Kek Lapisan Manja
Unik sikit nama kek ni kek ni kan. Entah dimana manjanya tu tak tahulah.Harap-harapnya mereka yang makan kek ni tak jadi terover manja pulak! Resipi asal dari buku resipi Kek Aneka Rasa, Penerbitan Pena Sdn Bhd. Buku resipi lama pemberian bonda. Buat untuk bawa pergi gathering myresipi di taman KLCC hari Ahad yang lepas.
Tak dapat nak letak resipi betul-betul sebab buat dalam bekas yang besar jadi terpaksalah adjust bahan-bahan ikut saiz bekas ni. Ok, resipi akan letak di lain hari. Tapi secara amnya, bahagian bawah ialah sponge cake, diikuti bahagian tengahnya fruit coctail dalam agar-agar .Macama mana nak tulis ni ya.....macam kita buat agar-agar buih tu.Lepas tu bahagian atas sekali pula sepatutnya berperasa kopi, tapi dah tukar letak perasa anggur.Nampak macam comot pulak kek tu bila dah potong kan. [ ambo tensen tengok kek comot gitu!! ] Sepatutnya biarkan lama sikit dalam peti ais supaya ia 'firm'. Takpe,lain kali buat bagi nampak kemas dan tak berterabur sgt buah-buahnya tu.
Setinggi terima kasih kepada semua kawan yang datang bersama juadah yang sedap-sedap.Tak lupa juga terima kasih atas pemberian cenderahati.Terima kasih ya! Malu pulak sebab tak bawa apa-apa pun!
1 comments:
nmpak cedap..ei akak sy ni skrg mkn mcm tak leh berhenti..kadang time meeting kat tempat keje smpi menambah2 kuih hehehe...pantang nmpk kuih manis2 nih!
Post a Comment