Sunday, July 24, 2016

Cream Puff dan Japanese Cream Puff |Premium Dessert Kota Warisan

Assalamualaikum
Bagi sesiapa yg berminat untuk menempah cream puff dan Japanese Cream Puff boleh hubungi saya di nombor 013 2727475
Semua tempahan perlu datang ambil sendiri di rumah saya di Kota Warisan , Sepang. Yang mana tinggal berhampiran Salak Tinggi, Dengkil, KLIA dan Enstek boleh la tempah
Insha Allah saya berikan yang terbaik.



Wednesday, December 18, 2013

CRUNCHY CARAMEL ALMOND [ALMOND FLORENTINE] UNTUK DIJUAL



Assalamualaikum

Crunchy Caramel Almond kini boleh didapati melalui Jurnal Rasa. Nikmati kudapan rangup yang penuh dengan kebaikan badam dan kekacang. Ia dihasilkan sendiri dari dapur Jurnal Rasa.

Harga sebalang : RM 25
Kandungan : 250 gm

PROMOSI!!!!
Sepanjang bulan ini dijual pada harga hanya RM 23 sahaja!
Jika berminat boleh hubungi zaliana , no telefon  013-2727475
sms/ whatapps

Bagi yang berada berhampiran Sepang/ Putrajaya boleh datang ambil di Kota Warisan, Salak Tinggi.
Belian secara pos dikenakan caj penghantaran RM7 setiap satu balang. Untuk lebih belian sila hubungi no di atas untuk caj tambahan.

Wednesday, April 25, 2012

Kelahiran Muadz



Kisah yang telah berlalu agak lama, kelahiran Ahmad Muadz pada 20 Oktober 2011. Gara-gara tidak kemaskini update terlalu lama, beginilah jadinya :) Kehadiran Muadz dalam keluarga kami, amat disyukuri. Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan ini :)

Monday, December 27, 2010

Strawberry Cheesecake

Strawberry Cheesecake

Bersama sedikit mood rajin yang tak berapa nak ada, siap juga kek ni..
Teringin pulak nak cuba buat sendiri basenya tu, sebab tengok bahan dan cara Yani buat macam simple aje.


(haiih..cepat aje tangan si kecik tu mencelah..maklumlah, rasanya sedap, dia ingat chipsmore kot)


Cocoa Cookie, dari Yani@ Myresipi .
Terima kasih Yani..lepas ni boleh buat lagi, tak yah beli biskut lagi dah...


Bahan-bahan ( 18cm )
  • 70g tepung gandum
  • 10g cocoa powder
  • 40g gula halus
  • 50g butter/shortening
  • 10-20ml fresh milk/air - adjust kekerasannya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan dari atas ke bawah ke dalam beg plastik. Ramas-ramas biar semuanya bercampur.
  2. Canaikan biar setebal 5mm
  3. Letak di atas oven plate. Kemudian buka beg plastik. Tarik keluar plastik bahagian bawah dengan perlahan. Kalau doh melekat boleh letak sekejap dalam peti ais.
  4. Buat jalur-jalur seperti dalam gambar supaya senang nak ambik
  5. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12minit. Keluarkan dan sejukkan.
  6. Bila dah sejuk tu, masukkan ke dalam loyang. Tekan biar patah-patah/hancur dengan belakang gelas.
untuk fillingnya pula, ambil resipi dari halalgel.com




Bahan-bahan-untuk loyang 18 cm


250g cream cheese
20ml (1 tablespoon) lemon juice

375g (1
½ cups) fresh strawberries (letak 150 gm aje..nak jimat buah stroberi )
110g (
½ cup) sugar
125ml (½ cup) evaporated milk
(gantikan dengan fresh cream sepenuhnya)
4 teaspoons Halal gelatin

125ml (½ cup) hot water

125ml (½ cup) whipped cream

1 egg white, beaten until stiff
(tak letak)
125g (½ cup) strawberries, extra

 
Instructions
  • Soften cream cheese by beating with a mixer, Add lemon juice.
  • Hull and slice strawberries, sprinkle sugar on top of it,
  • Beat evaporated milk until thick.
  • Add Halal gelatin to the hot water and stir briskly until dissolved
  • Allow to cool and add to a little of the beaten milk, blending thoroughly.
  • Add this mixture to the remainder of the beaten milk.
  • Add the remaining ingredients.
  • When thickening but not set, spoon on to the biscuit base.
  • Refrigerate until firm and decorate with extra strawberries.
 Serve : 8 to 10.


Untuk toppingnya, saya ambil jam strawberry yang baru buat tu

Scone & Homemade Strawberry Jam

terasa lama sungguh tak menulis disini..sampaikan terasa tangan ni kelu tak tau nak tulis apa :P

ok ni yang sempat buat weekend ni...scone dengan home made strawberry jam..sedap scone ni,  dah 3 kali pakai resipi ni...

Resipi Scone: sumber dari myresipi, resipi oleh zurin..

Bahan
  • 2 cawan tepung
  • 1 tbsp baking powder
  • 1/2 tsp garam halus
  • 100g butter sejuk
  • 2 tbsp gula castor
  • 1 cawan susu segar (saya tak habiskan 1 cawan, masukkan ikut keperluan sampai doh tu agak-agak lembut dan boleh canai-lebih kurang 3/4 cawan )

Cara

  1. Gaul semua bahan kering dgn garpu
  2. Buat lubang ditengah tepung, parut butter sejuk ke dlm tepung. Butter lagi sejuk lagi bagus.
  3. Gaul butter & tepung dengan garpu sampai butter & tepung jadi berbiji2 sedikit. Jangan uli. Nanti scone jadi padat & berat.
  4. Masukkkan susu dan gaul semua dengan garpu sampai tepung dah melekat saja. Memang doh akan rupa tak cantik.
  5. Canai doh jadi 1inci atas tmpt bertepung sedikit (takut melekat). Tekap dgn acuan. Bakar pada suhu 230C sampai atas kuning keemasan.

Untuk homemade strawberry jam pula, resipi dari Kak hani@ Ringgo, Myresipi. Jem ni kurang manis dan sedap, warna pun cantik berkilat datang dari buah tanpa pewarna tambahan. Sapa yang suka makan jem dengan roti  bolehla cuba.



Bahan-bahan ( 1 cup )

  • strawberry 1 pack (300gm)
  • gula pasir 90gm
  • lemon jus dari 1/2 biji

Cara-cara

  1. buang kelopak hijau, basuh bersih dan keringkan dengan paper towel.
  2. masukkan dalam periuk, gaul dengan gula. biarkan selama 10 minit sehingga ada air keluar sedikit dari buah.
  3. panaskan atas api kecil. kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  4. bila air dari buah keluar dengan banyak, besarkan api untuk keringkan air. kacau tanpa henti sambil pecahkan buah.
  5. bila air tinggal sedikit, masukkan lemon jus dan tutup api.
  6. bolehlah disimpan dalam botol yang bersih.
  7. sedap dimakan bersama yogurt ataupun roti.
  8. gula digunakan hanya 30% dari berat buah. jika hendak disimpan lama bolehlah ditambah gula ke 50%. procedure ini boleh digunakan untuk buah lain seperti pear, epal dan blueberry