Friday, June 29, 2007

Kek Keladi



Malam tadi buat kek keladi ni.Dah lama sangat janji ngan member2 di Myresipi. Balik rumah semlm tengok keladi ni dah lama sangat diperam.Sebelum buruk baik buat terus...pukul 3 pagi baru tidur.Yang anehnya sampai sekarang masih lagi steady.Alhamdulillah.. cara-cara bergambar klik disini
KEK:
250 gram sponge cake mix
5 biji telur (A)
1/2 sudu besar ovellatte
40 ml air
TOPPING KELADI:
1 kg keladi
1/2 cawan gula
3 biji telur (A)
120 gram santan pekat
300 ml air
1/4 cawan tepung gandum
20 gram tepung jagung
25 gram gelatin
Beberapa titik pewarna ungu
1/2 sudu teh garam
Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara KEK :
Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
KELADI:
Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

Paratha Puff


Bestlah checkie punya resipi..yang ini buat hari selasa lepas.simple dan sedap.2 kali buat dah Paratha Puff ni.

Monday, June 25, 2007

Aktiviti

Hari ini buat bun ini bersama Ijah..seronok lah pulak..Faris kata rupa roti ni mcm rupa dialah... ha ha ha..siap suruh buat kakinya jugak...nama roti ini ialah Roti Anpanman.
Lepas buat roti ni buat roti Red Bean Stollen pulak.




Friday, June 22, 2007

Kek Coklat


Kek coklat yang belum upload kelmarin. Buat khas atas permintaan BIG BOSS untuk kawan2 officenya.Sedap bila ditambah dengan butter oil...yum yum !!!


Resipi ni memang selalu buat.Dah ingat di kepala.emm..malas lagi lah nak tepek kat sini.Lenkali bila dah takde keje buat ler karangan tu disini. eheh..kang lupa lak..

Red Dragon Choc Cake


Kek ni buat 2 hari lepas daa...kek ni khas buat utk utilize buah naga merah pemberian ayah..satu penghargaan atas hasil tanamannya.

Kek: Guna resipi Moist Chocolate Chiffon oleh Mat Gebu.

Krim:
250 ml whipping cream
1 sudu besar gelatin
2 sudu besar air panas

Topping:
1 biji buah naga (pitaya) warna merah
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar madu

Cara-cara:
1) Sediakan kek. Saya ikut resipi oleh Mat Gebu. (terima kasih kerana sudi bagi pinjam resipi)
2) Topping;
Potong buah naga.Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar.Pindahkan ke dalam periuk dan masak sampai mendidih.
3) Krim
Putar krim dengan kelajuan paling perlahan dahulu. Selepas 10 minit, tingkatkan kelajuan mixer dan masukkan gelatin cair tadi.Pukul lagi hingga krim betul-betul kental lebih kurang 5-10 minit.
4)