Monday, February 23, 2009

Kek Mentega Keju



Salam semua!!

Kek mentega keju, resipi asal dari Chef Norzailina Nordin.Resipi ini telah dikongsi oleh Chetam di Resipi.Net. Terima kasih ya Cheaf Norzailina! Sedap kek keju ni, suka sebab rasa cheesenya yang sederhana, takde lah rasa macam terlalu berlemak sangat. Kek ini khas kepada adik bongsu untuk dikongsi bersama rakan kolejnya.

1 adunan kek ini dibakar dalam mangkuk cupcake dan dapatlah 23 biji. Ada lebihan dari cream cheese,jadi habsikan untuk buat frosting nya pula. Dah lepas letak frosting nampak 'sayu' aje cupcake tu. Hmm..ok, letak parutan coklat masakan sikit supaya nampak meriah.

Kek Mentega Keju
Sumber:Kuali bersama Norzailina Nordin (Akhbar KOSMO, Jumaat 4 Jan 2008)


170 gm mentega
125 gm krimkeju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna ]
1 1/2 camca teh serbuk penaik]di ayak
2 camca teh vanila
5 biji telur putih
1/8 camca teh krim tartar

Cara

1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur. Putar hingga sebati.
4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan krim tartar, pukul lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan yang mula-mula tadi.
7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
8. Ratakan adunanke dalam tin empat segi 22 sm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
9. Bakar pada 170C selama 1 jam atau hingga masak.
10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.


Untuk cream cheese frostingnya pula:
125 gram cream cheese
100 ml whip cream
gula aising- letak sikit sahaja,jangan manis sangat
-cara: pukul cream cheese dan whipping cream hingga sebati. Masukkan gula aising ikut kemanisan disukai dan pukul lagi sehingga sekata. Bolehlah disudukan ke atas cupcake tadi.Hiaskan ikut suka.

Award dari Leen

Dengan berbesar hatinya ambil award dari Leen . Terima kasih banyak-banyak yea!! Leen, macma tak layak aje rasanya ni! Sebab rumah tak superb pon! Tunggang langang ala-ala kapal titanic :D Tapi takpe, ni boleh dijadikan pendorong supaya satu hari nanti rumahku superb dan cantik berhias macam rumah orang lain!

Ok, dengan berbesar hatinya nak passkan award ni keapda:
1.Princessharyati: waaah atap rumah dia memang real bersalut salji ala-ala macam cerita time krismas tu
2. Ein: jemput ambik award ni ya Ein..dah pernah dtg rumah dia ni
3.Waheedeana: rumah dia ni superb sebab penuh dengan pokok orkid

Thursday, February 19, 2009

Cream de parisienne


Salam semua!
Rasa macam lama tak berblogging.Kita mulakan dengan pantun 2 kerat dulu ye :D
Sarang tempua diatas peti
Jom semua,kita makan roti

Resipi roti yang sedap dari Noreen @ my home cooking blog. Silalah jenguk ke sana lihat langkah demi langkah menyediakan roti ini. Terima kasih Noreen, resipi letak disini ya :D

Bahan-bahan (8 biji):

250gm tepung roti
3.5gm (1 1/8 camt) instant yeast
50gm gula kastor
2.5gm (1/2 camt) garam
7.5gm tepung susu
25gm unsalted butter
25gm (1/2 biji) telur
130ml air

1/2 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas roti
almond flakes - untuk taburan atas roti

filling (ikut suka):
inti kastard
inti kacang merah
tuna
sardin
mixed fruits
raisins

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting dough. tunggu sehingga siap dalam 1 jam 30 min
2. kemudian keluarkan doh dari BM dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin
3. potong doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan bulat. biarkan doh rehat selama 25 min
4. kemudian canaikan setiap satu doh (seperti di dalam gambar A) 10cm x 14cm
5. letakkan inti ke atas doh dan potong (seperti di dalam gambar B) dan gulungkan (seperti di dalam gambar C & D)
6. buat sehingga habis dan susunkan ke atas baking tray yang telah digris. biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 - 1 jam
7. sapukan telur ke atas roti dan taburkan dengan almond flakes
8. bakar pada suhu 190 - 200C selama 15-20 min atau sehingga keperangan

Saturday, February 14, 2009

Popiah Bermadu



Salam untuk semua

Plan hari ni nak buat Popiah macam yang Ien buat tu..tapi lain pulak jadinya.Kulit popiah bakar ni sesuai untuk dijadikan snek. Sesuai sebagai alternatif kepada makanan ringan yang penuh dengan MSG tu. Ia cepat disediakan, cepat juga habis. Sebelum ni pernah buat begini, tapi lipat macam kipas. Memang nampak cantik tapi bahagian yang berlipat tu jadi kurang rangup. Versi yang tak lipat ni lebih senang dan sekata masaknya.

Bahan-bahan
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan butter
  • kulit popiah secukupnya
  • bijan hitam dan bijan putih
Cara-cara
  • Gunting kulit popiah kepada 4 bahagian.Boleh pelbagaikan cara menggunting ikut kreativiti.
  • Sapukan dulang pembakar dengan butter.
  • Kemudian sapukan butter ke atas permukaan kulit popiah tadi.
  • Sapukan pula madu ke atasnya
  • Taburkan bijan hitam dan bijan putih.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, pada suhu 160 darjah selama 5 minit. Suhu dan masa membakar mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.Perhatikan supaya jangan lama-lama sangat, nanti hangit.
  • Setelah kekuningan,keluarkan dan sejukkan.Ia akan nampak nampak macam lemau pada mulanya dan akan rangup bila sudah sejuk.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
-warna kulit popiah mungkin berbeza-beza tonanya berdasarkan kadar sapuan madu, dan tempoh membakar.

Ambon II


Salam...
Apam Ambon lagi, tapi kali ini versi yang lebih lembut berbanding sebelumnya

Bahan-bahan
· 4 biji telur
· 100 gram tepung halus
· 2 sudu teh baking powder
· 110 gram gula halus
· 2 sudu the ovallette
· 40 ml susu segar
· 40 ml minyak masak
· 2 sudu teh esen ros
· sedikit pewarna merah

Cara-cara
1. Panaskan pengukus.
2. Pukul telur,gula halus dan ovallate .Pastikan ia kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder.Teruskan memukul.
4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian warnakan dengan pewarna merah.
6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.Tuangkan adunan putih,diikuti adunan merah secara berselang seli.
7. Alas penutup kukusan dengan kain nipis. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak,iaitu tak melekat pada lidi.