Thai Green Curry
Masakan hari ini, kari hijau Thai. Terima kasih kepada Ika @ Natto yang mengirimkan pes ini beserta cenderahati lain. Dan tak lupa juga terima kasih kepada Izah yang poskannya pada akak. Tanpa pes ini, tak dapatlah nak masak dan makan kari hijau ni untuk pertama kali. Dapat saja pes ni, terus selongkar buku resipi, sebab teringat ada satu resipi guna pes sebegini.
Resipi ni dari buku Brilliant Chicken Recipes, terbitan Murdoch Books. Resipi ini perlukan lebih banyak bahan berbanding yang ditulis pada pek pes tersebut. Hmm..mula-mula terfikir juga..masakan Asian, bolehkah kita buat ikut resipi yang ditulis oleh 'omputih' ni? Mungkinkah kena ubahsuai kembali supaya sesuai dengan tekak Melayu? Ok, belum cuba belum tahu kan. Dipendekkan cerita, kari hijau ni memang sedap betullah! Kena dengan selera. dan tak perlu tambah apa-apa. Cuma agak terkilan sebab ada bahan yang tak cukup-seperti lada hitam segar dan daun selasih. Kalau cukup bahan tentu lebih terangkat!
Thai Green Curry: sumber dari Brilliant Chicken Recipes
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar pes kari hijau -pakai 1 pek pes kari hijau
400 ml santan pekat
600 gram ayam-potong kecil
230 gram rebung -letak 100 gram shj
1 sudu besar sos ikan - tak letak
6 helai daun limau purut
2 sudu teh gula melaka
1 batang serai, diketuk
2 sudu teh lada hitam yang segar - tak letak
200 gram kacang panjang
1/2 cawan daun selasih -tukar dengan sedikit daun kesum
1 1/4 cawan air
Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan pes kari hijau dan kacau hingga berbau wangi.
2. Masukkan ayam dan serai, biarkan sehingga ayam empuk.
3.Kemudian masukkan air dan sebahagian dari santan.Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan gula melaka, sos ikan, daun limau purut, rebung.
4.Kemudian tambahkan lada hitam yang masih segar dan kacang panjang serta baki santan tadi.Kacau sekali sekala.
5.Bila sudah mendidih,keluarkan daun limau purutdan serai lalu masukkan daun selasih.Sedia dihidang.
3 comments:
memang sedapla mkn dgn nasik panas2!!!
Salam dari Abu Dhabi :-)
My neighbour is a Thai and selalu jugak merasa Green Curry ni, but tak berkesempatan nak minta resipi dari dia. Ni dah ada kat sini, boleh Wlily try nanti. But first, kena pesan pes tu from my neighbour dulu. Thanks for the recipe!
Salam zaliana, ain dah try Thai Green Curry ni...memang sedap sangat. Terima kasih sbb sudi share resepi ni.
Post a Comment