Wednesday, January 21, 2009

Ais Coklat Terapung & Kuih Kaswi


Float- jika diterjemah ke bahasa Melayu memanglah terapung kan? Tapi bila nak 'dimelayukan' nama minuman ni nampak macam pelik sikit :D . Dalam cuaca yang panas ni memang sedap minum air yang sejuk-sejuk macam ni. Senang nak sediakan, boleh letak bahan ikut suka dan tak perlu sukat beria-ia . Tapi seperti yang dalam gambar ni disediakan mengikut bahan dan cara dibawah:

Bahan-bahan- untuk 2 mug

1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air panas
3 sudu besar susu pekat
1 kotak kecil susu segar- saiz 250 ml
1 cawan ais
2 scoop aiskrim- ( scoop banyak-banyak baru best)
Daun pudina dan buah ceri untuk hiasan

Cara-cara
1. Campurkan air panas dan serbuk koko.Kacau hingga sebati.
2. Masukkan air koko tadi ke dalam pengisar bersama-sama susu segar,susu pekat dan ais. Kisar sehingga ais hancur.
3.Masukkan ke dalam mug. Letakkan aiskrim diatasnya. Hias dengan daun pudina dan buah ceri. Hidangkan segera.Slurrp!!!


KUIH KASWI

Yang ini pula kuih kaswi, resipi asal oleh Rozzan tetapi dikongsi semula oleh Mat Gebu @ Myresipi. Terima kasih ye! Nampak macam coklat pulak bila dikukus dalam acuan kecil macam tu. Adunan kuih ni ditambah kicap, untuk warna yang lebih gelap. Teragak-agak juga nak letak kicap ni, tapi sebab yang mengajarnya tu Puan Ana, kututupkan sebelah mata dan tuang aje kicap cepat-cepat. ^_^ Takde lah rasa masin pun, tapi mungkin juga kicap membantu kuih ni jadi bertambah lemak .

Sunday, January 18, 2009

Kek Cawan Seri Pandan




Kek Cawan Seri Pandan, resipi asal oleh Chef Noraini . Resipi ini diambil dari blog Leen . Seperti kata Leen, kek cawan ini memang sedap dan berbau wangi. Terima kasih kepada Chef Noraini untuk resipi ini, juga kepada Leen yang telah sama-sama berkongsi resipi.

Ada banyak bahan yang tiada semasa nak mengadun kek ni petang semalam jadi terpaksalah ditukarkan dengan pengganti terhampir. Telur ayam diganti dengan telur itik sebab telur ayam yang ada bersaiz AA. Gula castor diganti dengan gula perang. Khabarnya gula perang lebih baik untuk kesihatan berbanding gula putih kerana ia tidak melalui proses 'pelunturan' ,yang mana telah menghilangkan sepenuhnya nilai khasiat didalamnya. [ alasan sahaja, sebenarnya memang gula tinggal beberapa sudu sahaja semalam! :P ]

Tepung superfine dan santan pula diganti dengan tepung gandum biasa dan susu tepung. (kesian betul,semua benda takde ni). Gliserin ada dalam stok, tapi kat rumah ni penggunaannya dihadkan untuk buat fondant sahaja. Bersesuaian dengan sifat gliserin yang manis dan melekit tu, ia digantikan dengan madu.

Buat separuh sahaja adunan, dan dapatlah 13 biji kek cawan yang kulihat HIJAU ni. Memang bertepatan sangatlah warna kek ni dengan suara hati rakyat yang memberi mandat kepada pemimpin baru mereka nun di Kuala Terengganu malam tadi ^-^ .

Update: Gambar kedua disebelah ini buat pada 22 Jan 2009, khas untuk kirim pada bonda. Dia suka bijan hitam jadi letak bijan..tapi masih kurang bijanlah..lain kali kena letak byk2 lagi...

KEK CAWAN SERI PANDAN

Bahan2nya :-

250 gm butter/mentega
200 gm gula kastor (ganti dengan gula perang)
4 biji telur gred B (ganti dengan telur itik)
250 gm tepung kek/superfine (ganti dengan tepung gandum biasa)
100 gm santan segar (ganti dengan bancuhan susu tepung)
1 s/k serbuk penaik
1 s/k pes pandan
1 s/k pewarna hijau epal
50 gm kelapa kering
1/2 s/k gliserin (ganti dengan madu)

Cara2nya :-

1. Putarkan mentega + gula - kembang
2. Masukkan gliserin + telur sebiji2 - putar sebati
3. Masukkan kelapa kering, pewarna + perisa pandan
4. Masuk tepung sedikit2 berselang seli dengan santan - gaul secara manual
5. Sudukan dlm acuan kertas + bakar 20 min - 180c

Saturday, January 17, 2009

Ambon


Kuih ini sejenis apam yang dikenali sebagai ambon oleh orang sebelah pantai timur. Selalunya diwarnakan merah dan putih sahaja. Sebenarnya jarang sangat makan kuih ni, seingat-ingatnya kuih ni berbau wangi dari esen ros yang digunakan. Sebagai memenuhi permintaan 'seseorang tu' yang teringin sangat nak makan, kuusahakan juga membuatnya.

Bahan-bahan
110 gram tepung gandum
80 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu besar ovallette
2 sudu teh esen ros
pewarna dan perasa : pandan emulco,chocolate emulco, esen ros dan pewarna merah

Cara-cara
  • Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik
  • Pukul gula halus,telur dan ovallette sehingga kembang.
  • Masukkan tepung gandum dan esen ros, sambil terus memukul sehingga adunan rata.
  • Bahagikan kepada 4 bahagian.Letakkan pewarna/ perasa untuk 3 bahagian dan tinggalkan satu bahagian untuk adunan asal.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak
  • Kukus sehingga masak
* Kuih ini masih belum capai kelembutan yang diingini, nanti nak kena ubahsuai lagi.

Dari Ana



Terima kasih untuk Puan Ana untuk kedua-dua award ini. Kedua-duanya sangat bermakna, terima kasih :D

Friday, January 16, 2009

Tag dan Award dari kak Ummi

Terima kasih kepada Kak Ummi yang memanjangkan award dan jugak tag ni.. dengan sukacitanya nak menggantungkan frame Cute's Blogger Award ni ya :D dan seterusnya menjawab tag yang disertakan.


Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. - ok, dah ambil pun. Terima kasih daun keladi, lain kali silalah bagi lagi :D

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari Kak Ummi

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

Fakta dan hobi...haaa apa nak tulis ni ya

  1. Lahir pada 1 April
  2. suka baca buku resipi (baca je banyak,buatnya belum tentu lagi .. hhihi )
  3. suka makan roti..muda2 dulu boleh hidup makan roti je tp sekarang ni dah tak boleh..mesti nak kena top up ngan nasi atau mi
  4. Suka makan biskut. Biskut yang paling world sekali ialah biskut IKO plastik kaler kuning- yang multigrain.. wah sedapnya
  5. sekarang ni suka blogging dan ziarah kawan-kawan di alam maya ni...mereka semua masak sedap2 sampai terliur dibuatnya
  6. perkara yg paling tak suka-lipat kain..lemah semangat betullah
  7. sangat fokus kalau buat sesuatu
  8. merupakan anak pertama, dari 4 orang adik beradik perempuan
  9. isteri kepada En Kamal
  10. dan akhir sekali ibu kepada Ahmad Faris, 5 tahun dan Amalia Nuraisha, 4 1/2 bulan

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

*silalaambil award dan tag ni..anggaplah tag ni sebagai satu cara utk kita lebih mengenali antara satu sama lain .. kalau ada yang dah jawab tag ni bolehla diabaikan ya..

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.