Wednesday, July 30, 2008

Nasi Beriani Goreng

Assalamualaikum semua.Lama rasanya tak dapt singgah rumah kawan-kawan.Hari ni masak nasi goreng beriani, edisi kedua. Edisi pertama ,buat minggu lepas guna serbuk perencah segera nasi goreng beriani.Tapi tak puas hati sebab tak de rasa nasi beriani pun? (Kepada tuan punya company yang jual perencah tu jangan marah dengan komen benar tapi ikhas ni ) :D Jadi pagi-pagi ni bangun buat versi sendiri pula. Yang ni ada la juga rasa nasi beriani sebab pakai beras basmathi dan letak rempah beriani. Beras basmathi mahal betul sejak harga beras naik ni, RM 9.80 sekilo.Dulu dalam RM 5.50 je.



Untuk 4 orang makan
Bahan-bahan

2 pot beras basmathi
2 1/2 pot air
4 ketul ayam
4 sudu besar rempah beriani
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
1 bunga lawang
2 sudu besar tomato puri
2 sudu teh air mawar
1/2 kiub ayam
segenggam kismis
sedikit gajus- digoreng
sedikit kacang pis

1)Basuh bersih beras,kemudian masak dengan air.Sejukkan nasi. Jika ikut petua chef nasi seeloknya dibiarkan sejuk selama 8 jam sebelum dibuat nasi goreng. Tapi yang ni masak nasi express,nasi masak sejukkan 1/2 jam aje . Jadi nasinya tak nampak cantik macam beras basmathi yang sepatutnya.
2)Panaskan minyak dengan sedikit minyak sapi. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang.Bila sudah berbau wangi,masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga garing.
3) Masukkan rempah beriani dan kacau cepat-cepat.Bila rempah naik bau,masukkan sedikit air.Masukkan ayam,sedikit garam ,kiub ayam,tomato puri,kismis dan air mawar.Kacau dan tutup kuali.Biarkan hingga rempah naik minyak dan ayam empuk.
4) Keluarkan ayam dan letakkan didalam pinggan. (Yang ni supaya ayam tu nampak effect berkuah ala-ala lauk beriani tu) .Kemudian masukkan nasi ke dalam kuali dan kacau hingga rata. Masukkan kacang pis.Seimbangkan rasa garamnya.
5) Untuk menghidang letakkan seketul ayam,taburkan gajus dan daun sup. Sedia dimakan.

Saturday, July 26, 2008

Pau Kari Ayam



Bahan-bahan
Untuk kulit pau
250 gram tepung pau
120 ml air
40 gram gula halus
1 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh double acting baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar shortening

Untuk inti kari ayam
100 gram ayam cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji kentang saiz sederhana-potong kiub
3 sudu besar serbuk kari ayam
Garam secukup rasa


Cara-cara
Untuk bread maker: masukkan semua bahan diatas, biarkan hingga doh siap.
Untuk uli dengan tangan, gaul rata semua bahan.Uli sehingga tidak melekat pada tepi mangkuk .Tutup dengan kain dan biarkan sehingga doh naik dua kali ganda.
Setelah naik dua kali ganda, uli seketika dan bahagikan kepada 9 bahagian.
Masukkan inti.letakkan dia atas butter paper.
Rehatkan doh seketika, dan didihkan air kukusan.Kemudian kukus pau hingga masak.

Untuk inti :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan separuh dari bawang besar.
Masukkan rempah kari,diikuti daging kisar.Kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga masak.Masukkan garam secukup rasa.

Sunday, July 13, 2008

Durian Hazelnut Muffin


Bau muffin ni mengancam betul..semerbak baunya.. kepada yang lalu-layang kat luar tu pasti tertanya-tanya..ada orang kacau lempuk ke? Rasanyapun sedap, dan lembut. Untuk resipi bolehla lihat di myresipi, resipi oleh Che Mat Gebu . Terima kasih Mat Gebu. Kepada yang ada buah durian kat rumah tu bolehlah korbankan dua-tiga ulas durian untuk buat muffin ni.. Oh ya susu segar telah ditukar kepada whipping cream,sebab tu aje pengganti terdekat yang ada .Lagipun saya perasan kek atau muffin yang letak whipping cream memang rasanya sedap dan lemak.

Award

OO yeah dengan sukacitanya menerima hadiah dari Sweet Lily...I'm a daily blogger? hehe rasanya tak berapa nak sesuai lah..kalau anugerah weekly atau monthyy blogger boleh la kot..sebabnya tuanrumah ni tak berapa aktif berblog..kalau nak sesuaikan dengan tajuk award tu kenalah rajin update blog dengan menu harian yang tak seberapa tu!! apa-apapun terima kasih ya kepada Sweetlily yang sudi memanjangkan award ni kepada saya ... :D


Award ni nak dipanjangkan kepada Kak Ummi , yang sememangnya rajin memasak dan tiap2 hari blognya berbau masakan yang sedap-sedap!!

Lepas tu dengan malu-malu kucingnya pergi rumah Kak Ummi pulak, ambil Yum yum award ni..terima kasih!!! Semacam tak layak aje nak terima.


Denagn sukahatinya award ni diserahkan pula kepada:
1) Sweetlily
2) Dayang
3) Lydia

Sila datang ambil ya kawan-kawan :D

Pulut Durian


Jemput makan pulut durian semua ....bahan-bahannya mudah aje kan..pulut yang ditanak,santan pekat beserta sedikit garam,gula dan yang penting sekali buah durian *_*

Khas untuk Inaz, cara utk masak pulut.
(Sebenarnya Za pun bukan lah pandai sangat tapi lebih kurang macam ni lah ya)

-basuh beras pulut hingga bersih.Masukkan air. Air ni letak sikit sahaja. Orang tua selalu agak-agak aje kan. Untuk Pulut durian di atas za masak 3 pot beras pulut bersama 2 1/2 cawan air.(ni sebab za memang suka pulut /nasi yang lembik sikit) mungkin kalau letak 2 pot air pun dah ok. Guna pot/cawan yang sama utk pulut dan air
-masak pulut dengan api yang kecil.kalau api besar nanti berkerak -kerak pula pulut kita. Tutup periuk dan biarkan ia masak.Selalunya kalau dah berbau wangi pulut tu masaklah.
-kalau rasa tak yakin lebih senang masak pulut dalam periuk nasi.Memang gerenti takde kerak :D.

Monday, July 7, 2008

Kerutuk Daging



Sesuatu yang pelik berlaku- i never like this dish before.Tapi kali ni teringinlah pulak nak makan si kerutuk daging ni. Rempah kerutuk pun tak pernah wujud kat rumah ni *__^. Terima kasih untuk adik yang tolong belikan dari kampung. Tak lupa jugak untuk bonda yang kirimkan sekali lengkuas,serai dan kerisik.Dan untuk resipi, terima kasih kepada Mak Yong . Tapi ada tambah kentang, lengkuas dan sedikit serai sepertimana yang tengok bonda selalu buat. :D

Wednesday, July 2, 2008

Perca Pastri Berkeju



Menu untuk sarapan pagi ini-Perca Pastri Berkeju. Ada lebihan pastri dari Portugese Egg Tart yang disimpan sekian lama.Sayang nak buang begitu saja. Umpama perca kain, ia kurang berguna tapi masih lagi mempunyai nilai wang (dalam keadaan semua barang naik ni kena pandai jimat sikit kan ).Lebihan pastri ini diubahsuai menjadi satu resipi yang mudah.

Kuantiti: Dapat 12 biji
bahan-bahan

Pastri
Tuna spread
Keju mozarella
Cili merah/daun sup sebagai hiasan

Cara-cara
Tekankan pastri ke dalam bekas muffin bersaiz kecil.
Sudukan tuna spread.Kemudian taburkan sedikit keju mozarella ke atasnya.Letakkan cili merah dan daun sup .
Bakar dalam oven selama 15-20 minit.

Tuesday, July 1, 2008

Menanti Kasih

Sedap betul rasa kek ni. Kek Menanti Kasih ni order dari pakar kek lapis , Dayang, bukan buat sendiri ye :D
Terima kasih ya Dayang..bagi sesiapa yang nak order boleh contact dayangkek.blogspot.com