Tuesday, April 22, 2008

Beth's Spicy Oatmeal Raisin Cookies


Resipi biskut oatmeal dipetik dari Allrecipes, Beth' s Spicy Oatmeal Raisin Cookies. Resipi ini mendapat 5 bintang dari mereka yang telah mencubanya. Saya abaikan beberapa bahan seperti serbuk kayu manis,clove dan kismis, serta menambah emplex untuk biskut yang lebih rangup.

Thursday, April 17, 2008

Steamboat



Steamboat,sebagai makan malam tadi. Saya cuma masukkan 1 kiub ayam kedalam air dan campurkan kangkung,kueytiaw,aneka fishballs,telur puyuh,udang, brokoli dan sosej. Tak banyak bahan yang ada,apa yang ada kat rumah aje.Selain sos steamboat,saya sediakan juga sambal kicap untuk makan kuetiaw bersama rebusan steamboat. Atas pertanyaan Lin,saya letak resipi untuk sos steamboat disini. Tak tahulah menepati selera Lin atau tidak :D

Sos Steamboat

100 gm cili merah-ni pedas sikit, kalau kurangkan kepada 70 gm pun ok.
100 ml air masak
40 ml cuka
50 gm gula
3 sudu teh garam
1/2 kiub ayam (optional, tak letak pun tak apa)
1/2 cawan kacang tanah,dipanggang atau goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar2

Cara-cara
Kisar semua bahan kecuali kacang.Kemudian taburkan kacang tanah sebelum dihidangkan bersama steamboat.
Boleh ubah suai /tambahkan garam /gula/cuka jika perlu untuk menepati selera masing-masing.

Thursday, April 10, 2008

Portugese Egg Tart



Pukul 5.30 pagi tadi,berperang kat dapur menyiapkan 2 menu.Portugese Egg Tart untuk sarapan dan ayam masak merah untuk lauk tengah hari bagi mentri besar yg off hari ni dan jaga mentri kecik kat rumah.Jgn nakal ,mama tinggal pegi kerja ..hehehehee

Rasa mcm suspen pulak masa mengadun filling tu, sebab tak pasti menjadi ke tak kalau ikut resipi ni? Cair semacam aje ni? Alhamdulillah,lega sgt bila lepas bakar rasa dan rupa saling tak tumpah mcm yg selalu beli tu :D .. dan dpt order dari my collegue! sorri,kalau nak tolong buatkan boleh la,bisness belum lagi :D

Bahan-bahan

10 keping puff pastry

Cream Cheese Filling
100 gm whipping cream
55 gm gula
1 keping keju cheddar-potong halus
125 ml susu segar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1.Keluarkan puff pastry,biarkan ia lembut supaya senang dibentuk.
2.Panaskan separuh whipping cream, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3.Kemudian masukkan baki whipping cream dan keju cheddar,kacau hingga keju cair.Tutup api.
4.Didalam bekas berasingan,pukul susu segar,telur dan esen vanilla.Satukan dengan whipping cream tadi.
5.Sapu acuan dengan sedikit mentega.Kemudian masukkan puff pastry dan tekankan.Gunting lebihan tepinya.Masukkan inti dan bakar 25 minit,suhu 220 darjah atau hingga keemasan.

Resipi Cream Cheese filling,dipetik dari ruangan The Clove, The Star.

Laksa Sarawak


Beberapa minggu lepas saya mencuba Laksa Sarawak di sebuah cafe.Rasanya yang sedap membuatkan teringin nak mencubanya sendiri.Resipi Laksa Sarawak Istimewa dari Kak Pah.Terima kasih !! Manakala resipi pes laksa dipetik dari Majalah rasa, Julai 2005.Saya tak pasti jika rasa perencah laksa ini menepati rasa sebenar pes Laksa Sarawak,tapi saya puas hati dengan rasanya.Sedap.

Perencah Laksa Sarawak

150 gram udang kering
50 gram cili padi
100 gram pes tomato
150 gm bawang merah
80 gm halia
50 gm lengkuas
30 gm bawang putih
20 gm kunyit hidup
100 gm belacan
4 btg serai-dititik

cara-cara
Kisar semua bahan kecuali belacan dan serai.
Panaskan minyak.Tumis bahan tersebut hingga masak.
Kemudian masukkan belacan dan serai.
-saya buat 1/3 sahaja dari bahan, cukup untuk dijadikan pes bagi 1/2 resipi Laksa Sarawak Kak Pah.

Tag: Peti Ais



Ni nak siapkan assignment dari Shamen, rupa dlm peti ais...sesiapa yang ada sebarang cadangan untuk make over rupa parasnya,silakanlah
yeaaaa :D
Belah bawah tu stok lauk untuk 2 minggu.Ni kes tak berapa rajin nak menyiang ikan dan potong ayam byk kali sebulan :D.. setiap 1 untuk 1 portion memasak .