Monday, March 29, 2010

Savoury Oats Porridge



Mari cuba resipi bubur beroat dari laman quaker oat. Resipi saya copy & paste dari sana. Sejak encik suami mula makan secara sihat ni..sunyi sikit dapur tu! (ni bermakna saya ada banyak masa dengan jarum,reben dan benang..) Mana taknya..sarapan..makan malam dgn quaker oat. Untuk tengah hari saya banyak masak bakar, dan renih saja.Semua yang kurang kolesterol, banyak pakai olive oil..yer..makanan sihat..paham2 ajelah.Sehingga pada suatu tengah hari tu..dia nak makan quaker oat jugak!! ooo kesian kat perut makcik ...tu yang godek cari resipi dari quaker oat dan jumpalah bubur ni. Bubur macam ni, tak terasa sangat makan oat..lebih kurang bubur biasa aje..mari cuba


Garnishing:

  • Spring onions
  • Fried onions
  • Chillies, sliced

Ingredients :

  • 1 cup/90g Quaker Quickcook Oatmeal
  • 100g of chicken fillet, sliced
  • ½ tsp sesame oil (optional)
  • 1 tsp light soy sauce
  • Pinch of white pepper
  • ½ cup (100g) rice, washed and soaked for 30 minutes
  • 1 litre water
  • 1 tbsp cooking oil Ginger, shredded
  • 2 dried mushrooms, soaked, washed and sliced
  • 1 small carrot, diced

Method :

  1. Season chicken with sesame oil, light soy sauce and pepper. Set aside.
  2. Heat oil in saucepan. Add ginger, dried mushrooms and chicken. Cook, stirring, for 2-3 minutes.
  3. Add rice, water, Quaker Quickcook Oatmeal and carrots.
  4. Cook about 30 minutes until porridge is soft and creamy. If too thick and dry, adjust consistency with additional hot water. Season to taste with salt and pepper.
  5. Serve in individual bowls with a dash of sesame oil and light soy sauce. Garnish with spring onions, fried shallots and chillies.


nak share apa yang kami dapat di pesta buku antarabangsa minggu lepas...

ini yang dicari cari


yang ni encik suami beli..haaa sungguh tak disangka-sangka

Award pulak


Bak kata Nina..lama tak naik pentas ambik award...betul2...dan hari ni nak gantung award Top Blogger 2010, dari Nina Sweetlily's Kithen ..tauke kek berjaya..terima kasih Nina...nak pass kat sapa pulak ni yer...kita lihat pemenang2nya :

kita berhenti seketika..bagi memberi laluan kepada pesanan penaja (hehehehhe)

Cream Cheese Chiffon Cake



Salam semua!
Kek yang buat lama dah ni...adala dalam 3 minggu lepas (tu dia betapa lama saya tak update blog, kan) Kek ni..rasa cheese 'yang slow slow'...sedap bagi saya..sebiji kek ni kecik aje...rasanya 1/2 daripadanya masuk mulut saya..hehehe. Terima kasih pada cikwan untuk resipi ni..



Bahan A
  • 90ml susu segar
  • 60gm cream cheese (saya letak 100 gram)
  • 40gm butter
  • 120gm tepong kek (diayak)
  • 5 biji telor kuning (saya pakai 4 biji telur saiz A)
  • 100gm gula kaster
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh ovellete (optional)

Bahan B:-

  • 5 biji putih telor
  • 1/2 suduteh cream of tartar

Cara-Cara:-

  1. Cairkan butter, campor susu dan cream cheese dan suamkan secara double boiler.
  2. Angkat masukkan gula sedikit2 dan pukul dengan mixer hingga gebu.
  3. Masukkan kuning telor satu demi satu dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovellete dan garam kemudian masukkan tepong, pukul sebati dan ketepikan.
  5. Didalam mangkuk lain pukul bahan B hingga kembang dan gebu (soft peak form/ terbalikkan mangkuk telor x jatuh).
  6. Masukkan ke dalam adunan tepong dan kaup balik kan hingga adunan sebati.
  7. Tuangkan ke dalam loyang chiffon.
  8. Bakar pada suhu 150'c selama 45-50 minit mengikut oven masing2. Setelah masak angkat dan sejukkan diredai. Keluarkan kek apabila telah sejuk.

Friday, March 5, 2010

Creamy Potato Croquettes



Potato Croquette yang sedap, jadi bekal Faris ke sekolah hari ni...memang benar bagai disangka, dia akan suka..entah2 kena buat lagi esok lusa...mari semak resipi ni di myresipi..terima kasih Yani, untuk resipi ini..

Semalam saya buat triple adunan dari resipi asal. Untuk breadcrumb..mula-mula saya buat breadcrumb sendiri..hasilnya tak nampak crumble lah..dan ia macam lembik kat luar..saya celup pulak dalam tepung kfc..haa..hasilnya macam kat bawah.ala-ala bergedil pulak kan.Tapi masih tak puas hati lagi lah.Saya rasa kalau pakai ready made breadcrumb mesti jadi lebih crunchy dan nampak cantik mcm Yani buat.Saya pergi beli Serbuk Roti Rangup Jepun brand Nona...haaaaaaa...barulah saya puas hati jadik macam gambar kat atas tu..sapa yang nak cuba bolehla semak resipi di sana ya..sila..sila


Potato Croquette salut tepung kfc

Thursday, March 4, 2010

Sup Ayam & Pasta Abjad



Ia cuma sup ayam dengan pasta..menu biasa saja..tapi kali ni agak istimewa bagi saya..menggamit memori di zaman kanak-kanak..hanya kerana pasta berbentuk ABC ni...dulu..kecik2..ma bonda buat sup ayam makan dengan pasta ABC ni lah. Bila dah jadi ibu, saya cari alphabet shape pasta ni kat hypermarket.Tapi tak jumpa-jumpa..Cuma baru-baru ni saya jumpa. Ia bukan dok satu rak dengan makaroni..spagetti...lasagna sheet ..semua tu..tapi kat rak makanan bayi! Bagi budak-budak yang sedang belajar mengeja tentu suka ni. Cuma masa makan jadi lebih panjang sebab anak saya sibuk dok cari huruf nak membentuk perkataan!