Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

Mufin Mangga Sedap



Salam! Hidangan minum petang ini, Muffin Mangga Sedap, resipi dari Nestle. Sepatutnya muffin ni jadi seperti gambar background tu, naik membukit. Tapi bila dah disejukkan ia menurun pula.Mungkin adunan ni jadi agak berat sebab gantikan mangga kering dengan mangga segar.Mungkin juga ada silap teknikal kat mana-mana.Ia jadi muffin yang lembap.Tapi rasanya ok, sesedap namanya juga . Buat 1/2 dari adunan, adapatlah 10 biji muffin.Resipi ada di background tu, tapi tak berapa jelas. Salinannya seperti di bawah.

Bahan-bahan: untuk 20 biji muffin

1 cawan Yogurt Mangga Tanpa Lemak Nestle
150 g mangga kering, cincang halus
250 g tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
150 g mentega atau marjerin
100 g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 ml susu rendah lemak Nestle
-2 sudu besar kordial minuman buah markisa-ni tambah sendiri

Cara

1. Campurkan Yogurt Mangga Tanpa Lemak Nestle dan mangga kering di dalam mangkuk.Tutup mangkuk dan biarkan selama 30 minit-(langkah ni skip sebab pakai mangga segar, masukkan mangga pada langkah ke 5)
2. Ayak tepung naik sendiri,soda bikarbonat dan garam dan ketepikan.
3.Putar mentega dan gula sehingga gebu.
4.Masukkan telur satu demi satu.Pukul rata setiap kali.
5.Masukkan esen vanilla dan campuran yogurt.Sudukan tepung berselang seli dengan susu. Gal rata.
6. Ceduk sama rata campuran ke dalam tin pembakar bergris sehingga 3/4 penuh.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 15-20 minit atau sehingga kuning keperangan.Keluarkan dari ketuhar.Sejukkan di atas rak dawai.

Monday, May 18, 2009

Mocha Muffin


Muffin mocha, resipi asal dari Joy of Baking.Muffin ni sedap..cuma semalam terlebih kisar biji kopi. Udah resipi asalnya tulis 'strong black coffee"..apa lagi..kububuh 2 sudu besar biji kopi dalam air panas. Ada yang complain muffin ni rasa tertawar sikit ^_*
Resipi asal disini http://www.joyofbaking.com/muffins/MochaMuffins.html

Bahan-bahan

3 biji telur saiz besar
240 ml buttermilk( susu segar + 1/2 sudu teh cuka-biarkan 5 minit)
1 sudu teh esen vanilla
180 ml minyak sayur
385 gram tepung gandum
120 ml air kopi, pada suhu bilik
30 gram serbuk koko
210 gram gula perang
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
100 gram kacang pecan @ walnut, dicincang kasar
170 gm chocolate chips


Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 190 darjah
Dalam sebuah bekas, pukul telur, buttermilk, minyak,air kopi dan esen vanilla.
Dalam bekas lain pula campurkan tepung,serbuk koko, serbuk penaik, baking soda dan garam.Masukkan kacamg yang dicincnag dan cip coklat.Dengan menggunakan senduk,masukkan campuran bahan basah ke dalam bahan kering yang telah disatukan.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin.Letakkan ke dalam oven ,bakar hingga masak, uji dengan lidi penguji.Ia mengambil masa antara 20-25 minit.Alihkan ke atas rak dan sejukkan selama 5 minit.

Thursday, May 14, 2009

Marble Vanilla Muffin


Muffin yang sedap ini, merupakan resipi yang diangkut dari Dapur Tanpa Sempadan . Tengok resipinya disana ya!!! Terima kasih.

Monday, May 11, 2009

Golden Vanilla Muffin

Golden Vanilla Muffin

Golden Vanilla Muffin ni sesuai untuk hidangan pada kanak-kanak yang alah pada telur. Rasanya tetap sedap, dan lembut walaupun tanpa kandungan telur di dalamnya. Terima kasih kepada Ummi Hakim , empunya resipi ni di Myresipi. Lepas lihat Nanee buat muffin ni,terus teringat - ingat nak cuba juge.

Silalah jengah ke http://www.myresipi.com/top/detail/4923 untuk resipi penuh.

pstttttttt..red cherry tu..cucuk pada muffin bila dia dah hampir masak ya. kalau letak dalam adunan yang cair tu..memang sah ceri tu akan karam..nampak tangkai aje nanti bila dah masak :D



Interframe kat sini..ebiyaki..staple food Faris. Dia ni toleh pun tidak kat muffin tu. Jadi, ebiyaki ni untuk dia sebagai ganti.

Monday, March 30, 2009

Choc Moist Cup Cake

Salam untuk semua kawan.lamaaaa tak lapor diri di dapur siber ni..terasa macam rindu nak berblogging semula..dan bertemu jiran-jiran dapur :D ok, jamu mata hari ini...buat pemanas enjin. Cupcake ni baru sahaja siap piping whipped creamnye..Siapa nak?



Komen Faris: "mama..kek coklat ni lazat sangat" (mana dia belajar perkataan 'lazat' tu ye? kalau bukan di tadika..tentunya dialog cerita kartun!! :D ) memang suka dengar komen ini.Kerana dia seorang yang sangat memilih makanan dan tidak sekali-kali menyentuh kuih mahupun roti yang mamanya sediakan selama ini!

Untuk cupcake ni...boleh pakai mana-mana resipi kek coklat lembap kegemaran..dan kemudiannya hiaskan dengan whipped cream.Sedia dinikmati.


opps..terlebih posing pula cupcake ni!!! ^_*

Tuesday, March 3, 2009

Muffin Durio

BERITA TAK TERKINI Sepang, 3 Mac 2009

Penduduk kawasan kejiranan disini gempar dengan penemuan bau yang amat menyenangkan tengah hari tadi.Unit letupan bom telah dikejarkan ke kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut saksi, ini bukanlah kali pertama bau sedemikian dikesan di kawasan berkenaan.Sekumpulan penyisat telah mengesahkan bau tersebut datangnya dari sebuah unit kediaman. Penghuni rumah berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.Pihak polis turut membawa bahan bukti dari bahan yang dikatakan berbau itu. Bahan tersebut , yang dipercayai membawa kegemparan tersebut merupakan 8 biji muffin berperasa durian!!

Penghuni rumah itu ,seorang wanita dipercayai pembuat muffin tersebut. Beliau yg ditemui selepas selesai memberi keterangan enggan mengulas lanjut namun telah memberikan resipi muffin kepada para wartawan yang menunggu. Menurutnya, muffin ini sedap.

Untuk rekod, negara tidak mempunyai peruntukan undang-undang terhadap penghuni yang menggangu jiran lain dengan bau masakan mereka.Namun begitu, masakan yang enak seharusnya dikongsi untuk keharmonian dan manfaat bersama, kan!!!
· eheh sekian berita loyar buruk -saje je ni, suka-suka buat intro :D
· ** nama saintifik bagi durian adalah Durio Zibethinus

Bahan-bahan
Untuk 8 biji muffin saiz besar

250 gm tepung gandum ayak bersama 2 sudu teh baking powder
150 gram mentega
150 gram gula halus
2 biji telur-saiz A
70 ml susu segar
120 gram isi durian
-extra isi durian sebagai topping

cara-cara
Pukul mentega dan gula halus hingga kembang .
Masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan isi durian, teruskan memukul adunan.
Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil terus memukul adunan.
Masukkan ke dalam muffin cup, penuhkan sehingga ¾ bahagian.
Letakkan sedikit isi durian ke atas nya
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan.

Bluberry Jam Muffin

Resipinya kat sini http://www.myresipi.com/top/detail/1343

Sunday, January 18, 2009

Kek Cawan Seri Pandan




Kek Cawan Seri Pandan, resipi asal oleh Chef Noraini . Resipi ini diambil dari blog Leen . Seperti kata Leen, kek cawan ini memang sedap dan berbau wangi. Terima kasih kepada Chef Noraini untuk resipi ini, juga kepada Leen yang telah sama-sama berkongsi resipi.

Ada banyak bahan yang tiada semasa nak mengadun kek ni petang semalam jadi terpaksalah ditukarkan dengan pengganti terhampir. Telur ayam diganti dengan telur itik sebab telur ayam yang ada bersaiz AA. Gula castor diganti dengan gula perang. Khabarnya gula perang lebih baik untuk kesihatan berbanding gula putih kerana ia tidak melalui proses 'pelunturan' ,yang mana telah menghilangkan sepenuhnya nilai khasiat didalamnya. [ alasan sahaja, sebenarnya memang gula tinggal beberapa sudu sahaja semalam! :P ]

Tepung superfine dan santan pula diganti dengan tepung gandum biasa dan susu tepung. (kesian betul,semua benda takde ni). Gliserin ada dalam stok, tapi kat rumah ni penggunaannya dihadkan untuk buat fondant sahaja. Bersesuaian dengan sifat gliserin yang manis dan melekit tu, ia digantikan dengan madu.

Buat separuh sahaja adunan, dan dapatlah 13 biji kek cawan yang kulihat HIJAU ni. Memang bertepatan sangatlah warna kek ni dengan suara hati rakyat yang memberi mandat kepada pemimpin baru mereka nun di Kuala Terengganu malam tadi ^-^ .

Update: Gambar kedua disebelah ini buat pada 22 Jan 2009, khas untuk kirim pada bonda. Dia suka bijan hitam jadi letak bijan..tapi masih kurang bijanlah..lain kali kena letak byk2 lagi...

KEK CAWAN SERI PANDAN

Bahan2nya :-

250 gm butter/mentega
200 gm gula kastor (ganti dengan gula perang)
4 biji telur gred B (ganti dengan telur itik)
250 gm tepung kek/superfine (ganti dengan tepung gandum biasa)
100 gm santan segar (ganti dengan bancuhan susu tepung)
1 s/k serbuk penaik
1 s/k pes pandan
1 s/k pewarna hijau epal
50 gm kelapa kering
1/2 s/k gliserin (ganti dengan madu)

Cara2nya :-

1. Putarkan mentega + gula - kembang
2. Masukkan gliserin + telur sebiji2 - putar sebati
3. Masukkan kelapa kering, pewarna + perisa pandan
4. Masuk tepung sedikit2 berselang seli dengan santan - gaul secara manual
5. Sudukan dlm acuan kertas + bakar 20 min - 180c

Monday, December 22, 2008

Carrot Muffin

LELONG LELONG Muffin!!! muffin ni akan dimake up kan sekejap lagi.Kepada kawan-kawan yang sudi untuk 'mengabadikan' nama kat atas muffin ni silalah beri respon di kotak Oggix tu ya..TERHAD KEPADA 5 ORANG SAHAJA..siapa cepat dia dapat!!!nanti atas muffin tu akan tulis nama anda..ingat ya tuan rumah ada 5 bijik muffin ni je tau!!! Jangan malu-malu tak kiralah sapa2 pun yang lalu lalang kat sini..TERIMA KASIH atas kerjasama anda.

Carrot Muffin resipi dari Cik Wan..resipinya ada disini

Saturday, November 15, 2008

Choc Icecream Muffin With Twin Choc Chip

Muffin ni boleh membantu menceriakan waktu sarapan atau minum petang. Resipi asas menggunakan resipi Mixed Nuts Muffin , yang berubah cuma presentation,tanpa kekacang yg byk cuma nib almond sahaja, dan jenis aiskrim yang digunakan. Lebih sedap aiskrim,lebih sedap rasa muffin.

Sunday, July 13, 2008

Durian Hazelnut Muffin


Bau muffin ni mengancam betul..semerbak baunya.. kepada yang lalu-layang kat luar tu pasti tertanya-tanya..ada orang kacau lempuk ke? Rasanyapun sedap, dan lembut. Untuk resipi bolehla lihat di myresipi, resipi oleh Che Mat Gebu . Terima kasih Mat Gebu. Kepada yang ada buah durian kat rumah tu bolehlah korbankan dua-tiga ulas durian untuk buat muffin ni.. Oh ya susu segar telah ditukar kepada whipping cream,sebab tu aje pengganti terdekat yang ada .Lagipun saya perasan kek atau muffin yang letak whipping cream memang rasanya sedap dan lemak.

Wednesday, June 4, 2008

Berry Cream Cheese Muffin


Muffin yang kaya dengan aksesori- keju, raspberry dan walnut.Saya sering tertarik dengan muffin sebegini-ia lembut dan penuh kepelbagaian rasa menjadikan masa makan muffin sangat menyeronokkan !! Saya tukarkan raspberry dengan jem blackberry kegemaran - dari Steffi Choice. Kacang walnut pun tiada dalam stok-ditukarkan dengan kacang tanah.Saya gunakan kacang tanah panggang jenis 'whole nut' .Tapi bila lepas bakar rasa macam ada yang tak kena pula.Jadi untuk tray ke dua saya pecahkan sedikit kacang tanah dan tabur atas muffin. Muffin ni memang sedap.Terima kasih kepada Biduri untuk resipi ini.

Sumber resipi: Biduri @ Myresipi
Bahan-bahan ( 18 biji )


150g cream cheese
150g mentega tanpa garam
110g gula halus
3 biji telur
120g raspberry
30g walnut
[ Ayak]
160g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara-cara
Biarkan cheese dan mentega pada suhu bilik
Naikkan suhu oven pada 180c
Ambil 1 sudu besar tepung gandum dan gaulkan dengan raspberry. Ketepikan
Pukul cheese dan mentega sehingga lembut.
Masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang
Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Gaul sehingga sebati
Isikan 2/3 cup muffin dengan adunan tadi. Kemudian letaklah berry dan juga walnut. Buatlah sampai habis
Bakar selama 25-30 minit

Wednesday, February 20, 2008

Apple Crumble Muffin


Bahan-bahan
155 gram tepung naik sendiri
150 gram tepung wholemeal
115 gram gule perang halus
185 ml susu segar
2 biji telur
125 gram mentega
1 biji epal-dibuang kulit dan disagat halus
1/4 cawan badam (nib)(ini tak letak pun takpe)
1 1/2 sudu teh baking powder
Untuk crumble
5 sudu besar tepung gandum
100 gram gula perang
70 gram rolled oat
80 gram mentega
1/3 cawan campuran buah kering
Cara-cara
1.Panaskan oven.Campurkan tepung naik sendiri,tepung wholemeal dan baking powder.
2.Dalam sebuah bekas lain,pukul telur .Kemudian masukkan gula perang, diikuti mentega cair dan susu.Pukul lagi.
3.Masukkan campuran telur,mentega dan susu ke dalam tepung.Gaul hingga rata.
4.Masukkan badam.Gaul hingga rata.
5.Untuk crumble pula, campurkan tepung gandum,gula perang,rolled oat dan campuran buahan.
6.Dengan menggunakan hujung jari,masukkan butter dan gaul hingga rata.
7.Alas dulang muffin dengan cawan muffin.Masukkan adunan ke dalamnya..Kemudian masukkan crumble ke atasnya.
8.Bakar selama 25 minit,suhu 170 darjah atau hingga keperangan.

Tuesday, January 22, 2008

Vanilla Muffin


Vanilla Muffin, resipi dari deenos

Wednesday, January 9, 2008

Pandan Muffin


Muffin yang sedap ini, resipi Yani. Resipi ada di http://www.myresipi.com/top/detail/3522

Tuesday, December 11, 2007

Muffin Keju

Resipi Muffin Keju dari fotopages Hajar.Terima kasih ya Hajar.Pinjam resipi yek. Seperti kat Hajar, muffin ni kurang manis.Jadi awal-awal lagi campurkan sedikit jam bluberi dan ceri untuk menceriakan muffin ni.Kalau letak tuna pun sedap juga ni.err lagi..nak ucap terima kasih kat Aisha yang angkut ramekin ni Jepun..hand luggage lagi..terima kasih banyak2 yer..sape nak barang jepun bid kat situ :D



Hari ini terfikir tentang harga tepung yang dah naik...Walaupun kurang arif tentang ekonomi ni..rasanya kenaikan harga barang paling banyak ditanggung oleh pengguna akhir iaitu pengguna–seperti suri rumah. Rantaian kenaikan harga bermula dari kenaikan harga bahan mentah di pasaran . Bila harga tepung naik di pasaran,pengimpot sudah tentu menaikkan harga .Pemborong dan peruncit juga sudah tentu tidak mahu menyerap sebarang kenaikan kos.Maka harga barangan pun terpaksa dinaikkan. Maklumlah masing-masing mahu menjaga margin untung sedia ada.


Kadang-kadang terfikir juga..entah-entah depa ni dapat untung pulak dari kenaikan barang-barang ni. Sebagai peniaga, memang mudah untuk mereka sebab boleh naikkan harga barang.Tapi bagaimana pula nasib pengguna akhir macam kita? Jawapannya poket masing-masing terpaksa menyerap kenaikan harga barang, semata-mata memastikan sumber karbohidrat ini masih boleh diserap oleh semua perut seisi keluarga......
.......hehe pagi2 lagi dah mengomel......... :p

Thursday, December 6, 2007

Choc Cip Banana Muffin



Sasaran resipi kali ini datangnya dari cyber cafe Noreen, Choc Cip Banana Muffin Yum yum !!!!!!
Dan yang ini pula Takoyaki yang tah apa-apa :p..tanpa sos takoyaki dan bahan yang ala kadar sahaja.Bakar pula dalam acuan kuih baulu :D

Monday, December 3, 2007

Magnolia Bakery Vanilla Cupcake


Resipi ni dari Kak Jun. Yang peliknya Kak Jun punyer rata ajer..yang ni naik kembung2 gitu.. letak almond sikit kat atas tu ..sedapla cupcake /muffin ni :D
Cupcake ni ada Jalur Gemilang sebab Faris masih ingat muffin yang buat masa Hari Merdeka dulu ada letak ni.

Wednesday, September 12, 2007

Muffin Bluberry



Cara yang paling senang untuk buat muffin ialah...beli muffin premix!! Lama dah nak cuba muffin pracampur ni.Cuma pelu tambah air, butter cair dan telur. Tapi pagi tadi gantikan air dengan susu Anlene, gantikan butter dengan minyak masak dan tambah sedikit butter oil.Adakah sedap macam muffin kat bakery tu?

Hasilnya.Ya sedap.

Monday, July 16, 2007

Mixed Nuts Muffin

Disebalik tabir:

Resipi ni diolah sebanyak 4 kali..hu hu 4 kali buat...sebabnya started from 0...byk kali tukar ingredietns sampai puas hati dengan rasa,presentation & tesktur nya..so this is very original recipe from me...

memula buat gna prune dan minyak masak..boh soda bikarbonate,baking powder..pehhh... x sedap lgsg..modified lagi...x boh soda bikarbonat...2 kali pehhh..x sedap lagi...cuba ngan mix nuts pulak..kali ini boh butter...heheheh..ada rasa tp keras sikit...cuba lagi..kurangkan lagi tepung....yess! yess!!
dah dapat dah!! rasa yg unik,presentation yg berbeza..

yg jadi mangsa xperiment my hubby dier....dia kena makan muffin yg sama lebih kurang 2 minggu..bila call dia tanya..buat ape? "buat muffin" "...haaa..muffin lagi? " "tak abang yg ini gerenti sedap!!" heh heh...


Resipi

Bahan-bahan ( 6 biji )
140 gm tepung gandum
100 gm butter dicairkan
1 kotak aiskrim (105 ml) dicairkan pada suhu bilik. (Bila cair dapat 1/3 cawan)
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1/4 cawan campuran kekacang
1 1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara
Ayak tepung dengan baking powder.
Pukul telur dan gula sehingga kembang.masukkan butter cair.Masukkan aiskrim. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
Masukkan pula campuran kekacang.Saya gunakan badam,kismis,walnut,biji matahari dan kuaci.
Masukkan ke dalam muffin cup dan bakar dalam oven yg dipanaskan pada suhu 180 selama 25 minit.
Jika suka, boleh 'pipe'kan coklat masakan campur sedikit whipping cream. Atau cara yg lebih mudah beli saja coklat tube "Choki Choki"; gunting sedikit plastiknya dan 'pipe'kan ke atas muffin