Tuesday, January 29, 2008

Chili Pesto Chicken Pasta



Resipi ini diubahsuai dari resipi asal dalam buku Fast Workday Dinners, Family Circle Mini Cookbooks.Saya suka kumpul buku resipi dari Family Circle Cookbooks ini, yang banyak membantu menyediakan hidangan simple dan cepat. Pasta kat atas, sudah saya lenyapkan dari pinggan sebelum pukul 7 pagi tadi!

Bahan-bahan

  • 375 gram bow tie pasta
  • 3 batang sosej, potong 1.5 cm.
  • 200 gram isi ayam,potong memanjang.
  • 2 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus.
  • 6 helai daun bawang,potong
  • 3 ulas bawang merah-mayang
  • 1 ulas bawang putih-mayang
  • 2 biji tomato (200 gram)
  • 1/4 cawan tomato puree
  • 300 ml susu segar
  • sedikit keju parmesan

cara-cara

  1. Didihkan air dan masak pasta.Sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan sosej dan isi ayam,biar hingga masak.
  4. Masukkan separuh dari cili merah dan daun bawang
  5. Tambahkan tomato dan tomato puree.Kemudian masukkan sedikit garam dan susu segar.
  6. Tutup api dan masukkan keju parmesan.
  7. Hidangkan dengan pasta.Taburkan lebihan cili merah dan daun bawang.

Brownies Nougat



Resipi ini ambil dari buku resipi Brownies Kukus.Setelah berbulan beli buku ni , baru sampai seru nak mencuba satu resipi daripadanya.Resipi ini menggunakan telur putih sahaja, jadi kurang la kolesterolnya.Tapi rupa brownies ni lain sikit dari resipi asal. :D. Sepatutnya topping nya keras sikit dan letak kat atas brownies ni sahaja. Tapi sebab saya tak sukat dan main bubuh ajer campuran butter dan susu pekat, jadilah ia berkuah macam dalam gambar tu. Tapi sedap juga macam ni, sbb adunan ni kurang manis dan sesuai juga makan cair sebegitu :p
Saya buat separuh sahaja dari resipi asal, cukup untuk letak dalam tin loaf yang kecil.Adunan sebenar perlulah digandakan 2 ya.

Bahan-bahan
150 ml putih telur (lebih kurang 4 1/2 biji putih telur)
100 gram gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanilla
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh ovallate
100 ml butter(dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko
Topping
50 gram butter
25 ml susu pekat manis
nib almond(panggang)
-pukul butter dengan susu hingga kembang.
Cara-cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan gula halus, cream of tartar ,esen vanilla.
  2. Masukkan pula ovallette dan tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul hinggaadunan menjadi sebati dan lembut. Kemudian amsukkan mentega cair,kacau perlahan hinhha sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 2,1 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
  4. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat secara berselang seli.
  5. Didihkan air dalam periuk kukus.Dan kukus kek hingga masak.angkat dan sejukkan
  6. Setelah diangkat dan sejuk, sapu permukaan atas brownies dengan topping. Jika mahu toppingnya meleleh macam saya buat, lebihkan susu pekat tu.Taburkan badam ke atasnya.
Nota kepada Maklang: resipi telah dikemaskini.Terima kasih :D

Kari Ikan


Ini kali pertama saya sediakan kari ikan dengan rempah sendiri.Terima kasih kepada Ien yang sudi beri tunjuk ajar. Sedap dan puas hati boleh buat sendiri kari ikan ni.

Bahan-bahan

Rempah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 tangkai cili kering siam
-semua bahan dibasuh,rendam dalam air panas.
-kemudian kisar dengan sedikit air hingga lumat.
Bahan lain
8 ulas bawang merah-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar asam jawa
5 keping ikan tenggiri
2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato belah 4
4 biji bendi
2 tangkai daun kari
air secukupnya
Cara-cara
Tumiskan bawang putih,bawang merah dan daun kari hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kisar diatas, kacau sekali sekala hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan halba campur.Masukkan ikan dan tutup periuk, biar hingga ikan masak.
Kemudian masukkan santan ,tomato dan bendi.Masukkan juga air.
Biarkan hingga masak.

Tuesday, January 22, 2008

Cucur Udang



Ini cucur udang, tapi dalam bentuk yang lain sikit.Saya masak cucur ni dalam acuan takoyaki, untuk memanfaatkan sepenuhnya acuan yang order dari Aisha.Pada sesiapa yang nak oder acuan ni dan macam-macam lagi toys yang menarik,silalah ke http://aishaheer.fotopages.com.Banyak betul toys yang menarik disitu!!

Setelah banyak kali buat takoyaki, kita cuba buat benda lain pulak.Tapi saya memang sukakan acuan ni, sebab dapat buat cucur udang yang sempurna bentuk bulat dan kurang menggunakan minyak. Ini sebenarnya bekal Faris untuk ke tadika semalam. Malangnya dia tak mo gi tadika lah pulak :(( .Untuk menjadikan hidangan ini ada gizi yang lengkap, saya masukkan daun bawang dan hirisan carrot yang dipotong halus.


Bahan-bahan( untuk 16 biji cucur)
160 gram tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
400 ml air
1 biji telur
sedikit garam
8 ekor udang, buang kulit dan potong 2
hirisan daun bawang
lobak merah, disagat halus
-sos untuk menghidang

cara-cara
Dalam sebuah bekas, masukkan tepung gandum,air,telur, garam,baking powder.Pukul dengan pemutar belon hingga adunan sebati.Biarkan seketika.
Panaskan acuan takoyaki, kemudian masukkan adunan ,sebanyak separuh acuan.
Masukkan udang, daun bawang dan lobak merah.
Tuangkan lebihan adunan keatasnya, biar sampai melimpah ruah.
Balikkan dengan lidi, hingga masak rata dan berbentuk bulat.
Hidangkan dengan sos kegemaran anda.

Nasi Air Siam



Saya cuba resipi Nasi Air Siam dari Siti Azma. Hmm..memang sedap! saya tambahkan rempah 4 beradik dan serbuk lada hitam ke dalam sup.Untuk air lada, saya berterima kasih pada Bonda yang selalu kirimkan air lada ni untuk anak-anaknya .Pendek kata, kami adik beradik tak putus bekalan air lada ni. :D