Monday, May 5, 2008

Pizza

Cuma sebiji pizza yang biasa...cuma kali ini saya petik daun sage,marjoram dan basil untuk buat sosnya.Selain itu saya tambahkan daun bay..hasilnya?? authentic italian pizza...enjoyyy


Pokok Marjoram..antara daun herba yang ditanam, paling suka bau daun marjoram ni,sebab lebih kurang dengan bau oregano. Tapi ini jugalah pokok yang paling susah nak dijaga. Daun marjoram ni memang ngam dijadikan sos spageti dan pizza.

Wednesday, April 30, 2008

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Ni gara-gara tak tahan tengok sambal tempoyak kat rumah Yat. Kebetulan baru balik dari kampung, jadi stok tempoyak pun banyak. Selalunya guna udang kali ni cuba resipi Yat pakai ikan bilis. ...sedap betul,makan dengan nasi panas. Sape2 yang tak makan tempoyak fresh (macam saya ni) pun akan makan bila jadi lauk macam ni.. Untuk resipi,boleh singgah kat Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Kerepek Fosil Daun Sage

Resipi ini ambil dari buku resipi Dip and Dippers.Namanya Potato Chips With sage, tapi saya ubah nama dia.Letak perkataan fosil tu sebab nampak daun sage tu macam fosil bila diapit oleh 2 hirisan kentang.Bagi yang suka rasa sage bolehla cuba.Mungkin boleh tukarkan dengan sayur lain seperti bayam.

Bahan-bahan
Kentang-kupas
Sedikit minyak masak
Daun sage
Sedikit garam

Cara-cara
Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pemotong.Kemudian sapukan minyak masak.
Ambil sehiris kentang, letakkan sehelai daun sage keatasnya.Tekapkan dengan sehiris lagi kentang.
Taburkan sedikit garam ke atasnya
Bakar dalam oven hingga masak.Balik-balikkan supaya garing sekata.
-Buku resipi Dip and Dippers mencadangkan Smoked Tomato sebagai pencicahnya.
Kentang ni sedap kalau masak sekata.Kalau tak sekata, ada yang terlebih garing,ada pulak yang lembik. Pilihan yang lebih sihat bagi menggantikan potato chip yang jual kat kedai tu.

Bagi yang nak lihat bagaimana pokok sage,ada di bawah ni..Pokok ni disemai dari biji benih, satu batch dengan brokoli dan dill.Baunya sangat kuat.


Tuesday, April 22, 2008

Nasi Dill




22 April,merupakan hari Bumi (Earth Day). Sempena itu,saya sediakan masakan berasaskan pokok yang menghiasi tingkap kecil rumah. Ini adalah pokok Dill. Lihat gambar dibawahnya,bunga Dill.Gambar ni ambil masa weekend lepas.Saya tak sangka pula pokok ni berbunga :D. Bentuk bunganya macam bentuk percikan bunga api,unik kan. Pagi tadi saya lihat bunga-bunga kecilnya sudah kembang sepenuhnya dan berwarna kuning.Tapi hujan lebat dan ribut tak mengizinkan saya ambil gambar.


Pagi ni saya masak Nasi Dill resipi ambil dari Helikonnia.Terima kasih ya. Saya padankan dengan ayam beriani, guna resipi dari peket rempah beriani Faiza.Dill memberi variasi rasa kepada nasi ni.

Masak Lemak Putih Daun Brokoli


Kalau nak kenal inilah rupa pokok brokoli.Ya,pokok brokoli,saya tidak tersilap kerana benih yang dibeli adalah benih Brokoli. :) Pokok ni disemai penghujung tahun lepas.Cuaca yang tak sesuai menyebabkan 'buah' brokoli tak muncul-muncul,daunnya sahaja yang tumbuh subur. Walaupun tak keluar buah,saya tetap gembira sebab pokok ini terus hidup. Ada 2 pokok dalam satu pot ni. Daunnya seakan-akan daun kalilan kan.
Jadi untuk tidak mensia-siakan tanaman ini,daunnya saya buat masak lemak putih.Sangkaan saya, rasanya tentu pahit, tapi rupanya tak pahit langsung! Masih ada satu lagi pokok brokoli ni,saya bercadang nak masak daun brokoli goreng dengan ikan masin pula :D.