2008. Jadi,genaplah usia setahun Aisha dalam kalendar hijrah.
Mama syukur atas kurniaan kedua-dua permata hati ini. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, diberkati sepanjang kehidupan.Mama juga berdoa agar dapat memberikan pendidikan yang baik pada kalian berdua, dipanjangkan umur agar dapat melihat kalian membesar di depan mata mama.
Foto 27 Ogos 2009, Masjid Nilai.
Posted by zaliana at 11:53 AM 11 comments
Labels: Family
Posted by zaliana at 11:17 AM 3 comments
Labels: Nasi
Tart Nenas Gebu, resipi dari Princessharyati. Resipi asalnya disini http://princessharyati.blogspot.com/2007/11/tart-nenas-gebu.html. khabarnya ni secret recipe bonda Yatt.Tat ni sangat sedap dan gebu.Rasanya tambah istimewa bila menggunakan butter SCS.
Tat ni edisi khas untuk adik tersayang,yang berangkat ke India pada 25 Ogos yang lepas untuk pengajian perubatan di sana.( Semoga berjaya mencapai cita-cita, kami doakan kejayaanmu, dik) . Kemungkinan besar dia tak kan jumpa tart begini di sana, jadi kuih ni buat sebagai bekal.
Saya mencuba resipi tat dari Princessharyati dan Jassdeep, dan mendapati kedua-dua resipi ni menghaslkan tat yang gebu dan sedap, dengan rasa yang hampir sama. Semua yang merasa kata sedap, dan
Posted by zaliana at 11:56 AM 3 comments