Thursday, April 3, 2008

Gulai Ikan Terubuk Masin Dengan Nenas

Kakak ipar yang baru balik dari Sarawak bagi ikan terubuk masin ni minggu lepas.Selalunya kalau dapat ikan terubuk masin saya gorengkan aje.Tapi kali ni nak cuba buat gulai pula.Ni gara-gara terliur tengok Gulai Nenas Ikan Sepat Masin kat rumah Nurhuda Untuk 'memerangkap' rasa masinnya dan elak dari hancur,saya gorengkan dulu ikan terubuk ni.Ringkas sahaja, saya masak macam buat Gulai Kunyit Lengkuas, stail ore kelate.

4-5 biji bawang merah
sehiris lengkuas
5 tangkai cili kering.
1 inci kunyit
santan pekat dari 1/2 biji kelapa
Nenas-potong
Ikan Terubuk masin-basuh,potong dan goreng dulu
Garam-jika perlu
Sedikit gula

cara-cara
Kisar bawang merah,cili kering,kunyit dan lengkuas dengan santan cair.
Masukkan ke dalam periuk,masak hingga menggelegak.Masukkan ikan kering dan nenas.
kacau selalu, dan akhir sekali masukkan santan pekat.Imbangkan rasa dengan garam dan gula, jika perlu.

Tuesday, April 1, 2008

3 series

Gamabr ni upload special untuk Noreen ...si tembam ni posing tanpa baju ..sape punya besday pun memang dia lah yang tukang potong kek.. :D





Hasil pertama menggunakan sugar paste.Lama betul nak siap, 3 hari!Bukan apa, baru nak menyesuaikan tangan ni dengan sugarpaste yang cepat retak dan kering.Hanya berbekal kesabaran ajelah kek ni siap juga akhirnya. Hari pertama, selepas uli sugarpaste, buat bunga tapi sekerat jalan aje sebab 'tension' dia mudah retak.Jadi bungkus balik sugarpaste tu.Hari kedua, keluarkan balik dan cuba lagi.Mak oiii kerasnya benda ni,kena uli balik sikit-sikit,dan akhirnya dapat buat separuh aje bunga ros yang besar tu! Dan pada hari ketiga baru dapat siapkan semua bunga dan daun dan melepa fresh cream.

syyhhh..bunga ros tu diwarnakan dengan eyeshadow.Puas selongkar laci.Tapi berusnya dah reput,terpaksa guna tangan untuk kaler bunga.Berguna juga akhirnya eyeshadow tu..hehehehe .kita memang 'buta huruf' bab make up ni..jadi main tenyeh ajelah kaler tu ..tak retilah nak main shadow2..(kena pi berguru ngan Cikgu Alis :D )..kat luar gambar kan bunga tu nampak berkilat2 sikit..Saya namakan 3 series, sempena umur yang masuk 30 tahun hari ini...sudah tuaa :p

Sumber rujukan:
1)Untuk kek,saya gunakan resipi Kek Span IPS, oleh Puan Nini dari Resipi.Net
2)Untuk sugarpaste,resipi dari http://suzinor.blogspot.com/2008/02/sugar-paste-rose-butterfly.html -terima kasih Suzi,banyak belajar dari blog ni.


3)Untuk design bunga ros, saya renung lama-lama kat flickr abbietabbie ni ... http://flickr.com/photos/abbietabbie/407146364/in/set-72057594123448395/



-terima kasih semua,tanpa anda tak tercapai impian saya untuk buat kek macam ni.



Untuk whipping cream, cuma pukul whipping cream perlahan,bila dah kembang masukkan gelatin yang telah dipanaskan dengan air,pukul lagi dan kemudian lepa atas kek.

Tuesday, March 25, 2008

Sugar Plait



Resipi Sugar plait ni import dari UK, lebih tepatnya dari rumah Noreen Bentuk roti ni mengingatkan pada roti yang ma selalu buat.Bila nampak roti ni kat rumah Noreen,terus teringin nak buat..Terima kasih Noreen,memang sedap roti ni!! Sayangnya boleh buat separuh adunan sahaja,sebab tepung roti dah habis.My Mentri Besar pun tanya kenapa buat roti sikit sangat ?? hehe mesti dia tak puas makan lagi tu!!!

Nasi Kerabu



Saya ubati rindu nak makan masakan kelate dengan Nasi Kerabu ni…meskipun terubat rindu,tapi kemeriahan menjamu selera tak sama seperti makan beramai-ramai kat kampung bersama keluarga :((

Nasi
3 cawan nasi
1 batabg serai-ketuk
Beberapa titik pewarna biru (Kalau ada bunga telang lagi bagus ni)
-basuh beras.Masukkan air secukupnya,serai dan pewarna biru.Masak nasi seperti biasa.

Untuk Tumis Budu
-1 biji bawang besar
-1 ulas bawang putih
- 1 batang serai
-10 biji cili kering-gunting,basuh dan rendma dlm air panas sekejap
-1/2 cawan santan pekat
- sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
-1/4 cawan budu
-1 keping asam keping
-gula
cara-cara
-kisar bawang merah,bawang putih,cili kering,kunyit dan serai dengan sedikit air.
-Panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing.Kemudian masukkan santan pekat,asam keping dan budu.
-tambahkan sedikit air dan gula sekadar perlu.Bila mendidih,bolehla dipadamkan api.

Untuk Sambal Ikan
-2 ekor ikan kembung-saiz sederhana
-1 cawan kelapa parut
-7 ulas bawang merah
-2 batang serai-mayang halus
-1/2 inci halia
-garam
-gula


cara-cara
-Bersihkan ikan, dan bakar sehingga masak.Ambil isinya dan tumbuk dalam lesung.
-Kelapa parut digoreng tanpa minyak,tak perlu terlalu garing.Tumbuk masa masih panas-panas.
-Tumbuk bawang merah,halia dan serai.
-Campurkan semua bahan-ikan,kelapa parut goreng dan campuran bawang ,halia dan serai.Gaul rata.Imbangkan rasa masin dan manisnya dengan garam dan gula.

Untuk ulam-ulam
-daun kesum
-timun
-kobis
-serai
-bunga kantan
-taugeh
-mayang halus kesemua ulam,kecuali taugeh.

Lauk iringan Nasi Kerabu
Saya senaraikan semua yang menjadi lauk nasi kerabu,tapi dalam kes diatas di atas saya Cuma makan dengan puyuh goreng,keropok dan ayam bakar sahaja :D

-Telur masin
-Ikan goreng celup tepung
-lada jeruk
-keropok
-ayam goreng
-daging bakar
-solok lada

Laksa



Raasnya semua tahu mcm mana nak buat laksa kan...layann gambar aje lah ya....