Wednesday, March 19, 2008

Inspired by Hellikonia

Design kek ni dari Yatt's Lil Kitchen.Hasilnya tak secantik orang pro buat, untuk lihat design asal tengok kat sini http://yt5486.fotopages.com/. Terima kasih kerana sudi bagi pinjam design kek ni. Kekok betul nak piping buttercream ni,especially part daun tu. Kena masuk kelas nampak gayanya nih :(

Sambal Belacan Mangga Utara


Gara-gara terliur sangat tengok Yat buat ni, semalam inilah makan malamku..sedap,lain kali nak buat lagi ni.Yang ni versi kurang pedas dan takde cili kaler hijau macam Yat .

Dried Bonito


Untuk Fidadaud yang bertanya tentang dried bonito/bonito flakes yang guna untuk buat Takoyaki saya letak gambar pack kat sini.Harga sudah lupa berapa tapi sekitar RM 10 kot, beli kat Jaya Jusco.

Friday, March 14, 2008

Fondant 3 Sekawan

Menghabiskan masa dengan membakar cupcakes,menguli dan membentuk bunga-bunga fondant..terhasillah fondant 3 sekawan ni malam tadi...bunga dari fondant dan border menggunakan royal aising.Pertama kali menggunakan royal aising,seronok pula.Cuma takde tip yang sesuai,tambahan pula memang takde idea sgt.Jadi tak dapat nak membentuk border yang cantik.

Jika dilihat secara dekat,bunga merah ni bertompok-tompok, sebab tak uli warna dengan sekata.Tambahan pula guna pewarna serbuk,mungkin lepas ni perlu bancuh sikit dengan air. Bunga fondant ini dibentuk dari campuran warna merah,pink dan purple.
Warna merah: Pewarna brand star dan Red Red dari Wilton
Warna pink: Pewarna pink rose, takde banrd,packaging Bake With Yen
Warna purple: Purple,dari star brand

Resipi fondant, dan royal aising dapat dari komuniti Resipi.Net. Terima kasih ya kerana berkongsi resipi.Saya minta izin copy paste resipi untuk rujukan disini.

Rolled Fondant (sumber: K.Anis)

100 gm shortening (melt in warm temperature)
15 g gelatine powder ) steam until
60 g water ) dissolve
100 g liquid glucose
50 ml glycerina
750 gm - 1000 g icing sugar

Cara2
1. Steam (air & gelatin)
2. Bila cair, masukkan glucose
3. Bila glucose cair masukkan shortening - kacau hingga cair
4. Keluarkan mixture dari double boiler masukkan glycerine
5. Masukkan icing sugar (ayak dahulu) sedikit demi sedikit
6. Putar hingga mendapat doh yg diinginkan
------------ --------- --------- -----

ROYAL ICING (untuk buat bunga, daun n sbgnya-mengeras)

Sumber: Chef Razak

Bahan-bahanya4 biji Putih Telur(any grade)
1 sudu makan Cuka2 cubit Traganth Gum
1 kg Gula Aising(diayak)
Cara-caranya
1. Pukul putih telur, cuka hingga kembang
2. masukkan Traganth Gum dan pukul lagi.
3. masukkan gula aising sedikit-sedikit dan kemudian pukul lagu sehinggaadunan pekat (seperti aduan sponge cake)
4. adunan boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing5. adunan ini sesuai utk buat bunga atau sebarang hiasan seperti daun.Ianya akan mengeras setelah dibiarkan

Nota: saya buat 1/4 dari adunan royal aising,dan tak letak tragacanth gum sebab takde
--Projek akan bersambung weekend ni :D


Tuesday, March 11, 2008

Strawberry Cupcake



Cupcake ni buat sebagai ole-ole untuk menghadiri kenduri kawin anak sedara. Oleh kerana tema hari itu merah jambu, cupcake ni kita cat kaler pink..Selamat pengantin baru kepada Along Farhana dan pasangannya, Azwan.

asalnya cupcake ni simple aje,tanpa letak strawberry.Strawberry tu cadangnya guna untuk projek lain tapi angin tak sihat melanda, projek terpaksa dibatalkan,dan supaya strawberry ni tak membazir kita tenyeh aje strawberry ni atas cupcake yg dah siap tu...:D

Jangan tanya mana satu tukang buat cupcake ,memang tiada dlm gambar..sweet girls dlm gambar ni semua anak2 sedara.. :D