Selamat Hari Ibu Untuk Semua..ada hadiah untuk anda
Sempena hari ibu ni..ada satu hadiah untuk pengunjung Jurnal Rasa. Dah lama teringin nak beri free gift pada pembaca blog ni ..terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni...saya hargai semua komen anda!
Khas kepada semua ibu ..sesiapa yang berminat untuk dapatkan hadiah ni sila 'daftar' nama anda di bahagian COMMENT.. saya akan buat cabutan secara rawak menggunakan random.org untuk tentukan pemenang. Tarikh tutup pada hari ISNIN depan, jam 9.00 pagi..kita nantikan hadiah ni menjadi rezeki sapa yer. Cuma ada 1 unit saja. Seboleh-bolehnya saya nak beri lebih banyak tapi itu saja yang termampu buat setakat ini.
Nak tahu apakah sebenarnya hadiah ni..boleh lihat gambar penuhnya di blog saya yang satu lagi- http://ribbonpetals.blogspot.com Ia produk handmade yang saya sulam sendiri dengan penuh kasih sayang untuk anda-seorang ibu penyayang lagi anggun!
Saya tujukan ucapan hari ibu untuk ibu saya..yang saya panggil Ma..terima aksih atas segala-galanya-semua pengorbanan, kasih sayang dan perhatian yang diberikan sejak dari dalam kandungan sehingga hari ini. Smeoga allah memberikan kebahagian,kesihatan dan rahmat yang berpanjangan untuk Ma.Amin
Di bawah ni pula-saya nak kongsikan ucapan hari ibu yang saya dapat dari sms.Ia datang dari adik saya, Faza. Kini ucapan ini ditujukan khas buat anda, ibu-ibu diluar sana
Ya Allah, wanita yang membaca ucapan ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat,sabar dan saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat,kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya.Kau bersihkanlah hatinya...kau kuatkanlah imannya..kau peliharakanlah dia dari fitnah. Amin Ya Rabbal A'lamin
Yang ni pula dari Alongroz..TQ!





