Saturday, October 31, 2009

Boston Banoffee Pie

Salam untuk semua!!!!

2 biji pai ni dibuat semalam untuk meraikan bonda dan adik-adik. Saya terima komplen dari adik-adik..katanya..dalam blog nampak menu yang sedap-sedap..tapi bila datang rumah...saya asyik buat roti saja!!! muahahaaa..mungkin roti tu masuk kategori not so special..tapi saya memang suke roti..tidakkah roti yang panas-panas dari oven tu rasanya sungguh special? ok, jadi untuk tidak menghampakan mereka kali ni, saya buatkan banoffe pie ni..harap semua berpuashati.

Resipi asal dari Pastry Cook oleh Catehrine Atkinson ini dikongsi oleh Jeni di Resipi.Net .Resipi asal di http://www.resipi.net/cookbook/question.php?ID=875. Pai ni sangatlah sedap..kombinasi toffee, pisang dan krim dalam pai tu memanglah mengasyikkan...pagi tadi saya habiskan 1/2 bahagian pai tanpa rasa bersalah dan terasa macam nak makan lagi...hihihihih

Bahan-bahan

Filling
115 gm butter, didadu
200 gm susu pekat
115 gm soft brown sugar
2 tbsp golden (light corn) syrup
Pisang slice secukup rasa
Perahan jus lemon

Hiasan
Whipped Cream
Grated chocolate

Pastri
150 gm / 1 1/4 cawan tepung serbaguna
115 gm butter, didadu
50 gm / 1/4 gula castor



Cara Membuat pastri

  1. Panaskan oven kepada suhu 160C.
  2. Kisar campuran tepung dan butter dengan menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk kasar. Kalau tiada gunakan tangan sahaja atau garpu, tekan/gentel butter dgn tepung.
  3. Campurkan gula dan uli sehingga menjadi doh. Dohnya lembut dan sedikit rapuh.
  4. Tekan dengan tangan doh tersebut ke dalam loyang quiche yang basenya boleh tanggal tu.
  5. Bakar selama 30 minit.

Cara Membuat filling

  1. Masukkan butter, susu pekat, brown sugar dan syrup ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga menteganya dan gulanya cair.
  2. Kemudian besarkan sikit api supaya campuran ini boleh menggelegak (gelegak sikit je ye). Kacau campuran selalu. Masak ia sehingga campuran ini pekat dan bewarna perang muda seperti warna caramel.

Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk. (saya piping sikit saja, sebab tak nak manis sgt..jadinya ada banyak lebihan filling)

Setelah sejuk, susunkan pisang slice di atas filling tadi. (fillingnya memang tak akan keras, ia mcm filling blueberry tart tu jugak. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh jadi agak liat.) Tinggalkan gap kosong di tengah2. (saya deco lain sikit)

Sprinkle jus lemon atas banana slice. (Saya skip part ni.)

Pipekan whipped cream di tengah2 pie yang dibiarkan kosong tadi.

Taburkan grated chocolate atas whipped cream.

Siap untuk dimakan. Selamat mencuba.

Tuesday, October 6, 2009

Almond Cookies



Salam Syawal

Sudah lebih seminggu mood memasak menghilang...bukan setakat dapur siber tak berasap, malah dapur alam nyata juga suram..sudah2 lah tu demam M..demam jenis ni tak akan kebah melainkan empunya badan yang mahu berubah, kan..?

Dalam minggu lepas, Faza(my sis) beri sebekas kuih raya, almond cookies .Ia dibaluti almond flakes dan ada sedikit calitan warna hijau dan coklat di atasnya. Sedap pula rasa biskut tu. Hampir sebekas tu saya habiskan! Rasa-rasanya boleh agak bahan nak buat ni .Tambahan pula bahan kuih banyak yang belum terusik, masa beli konon nak buat macam-macam..akhir sekali seciput aje kuih raya yang siap!! Jadi petang tadi dapatlah mengadun sambil menyukat bahan. Dengan sedikit bantuan (atau lebih tepatnya gangguan teknikal dari pembantu kecil) terhasillah biskut almond cookies ni. Suka nak tulis disini,rasa dia dah lebih kurang macam yang my sis beri tu ( hehe ditimpa perasaan lah tu :P) Untuk Faza, harap sangat kalau dia boleh rasa biskut ni.

Ok, sebelum terlupa , bahan seperti berikut:

Almond Cookies
Menghasilkan lebih kurang 50 biji

Doh
120 gram tepung rose
50 gram tepung jagung
100 gram mentega
50 gram gula halus
1 biji kuning telur (saiz A)
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
20 gram serbuk badam
100 gram kepingan badam (almond flakes)


Adunan untuk hiasan
1 biji putih telur(ambil dari lebihan telur untuk adunan di atas)
70 gram gula aising
20 gram tepung gandum
Pewarna / perasa untuk 3 adunan warna:
1/2 sudu besar coffee emulco
1/2 sudu besar pandan emulco
sedikit pewarna merah + esen ros


Cara -cara
1.Gaulkan tepung rose,tepung jagung dan serbuk penaik dan ayak. Ketepikan dahulu.Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.Kemudian masukkan telur dna kacau rata.
2.Masukkan esen vanilla, campuran tepung serta serbuk badam. Uli sehingga ia menjadi doh.Keperluan tepung mungkin sedikit berbeza jika menggunakan tepung gandum biasa.
3. Ambil sedikit doh, buat bentuk bulat.(Bentuknya tak perlu terlalu sempurna). Golekkan doh ke atas kepingan badam.Boleh tambahkan sedikit mentega ke dalam doh agar ia menjadi lebih lembut dan lebih banyak kepingan badam boleh melekat pada doh.
4. Letakkan ke atas dulang pembakar yang telah di gris dengan sedikit mentega.Buat sehingga adunan habis.
5. Letakkan adunan hiasan ke atasnya.
6. Kemudian bolehlah di bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah.

Untuk hiasan atasnya
1.Pukul telur putih sehingga gebu dan kembang.
2.Masukkan gula aising dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bekas.Kemudian masukkan coffe emulco, pandan emulco dan pewarna merah dan esen ros setiap bekas. Kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam piping bag. Kemudian bolehlah dihias di atas adunan tadi.

Friday, October 2, 2009

Nasi Goreng Serunding


Salam syawal

Sajian express bila terasa lapar dan kurang mood nak memasak :D

Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
4 ulas bawang putih-ketuk
2 biji cili padi-ketuk
segenggam ikan bilis /udang kering /isi ayam
serunding daging/ayam/ikan secukupnya
4 batang kacang panjang-dihiris
minyak untuk menumis
bahan untuk menghidang
-keropok goreng
-bawang goreng

Cara-cara
-panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi.
-masukkan ikan bilis atau lauk pilihan anda, kacau sehingga masak.
-masukkan nasi putih dan kacau rata.
-kemudian masukkan serunding dan perasakan dengan garam.
-masukkan kacang panjang
-sedia dihidangkan panas-panas dengan keropok goreng dan bawang goreng.