Sunday, November 29, 2009

Fly African Cake




Fly African..menu minum petang hari ni...resipi yang hampir sama dengan African Marble Cake dan Fly African yang telah sedia ada di alam siber ni. Resipi ni ambil dari buku resipi pemberian bonda, Kek Aneka Rasa, keluaran tahun 1990. Kata bonda, banyak resipi menarik dan sedap boleh dicuba dari buku ni...memang betul katanya tu..setakat ni baru cuba dua resipi, ada lagi 46 resipi yang boleh dicuba (hehe kalau rajin laaa ) .

Disertakan dibawah resipinya...kalau ikut resipi, dia suruh letakkan adunan plain,diikuti adunan coklat dan plain, dan bakar.Kalau buat begitu, dah tentu ia akan jadi macam marble bila dah masak, kan...tapi dalam gambar buku resipi tu layernya nampak sama rata pulak..Bila kita cuba resipi, mestilah nak supaya rupa dia menjadik macam resipi asal, betul tak kawan-kawan? kalau tak dapat sebijik rupanyer, iras-iras pun jadilah. Oleh sebab tu lah, saya bakar selapis demi selapis untuk dapatkan layer yang sama tu. Kaedahnya, macam yang kita bakar kek lapis. agak-agak lapisan pertama tu hampir masak, letak adunan kedua, dan ulang untuk lapis ketiga. Untuk oven saya main ubah kejap guna api atas, kejap api bawah,bila dah complete 3 layer saya biarkan guna dua-dua api supaya semua bahagian masak rata. Rasanya kalau tak main-main dengan api ni pun ok, biarkan saja kedudukan api & atas bawah setiap masa. Mari semak resipi:

Bahan-bahan
2 biji kuning telur sejuk
12 biji putih telur sejuk
200 gm tepung gandum (saya pakai superfine)
125 gm badam hiris
50 gm air sejuk
1 sudu besar ovallette
1 sudu teh baking powder
200 gm mentega cair
1 sudu teh esen vanilla
3sudu besar susu pekat
1/2 sudu besar chocolate emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:
Pukul putih telur,kuning telur, gula, tepung,air sejuk, ovallette dan baking powder dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.Kemudian masukkan mentega cair, esen vanilla dan susu pekat.Kacau sehingga rata.

Loyang disapu mentega dan dialas dengan kertas.Adunan tadi dibahagi dua, satu bahagian kuning dan satu bahagian diletakkan chocolate emulco dan serbuk koko.Lebihkan untuk bahagian kuning kerana ia akan membentuk dua lapisan.

Tuangkan lapisan pertama berwarna kuning. (Lepas step ni saya bakar dulu hingga hampir masak). Kemudian masukkan pula adunan coklat dan taburkan buah badam. (saya bakar lagi sehingga hampir masak)

Lapiskan pula dengan adunan warna kuning tadi, taburkan hirisan badam dan bakarlah hingga elok masak. Uji dengan lidi penguji untuk menentukan setiap bahagian telah masak sempurna.

6 comments:

Anonymous

salam,kak..
if u dont mind,mcm mana nk buat layer dlm kek tu?

nor64

slm za, menarik sungguh kek ni..ngape za tak bubuh resepinya...boleh kak gode2 mcm za buat ni hehehe

zaliana

anonymous: sori akak pikir resipi tu sama saja dengan link yang akak dah beri di atas, sebab tu tak tulis..ok, akak dah taipkan resipinyer beserta cara mcm mana akak buat layer tu..dah cuba nanti jgn lupa beri feedback ya :D

kak nor:
za letak dah resipinya kak...ha'aaah kena gode2 sikit :D

HaniFadil

salam kak zalina,

nak tanya, masa kita bakar layer kedua, dan ketiga, guna api atas sahaja ke? dan berapa lama waktu membakar untuk setiap lapis? yang ini, loyang saiz berapa ye kak?

Tima kasih.

Unknown

tak guna gula ke?

Unknown

kalau 200gm gula ok tak?