Ayam Masak Kurma
Hubby suka sangat kalau masak kurma ni.Tepek resipi kat sini sebagai panduan.Kot2 dah tua nanti lupa pulak kan...Rempah kurma yang sedap ialah dari jenama Rempah Utara.Sedap sebab yang ini tak ditambah tepung macam kebanyakan serbuk rempah lain di pasaran. Tapi kalau rempah Adabi pun sedap jugak.
Bahan-bahan
400 gram ayam (ikut kesesuaian)
3 sudu besar rempah kurma
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan santan pekat
2 biji kentang potong 4
1 biji tomato potong 4
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula
Cara-cara
1) Tumis kulit kayu manis,halia,bunga cengkih.masukkan bawang putih dan bawang merah.Tumis sampai naik bau.
2) Masukkan rempah kurma.Kacau cepat-cepat.Kemudian masukkan sedikit air dan garam. Masukkan ayam.(Proses ni org kelantan panggil "mati awah").Tutup periuk.Biarkan sampai isi ayam masak.
3) Tambahkan santan dan kentang.Kemudian masukkan kentang.Biarkan hingga masak.Imbangkan rasa garam dan gula.Sedia untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment