BERITA TAK TERKINI Sepang, 3 Mac 2009
Penduduk kawasan kejiranan disini gempar dengan penemuan bau yang amat menyenangkan tengah hari tadi.Unit letupan bom telah dikejarkan ke kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut saksi, ini bukanlah kali pertama bau sedemikian dikesan di kawasan berkenaan.Sekumpulan penyisat telah mengesahkan bau tersebut datangnya dari sebuah unit kediaman. Penghuni rumah berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.Pihak polis turut membawa bahan bukti dari bahan yang dikatakan berbau itu. Bahan tersebut , yang dipercayai membawa kegemparan tersebut merupakan 8 biji muffin berperasa durian!!
Penghuni rumah itu ,seorang wanita dipercayai pembuat muffin tersebut. Beliau yg ditemui selepas selesai memberi keterangan enggan mengulas lanjut namun telah memberikan resipi muffin kepada para wartawan yang menunggu. Menurutnya, muffin ini sedap.
Untuk rekod, negara tidak mempunyai peruntukan undang-undang terhadap penghuni yang menggangu jiran lain dengan bau masakan mereka.Namun begitu, masakan yang enak seharusnya dikongsi untuk keharmonian dan manfaat bersama, kan!!!
· eheh sekian berita loyar buruk -saje je ni, suka-suka buat intro :D
· ** nama saintifik bagi durian adalah
Durio ZibethinusBahan-bahan
Untuk 8 biji muffin saiz besar
250 gm tepung gandum ayak bersama 2 sudu teh baking powder
150 gram mentega
150 gram gula halus
2 biji telur-saiz A
70 ml susu segar
120 gram isi durian
-extra isi durian sebagai topping
cara-cara
Pukul mentega dan gula halus hingga kembang .
Masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan isi durian, teruskan memukul adunan.
Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil terus memukul adunan.
Masukkan ke dalam muffin cup, penuhkan sehingga ¾ bahagian.
Letakkan sedikit isi durian ke atas nya
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan.