Showing posts with label Fondant. Show all posts
Showing posts with label Fondant. Show all posts

Wednesday, September 5, 2007

The Rosz



Buat fondant lagi.Sebenarnya habiskan baki yang buat hari tu. Hari ni nak tulis tips membuat fondant sebagai panduan di lain hari.

Monday, August 27, 2007

Garden of Love






Alhamdullillah...menjadik juga fondant ku.Panjang ceritanya proses nak buat fondant nih.Ini percubaan kedua selepas percubaan pertama tak menjadi minggu lepas.

Resipi

1 sudu besar gelatin
60 ml air
2 1/2 sudu besar liquid glukose
2 sudu besar gliserin
720 gram gula aising

Cara-cara
1)Bancuh air dan gelatin.Panaskan dalam mikrowave selama 15 saat.
2)Masukkan glukos dan gliserin.Kacau rata.
3)Kemudian masukkan gula aising. Saya letak sikit demi sedikit sampai mencapai tahap yang dirasakan ok.

Resipi ini telah diubah suai dari resipi asal oleh Misleha Resipi.Net.Resipi asal ada tambahan 1 sudu besar tepung jagung dan gula aising sebanyak 1 kg. Namun selepas diuli saya rasakan setakat 720 gram mencukupi. Bimbang kalau terlebih nanti fondant terlebih keras dan susah pula nak dibentuk.














Proses melepa asas kek..dan meletakkan bunga-bunga fondant...dan macam biasa Faris akan hembus- hembus 'birthday cake' ni. :D.

Sebenarnya design kek ini adalah berdasarkan kek kawin dulu.Sejak dulu menyimpan cita-cita untuk buat sendiri alhamdulillah hari ini ia jadi kenyataan..sebab tu fondant ni dinamakan Garden of Love.

Nota: Fondant ini bukan dihias pada kek tapi pada sebiji periuk berukuran 16cm. Harap maklum. ehe he... ni bukan utk buat makan tapi buat hiasan je :p