Showing posts with label Menu Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Menu Kanak-kanak. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Creamy Potato Croquettes



Potato Croquette yang sedap, jadi bekal Faris ke sekolah hari ni...memang benar bagai disangka, dia akan suka..entah2 kena buat lagi esok lusa...mari semak resipi ni di myresipi..terima kasih Yani, untuk resipi ini..

Semalam saya buat triple adunan dari resipi asal. Untuk breadcrumb..mula-mula saya buat breadcrumb sendiri..hasilnya tak nampak crumble lah..dan ia macam lembik kat luar..saya celup pulak dalam tepung kfc..haa..hasilnya macam kat bawah.ala-ala bergedil pulak kan.Tapi masih tak puas hati lagi lah.Saya rasa kalau pakai ready made breadcrumb mesti jadi lebih crunchy dan nampak cantik mcm Yani buat.Saya pergi beli Serbuk Roti Rangup Jepun brand Nona...haaaaaaa...barulah saya puas hati jadik macam gambar kat atas tu..sapa yang nak cuba bolehla semak resipi di sana ya..sila..sila


Potato Croquette salut tepung kfc

Thursday, March 4, 2010

Sup Ayam & Pasta Abjad



Ia cuma sup ayam dengan pasta..menu biasa saja..tapi kali ni agak istimewa bagi saya..menggamit memori di zaman kanak-kanak..hanya kerana pasta berbentuk ABC ni...dulu..kecik2..ma bonda buat sup ayam makan dengan pasta ABC ni lah. Bila dah jadi ibu, saya cari alphabet shape pasta ni kat hypermarket.Tapi tak jumpa-jumpa..Cuma baru-baru ni saya jumpa. Ia bukan dok satu rak dengan makaroni..spagetti...lasagna sheet ..semua tu..tapi kat rak makanan bayi! Bagi budak-budak yang sedang belajar mengeja tentu suka ni. Cuma masa makan jadi lebih panjang sebab anak saya sibuk dok cari huruf nak membentuk perkataan!