Boston Banoffee Pie
Bahan-bahan
Filling
115 gm butter, didadu
200 gm susu pekat
115 gm soft brown sugar
2 tbsp golden (light corn) syrup
Pisang slice secukup rasa
Perahan jus lemon
Hiasan
Whipped Cream
Grated chocolate
Pastri
150 gm / 1 1/4 cawan tepung serbaguna
115 gm butter, didadu
50 gm / 1/4 gula castor
Cara Membuat pastri
- Panaskan oven kepada suhu 160C.
- Kisar campuran tepung dan butter dengan menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk kasar. Kalau tiada gunakan tangan sahaja atau garpu, tekan/gentel butter dgn tepung.
- Campurkan gula dan uli sehingga menjadi doh. Dohnya lembut dan sedikit rapuh.
- Tekan dengan tangan doh tersebut ke dalam loyang quiche yang basenya boleh tanggal tu.
- Bakar selama 30 minit.
Cara Membuat filling
- Masukkan butter, susu pekat, brown sugar dan syrup ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga menteganya dan gulanya cair.
- Kemudian besarkan sikit api supaya campuran ini boleh menggelegak (gelegak sikit je ye). Kacau campuran selalu. Masak ia sehingga campuran ini pekat dan bewarna perang muda seperti warna caramel.
Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk. (saya piping sikit saja, sebab tak nak manis sgt..jadinya ada banyak lebihan filling)
Setelah sejuk, susunkan pisang slice di atas filling tadi. (fillingnya memang tak akan keras, ia mcm filling blueberry tart tu jugak. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh jadi agak liat.) Tinggalkan gap kosong di tengah2. (saya deco lain sikit)
Sprinkle jus lemon atas banana slice. (Saya skip part ni.)
Pipekan whipped cream di tengah2 pie yang dibiarkan kosong tadi.
Taburkan grated chocolate atas whipped cream.
Siap untuk dimakan. Selamat mencuba.
6 comments:
saya nak gi jugok rumah kak za....nok make sedap2...tapi tak moh nasi buleh???
wah, sedapnyeer. Kita tak de pulak pi umah sedara, atau adik-beradik, diorang hidang roti buat atau benda ala grand ni. Err,kita bukan sedara ke? he he he
Salam Za, apa khabar..tu dia lama menyepi..sekali keluar..sungguh mengancam tekak akak..aah kalu akak makan pun selalu rasa bersalah dtg kemudian..hehe..dah hadam bru nak nyesal..hahaa...Baby sihat Za? Peluk cium tuk baby tu yaa..Lama x tengok pict baby..hehe
kak za, akk guna pisang apa ni ek?
n pisang ape sesuai untuk pie mcm ni?
sedap kan banoffee pie nih.. sy buat sekali ajer..lame dah xbuat..ihihhh
waduhhh...terkesima sungguh tengok pie yang mengancam ni..za, mabeles la!
bercerita tentang makan : takkan ada istilah menyesal dalam hidup ku..kuhkuh...
Post a Comment